Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Benda yang TAK BOLEH KONGSI di Sosial Media

Assalammualaikum semua. Dan pun pertengahan bulan puasa kini dah bahang mengemas dan menyediakan segala kelengkapan berhari raya kan. Kolin pun sama jua. Tapi hari ini kolin nak berkongsi dengan korang yang kolin baca kat Facebook tadi. Bukan apa, kolin ada nampak antara kenalan kolin yang buat menda ini. Dan kolin harap kalau ada pembaca yang buat, jangan buat lagi ya. Bahaya! Kolin pernah buat dedulu juga, tapi sekarang kolin kurangkan dan hentikan perkongsian tu. Dan betul sangkaan kolin ianya tidak bagus pun. Apa yang kita tulis dan di upload tu mencermin diri kita kembali. Malu weiii, kalau tak kena gaya orang pandang rendah dekat kita. 


Ini perkara no. 1, jangan upload atau update betapa kita benci kerja, tempat kerja atau apa-apa perkara di tempat kerja. Cukup bercerita dengan kawan-kawan sudah ye. Never ever do this! Lagi laa benda benda peribadi, borang cuti pun tak boleh weiiii nak update. Itu melanggar etika di tempat kerja tau. 




No. 2 jangan la pos terlalu banyak maklumat diri. Kerja apa, rumah mana, buat apa, dokumen pejabat mahu pun peribadi. Kita tak pernah tahu apa niat orang lain. Malahan ada sesetengah organisasi melarang sebarang perkara mengenai organisasi di muatnaik. Lebih-lebih lagi Tanda tangan bos kita. Itu perkara paling menakutkan ye. Kolin harap sapa pernah buat, jangan buat lagi. Niat orang kita tak tau. 


No. 3 adalah jangan laaaa saja pi update buat orang dengki atau jeles. Rugi aje nanti orang nyampah dengan kita. Update benda yang elok-elok kan best. Tapi kalau update lauk pauk tak apa laaa.. Leh bagi ilham dekat orang lain memasak kan. Kang korang buat gitu dia pi bomoh kan camner... Sendiri susah kannnnn. Hati orang hitam putih bukan boleh tauuuu


No. 4 paling kritikal juga. Kalau pi bercuti bagitahu sampai no bilik hotel payah juga. Sedap pulak nak tunjuk kereta tangkap gambar plat kereta sekali. Bahaya laaa korang... Kang orang scam kereta korang ada tunggakan bank nak tarik. Sebab detail dan maklumat siap korang sendiri bagi tau.


Ayat lebih tepat, mind your own business untuk no 5 ni. Hal orang jangan gatai tangan nak kongsi dan post status. Dia mungkin tak suka. So baik korang up status sendiri dan jangan kacau hal orang okay. Aib orang pun sama, jangan laaa up dekat media sosial. Tak baikkkkk


Tahun lahir pun jadi senarai di no. 6. Tarikh lahir biasa jadi password atau kata kunci kita. Jadi hati-hati ye 




Lihat lah sendiri ini antara yang jangan di update dalam media sosial. Menakutkan kann... Tapi betul tau. Kolin cuma share, kalau ada yang sentap, terasa hati, bulan mulia ini kolin minta maaf okay. 


Love, 

Kolin Zainal 

2 comments:

  1. Good sharing Kolin.. kadang memang kita lupa teruja sangat nak berkongsi. Kak Sue pun kadang hampir nak terbabas berkongsi.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Good sharing...tp ada je yg buat kan...ikut hati mati kan?

    ReplyDelete

loving me..loving you