Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

BELI TABUNG ECO SHOP RM2.40 - TIPS MUDAH MENABUNG

 Assalammualaikum korang 

Menabung ni sekarang jadi satu 'obsession' untuk kolin kalau korang nak tahu. Suka betul menyimpan tak tahu kenapa. So dalam tahun ini kolin beli tabung kat kedai RM2.40 tu dan mula masukkan duit. Tak perlu tabung mahal-mahal dan kolin tak mahu stress menabung. So tiada carta berapa yang perlu masuk. Masuk ikut hati dan perasaan. 

Sebagai contoh, kalau kolin makan pagi, tengahari tak makan kan, so duit lunch tu RM10 atau RM5 masuk tabung. Kalau rasa nak guna duit lebih, tak lah masuk tabung. Cuma setakat ni memang begitu amalan kolin. Kalau puasa, RM10 atau RM20 masuk tabung. So bajet makan sehari tu kiranya kolin masuk tabung.

Cer teka berapa jumlah dalam tabung tu :)


Tabung eco shop yang kolin beli tu  memang tak boleh buka tau. Dia sejenis tin, so kalau nak buka kenalah kopak. Tapi tak apa lah sebab RM2.40 kan. 

Kolin masuk duit sampai dah sendat, kena gulung duit kalu nak masuk. Bila dah terlalu padat, memang tak boleh masuk dan kolin minta tolong anak bujang kolin buka tabung tin tu.

nampak tak kesan kopak tepi tu. Memang kena potong pakai cutter wei hahaha. Bila dah kuarkan, semua duit bergulung-gulung wei hahaha. Nasib rezeki baik, tiada yang rosak. Kira selamat lah semua duit kertas dalam tu.


Ini lah antara duit yang telah berjaya dikeluarkan dari tabung. 


Alhamdulillah hasil beberapa bulan sahaja menabung. Boleh simpan untuk bajet naik sekolah dan raya nanti. 

So kita mulakan tabung kedua, semoga kolin terus konsisten menabung. Doakan !!!


terima kasih baca blog kolin...


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you