Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

SACC CONVEC SDN. BHD. meraikan anak-anak yatim dan asnaf di Majlis Berbuka Puasa

Assalammualaikum korang semua, sihat ker dah 11 hari berpuasa ini. Bersempena bulan puasa kolin percaya ramai pihak yang berbuat amal kebajikan. Masa ini lah anak-anak yatim dan golongan asnaf diraikan dalam pelbagai acara. Di kesempatan yang sama SACC Convec telah bersama meneruskan amalan kemasyarakatan melalui satu program CSR dengan meraikan 22 orang anak-anak yatim dan asnaf dari Pengajian Darul Mahabbah dan 30 orang anak yatim dari Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Puncak Desa Kepong pada 8 Mei 2019 yang lalu. 



Di samping berbuka puasa bersama, acara turut dimeriahkan dengan pemberian sumbangan duit raya dan hadiah kepada semu anak-anak yatim yang hadir dengan sokongan ADABI Consumers Industries Sdn. Bhd. Dengan program ini dapat lah menceriakan mereka kan. Ini lah sumbang bakti yang perlu diberikan pujian.Setiap tahun Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SACC Convec Sdn. Bhd. menantikan program sebegini demi memberi peluang kepada warga kerja SACC turut sama beramal sambil menyumbang bakti. 


Untuk majlis yang sederhana tapi meriah itu, tetamu dihidangkan dengan pelbagai menu untuk berbuka puasa. Terima kasih SACC Convec sudi menjemput kolin menjadi sebahagian daripada acara yang sangat bermakna ini. Dan kalau korang bercadang nak berbuka di sini tapi mahukan hidangan lebih simple boleh lah ke West Side Bistro, ikut media sosial mereka di www.instagram.com/Westsidebistro untuk promosi terkini mengenai set ramadan istimewa mereka Sajian Nelayan. 

Sehingga kini, kolin ucapkan syabas kepada SACC kerana berjaya memberikan sedikit sinar kegembiraan kepada semua anak-anak yatim dan asnaf yang hadir. 


Salam sayang, 

kolin zainal



1 comment:

loving me..loving you