Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Hilangkan Perut Mengeleber selepas bersalin dengan ALL ABOUT COCO

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua yang sudi singgah blog kolin hari ini. Permulaannya kolin nak ucapkan terima kasih kepada produk magik ini. Alahaiii..masa mula tu terfikir juga, boleh ker, berkesan ker...tapi serius kolin pakai sungguh-sungguh secara konsisten dan dapat hasil yang sangat membanggakan. Korang kalau nak pakai, pakai sampai habis sebotol. Istiqhomah tau, ikut saranan yang diberikan, sebelum pergi kerja sapu, sebelum tidur sapu. Hasilnyaaa auuummm tau !

ALL ABOUT COCO ini memberikan kita semua para ibu  atau isteri memiliki semula perut yang cantik tanpa geleber dan strech mark atau kesan selulit semasa mengandung. Siapa sangka, macam kolin yang dah beranak 10 tahun lepas masih boleh gunakan lagi dan memang berkesan. Pertama sekali biar kolin cerita apa kebaikan dan apa intipati dalam krim magik ini.




All About Coco, Skin Tightening Cream ini dihasilkan dengan ramuan yang unik dan formula inovasi bagi penghasilannya. Ianya memberikan kesan kulit lebih tegang, menghaluskan kulit, memudarkan parut-parut di kulit perut dan melembabkan. Nombor 1 dalam menegangkan kulit perut, Nombor 2 untuk menghilangkan selulit, Nombor 3 bagi mengurangkan kadar gemuk air dan juga Nombor 4 untuk melembabkan. Ianya kaya dan mewah dengan Cold Pressed Virgin Coconut Oil iaitu minyak kelapa dara yang mempunyai Tocotrieonols (Vitamin E) yang memberikan lebih kesan awet muda kepada kulit. 


Tanpa Parabens, Sulphates, Pesticide, GMO, Mineral Oil, Toxic Chemicals, Dyes dan Phthalate (ini korang boleh google) yang memudaratkan tubuh badan kita.  Yang penting ianya mengunakan virgin coconut oil dan tocotrienols yang bagus untuk kulit. 

Kolin Review:

1.  Bekas yang berkualiti, picit sekali aje dah keluar. Tak payah picit banyak kali pun.

2. Bau yang menyenangkan, tak berapa kuat. Kolin faham yang nak ke tempat kerja tak akan nak bau minyak panas kan. Tapi dengan All About Coco ini memang yakin lah ye, tiada bau minyak angin tu.

3. Tak berminyak, tak melekat pada baju. So kalau sapu dalam kereta on the way nak pergi kerja pun boleh (rujuk video youtube channel kolin -Alialisakreatif okay)


4. Kolin dah pakai hampir 3 minggu produk ini dan ternyata hilang cm banyak wei, lemak lembik kat perut dah hilang. Dah boleh berkebaya pagi raya hihih. Memang kagum dengan ramuan mereka yang semua natural ni. Kolin memang recommend sangat semua guna. Kalau benda boleh kempis, kenapa nak biar buncit dikkk..rugi!

Tapi kolin rasa korang yang dalam berpantang kalau pakai lagi bagus, dia mengurangkan kandungan air (reduce water retention) di kawasan yang susah nak susut iaitu perut kita tu. 

Tak tahu nak kata macam mana, melainkan korang kena beli satu dan cuba. By the way All About Coco ada dua produk yang kolin tengok kat ig mereka iaitu www.instagram.com/allaboutcocoofficial dan boleh juga tengok website mereka iaitu www.cocomarket.asia 



"Make Life Wonderful Again" suka betul kolin dengan tagline tu. Buat semua yang anak 3 ka, 8 ka, tengah berpantang ka..sila lah cuba okay. Review ikhlas ini, sebab kolin guna sendiri, pakai hari-hari sebelum tidur dan pergi kerja. Happy sangat, sebab kesan positif tuu...Thank you ALL ABOUT COCO



Love you,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you