Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Dengan InnerShine Cantik Semula Jadi

Assalammualaikum dan semoga semua yang sudi mengunjungi blog kolin ini terus berpuasa ye. Tak lama lagi nak raya dah. Macam biasa sebagai wanita, memang mementingkan penampilan di hari raya. Itu yang persediaan telah dibuat rapi bagi memastikan dari hujung rambut sampai hujung kaki terbela tau. Itu lah dia wanita, sentiasa nak tampil sihat dan menarik di samping keluarga tercinta. Siapa laaa tak mau wajah berseri dan sihat kan.



Disebabkan itu, kolin sendiri tidak ketinggalan nak tampil menarik dan segar masa Aidilfitri nanti. Dengan INNERSHINE lagi lah senang kan. Buat pengetahuan korang semua, Innershine ada Prune Essence kan, kolin pernah share kat SINI.  Kalau rajin boleh lah klik baca. Kalau dah InnerShine Prune Essence dah boleh memberikan kesan yang bagus dalam memberikan Vitamin E, tinggi serat fiber dan juga membantu sistem penghadaman tu, apa ntah lagi dengan pelancaran Innershine Pati Beri yang baru ni. Ianya sesuai untuk melindungi kulit dari Sinaran UV. Kedua-dua ini produk ini telah menampilkan aktress Fasha Sandha sebagai Duta Produk terbaru mereka. Haaa..siapa nak tampil berseri macam Fasha kenalah cuba minum Innershine kan.






Satu lagi informasi penting buat korang, kedua-dua produk ini adalah sesuai untuk yang mengamalkan vegetarians tu. Kolin minum kedua-dua tau, maklumlah nak tampil lebih berseri dan dalam masa yang sama nak melindungi kulit. Kolin ini kerap juga berada di luar dan disebabkan itulah perlukan Innershine sebagai pelengkap penjagaan diri. 

InnerShine Pati Prune - tinggi dalam fiber, tinggi vitamin E dan juga produk ini natural dan memberi kesan keserian dari dalaman. Bagus untuk perut tau, so segala benda tak baik tu keluar lah nanti. Sebab prune memang bagus untuk penghadaman dan melawaskan.

InnerShine Pati Beri - tinggi dalam vitamin A, C, E, tinggi zink dan juga semulajadi dari 7 jenis beri. Iaitu blackcurrant, blueberry, cranberry, strawberry, acai berry, chokeberry dan elderberry. Beri-beri ini semua diketahui memilik tahap antioksidan yang tinggi, membantu melindungai kulit dari kesan kerosakkan akibat radikal bebas yang berpunca dari pendedahan terhadap sinaran UV yang melampau. 


Dah cuba baru lah tahu, kesan kedua-dua produk ini. Apa yang kolin boleh kongsikan, kolin rasa kulit bertambah segar dan kolin rasa lebih bertenaga. Dengan adanya makanan tambahan seperti ini sudah tentunya di pagi aidilfitri nanti kolin leh berseri kan!! Senang lah tak payah nak mekap tebal-tebal nanti.  

Rasanya yang mana rasa muka kusam, tak bermaya dan perasan dah nampak kurang segar cuba lah InnerShine ye. Kolin percaya ianya pelaburan yang sangat berbaloi. Dari puasa pertama kolin minum sampai lah hari ini. Dan pastinya kesan yang sangat positif, itu yang terus berkongsi cerita dalam blog mengenai kebaikan produk InnerShine. Buat korang yang dah mula minum, jangan lupa upload di media sosial dengan hashtag #InnerShineCantikSemulaJadi2019 dan kongsikan pengalaman korang sekali okay. Jangan simpan sorang aje rahsia korang tampil berseri tuuu..we spread the love okay. 





Jangan lupa ya, nak raya lagi 11 hari aje wei..jangan nanti raya muka kusam tak bermaya pulak, masa tu jangan salahkan orang lain. Salahkan lah diri sendiri, sebab tak mau minum InnerShine :)


Love, 

Kolin Zainal 

4 comments:

loving me..loving you