Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Biar Philips bantu korang memudahkan penyediaan hidangan hari raya nanti

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog ye. Dah tengok tajuk tuuu..haa biar Philips bantu kan. Bukan orang ye nama Philips, tapi barangan elektrik dari mereka iaitu Philips Premium All In One Multi Cooker dan Airfryer XXL. 



Buat pengetahuan korang semua, kedua-dua ini memang menjadi idaman kalbu kolin. Lagi lah pulak diberikan kesempatan bersama-sama menyaksikan sendiri bagaimana nak guna. Dan betapa la mudah sangat nak memasak pakai dua ini. Puasa dah masuk hari kedua, tapi memang kita suka bersiap awal kan. Lagi pula menu masa raya, kalau boleh nak memikat hati, sedap dan tak mahu membazir. Beraneka juadah itu sudah tentu lah, memang nak macam-macam hidangan atas meja tu nanti. 
Kerjasama  Philips Malaysia bersama Chef Marina Mustafa untuk sesi memasak "Raya Bersama Chef Marina Mustafa" yang telah memberikan pelbagai tips dan cara pengunaan rangkaian peralatan dapur dari mreka. Dan antara yang sempat kolin tengok ialah Rendang Tok, Lodeh, Ayam Percik, Lontong Daun Pisang dan Seri Kaya Bakar yang semuanya dibuat mengunakan barangan dari Philips aje. Yang paling kolin kagum, seri kaya bakar tu laaaa...adui resipi senang, nak buat senang pakai airfryer xxl aje, makan pun senang...hahahhahah. Ngap ngap masuk mulut ajeeeee. Bersama-sama kolin hari tu ada Naib Presiden dan Pengurus Besar Philips Asia Pasifik, Nicholas John Lee, Pengurus Negara Philips Malaysia Muhammad Ali Jaleel dan Ketua Pemasaran Philips Malaysia Wendy Ho serta ahli kumpulan Facebook tempatan iaitu Masak Apa Hari Ni (MAHN). 

Memang gamat, tak tipu..meriah betul. Ternyata sesi ini memang berbaloi sebab group FB ini paling meriah bila memasak. So segala masakan nampak senang lah bila Chef Marina demo hari tu. Lagi seronok, masak-masak dan tinggal aje. Boleh melepak sambil tunggu semua siap. Goreng tempe dan tauhu pun sedap wei dalam air fryer tu. Garing aje...tak tipu. 


Ini antara hidangan yang disediakan oleh Chef Marina mengunakan barangan dari Philips. Kolin memang dah ada pressure cooker yang sebelum ini. Tapi yang All In One Multi Cooker best giler...korang boleh add on apa-apa kalau lupa masuk. Paling best masa bab realese pressure tu. Yang lama tu, abis satu rumah air stim tu keluar. Dan kalau yang lama kolin sekarang tunggu warm sampai 20 minit baru buka valve dia. Tapi yang multicooker baru ini tak ada macam tu. Aduiii..ada yang pecah tabung beli satu lagi karang...Baca bawah ini untuk penerangan ye.



Philips Premium All-In-One Multicooker (HD2145/62)

Masak secara perlahan, masak menggunakan tekanan dan masak pelbagai hidangan di dalam satu alat dengan Philips Premium All-In-One Multicooker. Dengan keajaiban teknik memasak menggunakan tekanan, anda boleh menyediakan hidangan yang sempurna dalam hanya beberapa minit, malah potongan daging yang liat juga boleh menjadi empuk dalam hanya beberapa minit. Dilengkapi dengan 9 mod masakan menggunakan tekanan, Philips Premium All-In-One Multicooker dapat membantu anda menyediakan juadah enak dengan cepat, memberi kelegaan apabila anda kesuntukan masa. Pada Hari Raya ini, anda boleh menyediakan rendang daging kegemaran anda dalam tempoh kurang sejam, membolehkan anda meluangkan lebih banyak masa bersama-sama yang tersayang.



Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99)

Sebuah alat yang wajib dimiliki untuk menyediakan hidangan enak lagi berkhasiat di rumah semasa musim perayaan ini. Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99) yang merupakan Airfryer terbaru keluaran Philips, sememangnya memudahkan anda memasak untuk ahli keluarga anda. Saiznya yang lebih besar sesuai untuk menyediakan hidangan yang cukup untuk semua orang apabila anda menganjurkan rumah terbuka dan menjamu sanak saudara di Hari Raya ini. Masak semuanya serentak bagi memenuhi selera semua orang! Dengan kapasiti Airfryer terbesar setakat ini, ia berupaya memasak empat ketul paha ayam penuh untuk resepi Ayam Percik anda sekali gus!



Philips Premium All-In-One Multicooker (HD2145/62) boleh didapati pada harga runcit yang disyorkan RM999 dan Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99) boleh didapati pada harga runcit yang disyorkkan RM1,499. Kedua-dua produk berkenaan boleh dapat di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan Wangsa Walk di Kuala Lumpur dan kedai rakan jualan serta pengedar di seluruh negara, serta kedai dalam talian rasmi Lazada di https://www.lazada.com.my/philips-official-store/.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian produk Philips di Malaysia, sila layari www.philips.com.my




Kolin bebetul akan menabung dan beli kedua-dua ini. Kagum masa Chef Marina tunjukkan cara guna. Kita ni mak yang sibuk dan sentiasa kerja balik lambat. Kadang-kadang peralatan canggih sebegini banyak membantu. Jangan tak tahu, suami dan anak-anak akan lebih suka kalau mak yang masak So usaha lah masak walau pakai dapur ajaib tu kan....campak-campak siapppp. Tak payah diri lelama dan bau bawang sehari suntuk. Kini masanya berubah !!! 

Jom beli weiii.....Thank you Philips...


p/s: terima kasih atas cabutan bertuah tu, kolin menang lunch box philips..syukur


Salam Sayang, 

Kolin Zainal  





No comments:

Post a Comment

loving me..loving you