Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Shopping segala barangan keperluan di SEGI FRESH MARKET

Assalammualaikum kepada semua. Salam berhujung minggu dan semoga puasa hari ke 6 hari ini memberikan kita semua kebaikan dan dipermudahkan urusan ye. Sebagai duta membeli belah didalam keluarga kecil kolin, memang suka lah nak kongsi kat mana selalu membeli belah kan. Sudah tentu tempat yang selesa, barang banyak dan paling utama MURAH. Itu dia...



Buat korang yang tak pernah ke Segi Fresh ni baik cuba sekali. Happy bangat dengan semua barangan yang kolin beli ni tak sampai pun RM120. Tapi boleh dikatakan lengkap lah persiapan berpuasa hari tu. Dengan ada pelbagai jenis air yang boleh kolin buat sebagai juadah berbuka puasa. Antaranya tin buah longan dan tin buah laici. Yang berdua ini kalau masa berbuka tak pernah hidang memang tak sah ler. Dan kalau sardin pula SEGI FRESH MARKET ada jenama mereka sendiri tau, iaitu jenama Crown. Cuba lah...rasanya sedap. Kalau nak berniaga kolin rasa memang berbaloi beli kat sini. Borong semua sardin, kita jual samosa sardin ker, sandwich sardin ker atau pelbagai la menu sardin. 


Selain itu ada juga jem, susu pekat manis dan susu sejat jenama mereka iaitu Crown's. Kalau bihun ada jenama Berkat tu..tu memang keluaran Segi. Dan kolin nak bagitahu korang semua, di sini harga yang memang selalu mampu milik. Untuk kita yang mahu berjimat cermat untuk keluarga, sila lah ke sini. Kalau tak cuba tak tahu kan. Kita kena berubah uollssssss...cari yang murah, cari yang berbaloi untuk poket kita dan suami. 








Dan kalau nak berniaga tu, boleh juga borong kat sini. Nak buat katering ker apa ker, cuba sini wei. Memang boleh dan elok sangat untuk cut cost dan bajet korang dalam perniagaan. Ye lah, siapa yang tak nak untung kan. Nak untung kena lah cari tempat yang berbaloi untuk shopping. 

Kolin kalau bab shopping ini memang suka tempat selesa dan murah. Kolin percaya semua suri rumah, suri hati dan suri suri kat luar sana tu setuju. Tak lupa nak kongsi dengan korang semua apa yang kolin shopping.Nampak takkkk...penuh satu beg tu. Kalau tak sampai RM120 bukan ker berbaloi tu. Penjimatan hebat ! Semalam menu berbuka, kolin buat mihun pekak aje... Elok aje bihun berkat ni, rendam sekejap dah lembut untuk di goreng. Kualiti ada tau. 




Buat yang belum pernah kenal dan tahu mengenai Segi Fresh Market ini boleh ke laman media sosial mereka dan lihat lah sendiri promosi mereka. Bukan sahaja barangan kering, barangan basah pun selalu ada promosi untuk korang semua berjimat. Klik dan follow mereka di www.instagram.com/segifreshmarket atau www.facebook.com/segifresh

Dah hampir nak seminggu dan ada lagi lebih kurang 2 minggu untuk korang semua berjimat. Cepat pergi hari ini okay, dan kekalkan momentum kita dalam menyediakan juadah yang berzat dan lazat untuk seisi keluarga untuk bersahur dan berbuka. Kita kurangkan ke bazaar ramadan, tapi kita buat air sesedap kat rumah. Kolin sendiri boleh siapkan air longan dalam masa 3 minit aje wei. Satu jag air longan buat seisi keluarga cukup menambat selera! Buah longan pun besar....eii...masa menaip ini pun teringat-ingat hahaha. Esok kena ke Segi Fresh lagi lah gayanya sambar lagi air tin longan ini buat stok kat rumah. 




Bukan setakat air longan, kalau korang nak buat air coklat ais pun di Segi ada jual. Sedapppppp masa sahur try la minum. 



Semoga korang semua dapat berjimat macam kolin di Segi Fresh ya. Terima kasih membaca entri ini :)


Salam Sayang, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you