Assalammualaikum dan salam sejahtera. Masih ada lagi preview ramadan yang kolin nak cerita. Tapi janji ini yang terakhir ye. Lokasi hotel yang terletak di Petaling Jaya ini sudah tentu mengamit memori yang pernah ke sini. Shah's Village Hotel diasaskan oleh Allahyarham Tan Sri H. M. Shah ini telah lama bertapak di Selangor. Buat yang tak pasti lokasi kat mana, ianya bersebelahan dengan Kelab Syabas dan berdekatan dengan Amcorp Mall. Dan iye...ada lrt kawasan ini. Jadi kalau menginap di sini boleh ke mana-mana guna LRT sahaja.
Dan sekali lagi bulan puasa ini hotel yang 100% milik bumiputera ini tidak ketinggalan menyediakan buffet ramadan untuk semua pengunjung. Masih mengekalkan tema masakan melayu, sudah pastinya ada pelbagai menu buat kita semua berbuka di sini. Jujur kolin cakap, masakan chef kat sini sooooo 'home cook'. Terasa macam makan kat rumah. Korang patut try rendang, udang petai tu..dan gulai ikan masin dan nenas tu memang menawan selera.
Buffet Ramadan yang menawarkan harga berbaloi ini hanya RM60 nett untuk dewasa, RM45 nett untuk warga emas dan RM40 nett untuk kanak-kanak yang berumur 4 sehingga 12 tahun. Kolin suka suasana hotel ini sebenarnya. Nanti lepas puasa memang teringin nak menginap satu malam kat sini. Buat yang suka ke Bali atau Lombok, hotel kecil menjanjikan taman dan kolam renang yang sama mendamaikan. Tak percaya nanti pergi sekali ye.
Dan untuk ramadan tahun ini, hotel ini telah berkerjasama dengan Syria Care bagi membantu kempen kemanusian yang dijalankan sepanjang bulan puasa ini. Sebanyak RM7.00 akan disumbangkan dari setiap pembelian pakej bufet ramadan yang korang beli. Sumbangan ini terus disalurkan kepada tajaan iftar Syria di Syira dan Lubnan yang mana kita tau mereka dalam kesusahan. Syabas Shah's Village Hotel !
Oleh itu korang yang nak reunion atau gathering sempena bulan puasa mencari tempat yang selesa untuk seisi keluarga tu, boleh lah ke sini. Untuk tempahan hubungi mereka di talian 03-7956 9322 dan tempah terus ya.
Semoga usaha murni pihak hotel ini dan Syria berlangsung setiap tahun. Dalam kita bersuka-suka berbuka puasa di hotel, dapat juga dalam diam membantu orang lain kan.
Inilah yang terakhir ramadan preview yang kolin hadiri sepanjang 2019. Alhamdulillah semua dah ada dalam blog sendu ini. Semoga korang yang nak plan berbuka puasa di luar tu dapat lah sedikit manafaat dari coretan kolin di blog ya.

selamat berpuasa semua,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you