Friday, May 31, 2019

Resipi Ramadan & Raya daripada Ayam Brand

Assalammualaikum semua. Ramadan dah nak berlalu pergi dan kini Syawal menanti. Kalau dah Syawal mesti lah raya, kalau dah raya mesti kita semua tak sabar nak makan hidangan sedap-sedap atas meja tu kan. Dan paling penting kena ada rendang! Kalau rendang kena lah ada santan. Dan setakat ini kolin suka betul dengan santan dari Ayam Brand sebab senang dan bagus untuk kesihatan. Namun begitu, korang patut tahu, rangkaian Ayam Brand adalah produk yang sihat, mudah dan bebas bahan pengawet. Ada resipi tau dari mereka dan dikongsikan dengan korang semua. Senang disediakan dan paling penting rasanya sedap gilerrr.....




Rangkaian lengkap produk Ayam Brand yang sihat dan  mudah ini boleh didapati di kedai runcit di seluruh negara. Sila lah layari laman web http://www.ayambrand.com.my/recipes-video untuk korang kumpul dan belajar lebih banyak resipi. 

Wednesday, May 29, 2019

Hidangan berbuka di bulan puasa


Assalammualaikum semua. Dalam tak sedar dah tinggal 6 hari nak beraya. Rumah pun tak siap kemas nak menyambut lebaran tahun ini. Tahun ini kolin memang jarang memasak, sebab ada buat sedikit renovation bahagian bilik air. So malas! hahaha..ini antara hidangan berbuka puasa yang sempat kolin rakamkan untuk kenangan berpuasa tahun 2019. 


Yang ini konsep mengabiskan nasi sahur. Kolin goreng nasi tu ala-ala nasi goreng kampung dan goreng ayam kunyit. Tapi disebabkan tekak melayu nak masak lemak, jadi lah lauk masak lemak pucuk ubi. Kalau tak ada kuih dan buah memang tak sah kan. Kolin sempat beli kek moist coklat dan buah anggur. Jimat dan sedap aje makan kat rumah. 

Friday, May 24, 2019

Dengan InnerShine Cantik Semula Jadi

Assalammualaikum dan semoga semua yang sudi mengunjungi blog kolin ini terus berpuasa ye. Tak lama lagi nak raya dah. Macam biasa sebagai wanita, memang mementingkan penampilan di hari raya. Itu yang persediaan telah dibuat rapi bagi memastikan dari hujung rambut sampai hujung kaki terbela tau. Itu lah dia wanita, sentiasa nak tampil sihat dan menarik di samping keluarga tercinta. Siapa laaa tak mau wajah berseri dan sihat kan.


Disebabkan itu, kolin sendiri tidak ketinggalan nak tampil menarik dan segar masa Aidilfitri nanti. Dengan INNERSHINE lagi lah senang kan. Buat pengetahuan korang semua, Innershine ada Prune Essence kan, kolin pernah share kat SINI.  Kalau rajin boleh lah klik baca. Kalau dah InnerShine Prune Essence dah boleh memberikan kesan yang bagus dalam memberikan Vitamin E, tinggi serat fiber dan juga membantu sistem penghadaman tu, apa ntah lagi dengan pelancaran Innershine Pati Beri yang baru ni. Ianya sesuai untuk melindungi kulit dari Sinaran UV. Kedua-dua ini produk ini telah menampilkan aktress Fasha Sandha sebagai Duta Produk terbaru mereka. Haaa..siapa nak tampil berseri macam Fasha kenalah cuba minum Innershine kan.

Monday, May 20, 2019

Benda yang TAK BOLEH KONGSI di Sosial Media

Assalammualaikum semua. Dan pun pertengahan bulan puasa kini dah bahang mengemas dan menyediakan segala kelengkapan berhari raya kan. Kolin pun sama jua. Tapi hari ini kolin nak berkongsi dengan korang yang kolin baca kat Facebook tadi. Bukan apa, kolin ada nampak antara kenalan kolin yang buat menda ini. Dan kolin harap kalau ada pembaca yang buat, jangan buat lagi ya. Bahaya! Kolin pernah buat dedulu juga, tapi sekarang kolin kurangkan dan hentikan perkongsian tu. Dan betul sangkaan kolin ianya tidak bagus pun. Apa yang kita tulis dan di upload tu mencermin diri kita kembali. Malu weiii, kalau tak kena gaya orang pandang rendah dekat kita. 


Ini perkara no. 1, jangan upload atau update betapa kita benci kerja, tempat kerja atau apa-apa perkara di tempat kerja. Cukup bercerita dengan kawan-kawan sudah ye. Never ever do this! Lagi laa benda benda peribadi, borang cuti pun tak boleh weiiii nak update. Itu melanggar etika di tempat kerja tau. 

Friday, May 17, 2019

REALME memperkenalkan 2 telefon pintar baharu King Speed realme 3 Pro & Entry-Level Value King, Realme C2

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Untuk semua yang mencari-cari telefon bimbit yang baru kena baca cerita ini sampai habis ye. Kolin bertuah baru-baru ini dapat bersama menyaksikan pelancaran rangkaian peranti terbaru realme 3 Pro dan realme C2 di Malaysia pada 14 Mei 2019 yang lalu. Malah korang boleh dah beli online dengan kerjasama Lazada Malaysia dan Shopee Malaysia, klik, bayar  dan terus telefon baru sampai lah ke rumah nanti. Senang kan!



Produk yang meletakkan tanda aras yang tinggi di dalam mutu, gaya dan prestasi ini amat membanggakan. Menyasarkan golongan muda dan remaja, telefon peranti ini mampu memberikan pengalaman yang tinggi dan menikmati manfaat 'power & style' menurut kata Pengurus Jenama realme Malaysia iaitu Tiffany Teh. 
Seperti yang semua kita maklum, dunia elektronik ini sangat maju, ada saja benda baru diperkenalkan kan. Tapi realme memberikan sedikit kelainan dan kelebihan kepada produk pengeluaran mereka. Kerana mereka dah kaji dan selidik tau, sebelum penghasilan produk yang dilancarkan. 


Thursday, May 16, 2019

SACC CONVEC SDN. BHD. meraikan anak-anak yatim dan asnaf di Majlis Berbuka Puasa

Assalammualaikum korang semua, sihat ker dah 11 hari berpuasa ini. Bersempena bulan puasa kolin percaya ramai pihak yang berbuat amal kebajikan. Masa ini lah anak-anak yatim dan golongan asnaf diraikan dalam pelbagai acara. Di kesempatan yang sama SACC Convec telah bersama meneruskan amalan kemasyarakatan melalui satu program CSR dengan meraikan 22 orang anak-anak yatim dan asnaf dari Pengajian Darul Mahabbah dan 30 orang anak yatim dari Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Puncak Desa Kepong pada 8 Mei 2019 yang lalu. 


Tuesday, May 14, 2019

Hilangkan Perut Mengeleber selepas bersalin dengan ALL ABOUT COCO

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua yang sudi singgah blog kolin hari ini. Permulaannya kolin nak ucapkan terima kasih kepada produk magik ini. Alahaiii..masa mula tu terfikir juga, boleh ker, berkesan ker...tapi serius kolin pakai sungguh-sungguh secara konsisten dan dapat hasil yang sangat membanggakan. Korang kalau nak pakai, pakai sampai habis sebotol. Istiqhomah tau, ikut saranan yang diberikan, sebelum pergi kerja sapu, sebelum tidur sapu. Hasilnyaaa auuummm tau !

ALL ABOUT COCO ini memberikan kita semua para ibu  atau isteri memiliki semula perut yang cantik tanpa geleber dan strech mark atau kesan selulit semasa mengandung. Siapa sangka, macam kolin yang dah beranak 10 tahun lepas masih boleh gunakan lagi dan memang berkesan. Pertama sekali biar kolin cerita apa kebaikan dan apa intipati dalam krim magik ini.



Saturday, May 11, 2019

Shopping segala barangan keperluan di SEGI FRESH MARKET

Assalammualaikum kepada semua. Salam berhujung minggu dan semoga puasa hari ke 6 hari ini memberikan kita semua kebaikan dan dipermudahkan urusan ye. Sebagai duta membeli belah didalam keluarga kecil kolin, memang suka lah nak kongsi kat mana selalu membeli belah kan. Sudah tentu tempat yang selesa, barang banyak dan paling utama MURAH. Itu dia...



Buat korang yang tak pernah ke Segi Fresh ni baik cuba sekali. Happy bangat dengan semua barangan yang kolin beli ni tak sampai pun RM120. Tapi boleh dikatakan lengkap lah persiapan berpuasa hari tu. Dengan ada pelbagai jenis air yang boleh kolin buat sebagai juadah berbuka puasa. Antaranya tin buah longan dan tin buah laici. Yang berdua ini kalau masa berbuka tak pernah hidang memang tak sah ler. Dan kalau sardin pula SEGI FRESH MARKET ada jenama mereka sendiri tau, iaitu jenama Crown. Cuba lah...rasanya sedap. Kalau nak berniaga kolin rasa memang berbaloi beli kat sini. Borong semua sardin, kita jual samosa sardin ker, sandwich sardin ker atau pelbagai la menu sardin. 

Friday, May 10, 2019

PROGRAM PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK oleh USAHANITA DAERAH PETALING

Assalammualaikum dan selamat berpuasa ye. Dah jumaat hari ini dan ini bermakna dah hampir 5 hari kita semua berpuasa. Dan cerita dalam blog kali ini amat bermakna tau. Kolin bersyukur yang dapat menjadi sebahagian dari program kebajikan yang sangat seronok. Inilah dia hasil kerjasama dalam Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia atau lebih dikenali dengan USAHANITA DAERAH PETALING ini bersama-sama berganding bahu menjayakan Program Pengagihan Bubur Lambuk yang telah pun berlangsung dengan jayanya di Plaza Tol Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Shah Alam, Selangor. 


tahniah USAHANITA DAERAH PETALING 

Thursday, May 9, 2019

Shah's Village Hotel berkerjasama dengan Syria Care sepanjang bulan Ramadan ini

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Masih ada lagi preview ramadan yang kolin nak cerita. Tapi janji ini yang terakhir ye. Lokasi hotel yang terletak di Petaling Jaya ini sudah tentu mengamit memori yang pernah ke sini. Shah's Village Hotel diasaskan oleh Allahyarham Tan Sri H. M. Shah ini telah lama bertapak di Selangor. Buat yang tak pasti lokasi kat mana, ianya bersebelahan dengan Kelab Syabas dan berdekatan dengan Amcorp Mall. Dan iye...ada lrt kawasan ini. Jadi kalau menginap di sini boleh ke mana-mana guna LRT sahaja. 



Dan sekali lagi bulan puasa ini hotel yang 100% milik bumiputera ini tidak ketinggalan menyediakan buffet ramadan untuk semua pengunjung. Masih mengekalkan tema masakan melayu, sudah pastinya ada pelbagai menu buat kita semua berbuka di sini. Jujur kolin cakap, masakan chef kat sini sooooo 'home cook'. Terasa macam makan kat rumah. Korang patut try rendang, udang petai tu..dan gulai ikan masin dan nenas tu memang menawan selera.  



Wednesday, May 8, 2019

Biar Philips bantu korang memudahkan penyediaan hidangan hari raya nanti

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog ye. Dah tengok tajuk tuuu..haa biar Philips bantu kan. Bukan orang ye nama Philips, tapi barangan elektrik dari mereka iaitu Philips Premium All In One Multi Cooker dan Airfryer XXL. 



Buat pengetahuan korang semua, kedua-dua ini memang menjadi idaman kalbu kolin. Lagi lah pulak diberikan kesempatan bersama-sama menyaksikan sendiri bagaimana nak guna. Dan betapa la mudah sangat nak memasak pakai dua ini. Puasa dah masuk hari kedua, tapi memang kita suka bersiap awal kan. Lagi pula menu masa raya, kalau boleh nak memikat hati, sedap dan tak mahu membazir. Beraneka juadah itu sudah tentu lah, memang nak macam-macam hidangan atas meja tu nanti. 

Tuesday, May 7, 2019

Concorde Hotel Shah Alam edar bubur lambuk untuk seisi masyarakat di Shah Alam

Assalammualaikum buat semua dan selamat berpuasa ye. Walau dah berpuasa masih ada entri Ramadan Preview yang belum kolin cerita kat blog. Setiap tahun Concorde Hotel Shah Alam tak pernah miss nak edar bubur lambuk di untuk masyarakat sekitar. Sejak dari 2004, tradisi ini telah dimulakan. Bersama-sama semua kakitangan hotel bersatu dalam menyiapkan untuk semua yang sudi datang dan ambil bubur lambuk yang disediakan secara PERCUMA



Bermula dari 7.00 pagi sebanyak 300 kilogram beras, 80kg daging dan beberapa bahan masakan yang lain telah disediakan untuk memasak. Dan bermula dari jam 2.00 petang ianya pun mula dipek kan untuk edaran. Dan jangan tak percaya mereka menyediakan sebanyak 8,000 bungkus bubur lambuk tau. 

Saturday, May 4, 2019

"IBADAH ZAKAT PELENGKAP RAMADAN" dari PPZ-MAIWP

Assalammualaikum korang semua. Hari ini dah sabtu wei, esok ahad dan kita semua umat Islam akan bersahur pagi Isnin dan berpuasa. Alhamdulillah kita semua dipertemukan dengan Ramadan 1440H kali ni, syukur. Kalau sudah berpuasa, kita jangan lupakan ibadah berzakat semasa bulan Ramadan nanti tau. 

Bersempena menyambut Ramadan yang bakal tiba sikit masa lagi, pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan tidak ketinggalan dalam menyeru semua supaya tidak melupakan ibadah zakat. Kena dengan tema mereka 'IBADAH ZAKAT PELENGKAP RAMADAN" kolin rasa amat tepat dan sudah pasti semua kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP ini sepanjang bulan Ramadan 2019, memberikan kemudahan dan kesenangan kepada pembayar zakat . 




Thursday, May 2, 2019

Masak Apa Hari Ini (MAHN) tempat terbaik berkongsi resipi dan hidangan

Assalammualaikum semua. Kolin percaya yang terjah blog kolin kenal akan group yang sangat popular di Facebook iaitu group Masak Apa Hari Ini (MAHN). Tak kan laaa tak tahu kan. Menarik sangat group tu, apa sahaja resipi semua orang boleh berkongsi. Hidangan tanpa resipi pun boleh. 

Kisahnya satu malam kolin dah buntu nak tambah lauk apa. Lauk tengahari tinggal saki baki kan. Penyudahnya kolin goreng garing bilis tumis sekali bawang dan cili. Kongsikan dalam group MAHN dan tulis lah caption "lauk tunggu gaji 25hb" hahahah. Sebenarnya tiada niat apa pun, dah memang kita biasa cakap, haa makan laa ikan bilis bila tak ada gaji. Maklumlah beli sekilo bilis, tapi makan berbulan-bulan tak habis jenis rumah kolin. So stok selalu ada aje. Sekali dah up dalam tu, haaa..tak sangka laaa..terus jadi viral haha.