Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Hidangan berbuka di bulan puasa


Assalammualaikum semua. Dalam tak sedar dah tinggal 6 hari nak beraya. Rumah pun tak siap kemas nak menyambut lebaran tahun ini. Tahun ini kolin memang jarang memasak, sebab ada buat sedikit renovation bahagian bilik air. So malas! hahaha..ini antara hidangan berbuka puasa yang sempat kolin rakamkan untuk kenangan berpuasa tahun 2019. 


Yang ini konsep mengabiskan nasi sahur. Kolin goreng nasi tu ala-ala nasi goreng kampung dan goreng ayam kunyit. Tapi disebabkan tekak melayu nak masak lemak, jadi lah lauk masak lemak pucuk ubi. Kalau tak ada kuih dan buah memang tak sah kan. Kolin sempat beli kek moist coklat dan buah anggur. Jimat dan sedap aje makan kat rumah. 


Bila anak dara kolin mintak ikan siakap 3 rasa, itu yang jadi hidangan no.2 tu. Senang sangat masak pun. Demi mengabiskan stok dalam peti ais tu yang kolin buat cencalok, telur dadar dan makanan paling suka makan kalau ke mamak iaitu peria goreng tepung. Yang ini meratah aje, nak sedap gaul dengan serbuk kari tau. Memang best, kena pulak kalu ranggup tuuuu

 

Hidangan ke 3 ini, menu tak tersusun hahaha. Teringin nak makan kambing gril sebenarnya. So kolin grill kambing yang beli di siap marinate tu. Ada udang sikit, masaklah sambal petai. Dan ikan tu kolin goreng guna serbuk kari. Korang cuba lah bubuh serbuk kari dan garam goreng ikan. Sedap tau. 
 

Inilah dia antara hidangan yang sempat kolin rakam dengan kamera haa. Dah nak hujung ramadan baru lah ada masa berkongsi. Jangan lupa ya korang, mulai malam ni sedekah, baca surah al-ahad 3x sebelum tidur dan solat malam. Semoga pahala lailatul qadar tu milik kita semua.

Terima kasih membaca entri ini. 

Love, 

Kolin Zainal 

4 comments:

  1. kejap kan dh nk akhir ramadhan..semoga kita beroleh pahala lailatulqadar

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sama jua !! selamat hari raya & maaf zahir batin amy

      Delete
  2. Lagi 6 hari lagi nak raya kan..cepat betul masa berlalu..SA kat umah sewa masak time sahur je..haha..kat umah seremban gak sedap masak sebab ramai

    ReplyDelete

loving me..loving you