Assalammualaikum buat semua dan selamat berpuasa ye. Walau dah berpuasa masih ada entri Ramadan Preview yang belum kolin cerita kat blog. Setiap tahun Concorde Hotel Shah Alam tak pernah miss nak edar bubur lambuk di untuk masyarakat sekitar. Sejak dari 2004, tradisi ini telah dimulakan. Bersama-sama semua kakitangan hotel bersatu dalam menyiapkan untuk semua yang sudi datang dan ambil bubur lambuk yang disediakan secara PERCUMA.
Bermula dari 7.00 pagi sebanyak 300 kilogram beras, 80kg daging dan beberapa bahan masakan yang lain telah disediakan untuk memasak. Dan bermula dari jam 2.00 petang ianya pun mula dipek kan untuk edaran. Dan jangan tak percaya mereka menyediakan sebanyak 8,000 bungkus bubur lambuk tau.
Bermula jam 4.00 petang dah boleh ambil, berkonsepkan drive tru sahaja tau. Itulah dia cara Concorde Hotel Shah Alam berbudi kembali pada masyarakat sekitar. Sebahagian juga diedarkan di masjid yang terdekat dan rumah-rumah kebajikan dan tepat 6.00 petang semua bungkusan telah siap diedarkan. Inilah semangat menyambut ramadan yang telah dikekalkan selama 14 tahun.
Pada hari yang sama Ramadan Preview yang bertemakan "Selera Berbuka Warisan Kanda Dinda" juga diperkenalkan. Dan seperti biasa Concorde Hotel Shah Alam ada menu melebihi 100 hidangan untuk semua yang datang berbuka puasa di sini. Antara yang menjadi hidangan utama ialah Bubur Lambuk Ayam Dara Lada Hitam, Sup Gear Box, Kari Kepala Ikan Jenahak, Bubur Lambuk Makanan Laut, Satay, kuih muih melayu dan pelbagai hidangan yang bakal membuka selera berbuka puasa di sini.

Bufet Ramadan mereka bermula dari RM120nett untuk dewasa dan Tiga hari awal ramadan dan tiga hari hujung ramadan ada promosi RM100 untuk setiap dewasa. Manakala 50% diskaun untuk anak-anak berumur 4 sehingga 12 tahun.
Dan kalau nak bersahur pun boleh tau, mana lah tau korang nak merasa sahur di hotel kan. Hanya RM49nett untuk seorang dan bermula dari 3.30 pagi sehingga 5.30 pagi setiap hari.
Dah pun hari pertama puasa, semoga korang menjalani ibadah puasa ini dengan penuh pengisian okay. Jangan lupa rebut peluang sebulan ini tau. Zakat jangan lupa!! Dah solat, puasa dan berzakat pula, lengkap rukun Islam kita..Insha Allah....
Terima kasih keluarga Concorde Hotel Shah Alam sudi jemput kolin datang meraikan bersama-sama ya.
Salam sayang,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you