Assalammualaikum korang semua. Hari ini dah sabtu wei, esok ahad dan kita semua umat Islam akan bersahur pagi Isnin dan berpuasa. Alhamdulillah kita semua dipertemukan dengan Ramadan 1440H kali ni, syukur. Kalau sudah berpuasa, kita jangan lupakan ibadah berzakat semasa bulan Ramadan nanti tau.
Bersempena menyambut Ramadan yang bakal tiba sikit masa lagi, pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan tidak ketinggalan dalam menyeru semua supaya tidak melupakan ibadah zakat. Kena dengan tema mereka 'IBADAH ZAKAT PELENGKAP RAMADAN" kolin rasa amat tepat dan sudah pasti semua kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP ini sepanjang bulan Ramadan 2019, memberikan kemudahan dan kesenangan kepada pembayar zakat .
Sidang Media semalam yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP iaitu Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff memberikan sedikit penjelasan dan amanat yang sangat jelas. Dengan moto mereka, MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT dan mengadakan pelbagai saluran yang boleh korang berzakat. Ada 10 kaunter yang beroperasi setiap hari sepanjang bulan puasa ini bermula dari jam 8.15 pagi sehingga 4.30 petang. Malahan korang boleh buat secara tunai, cek, kad debit dan kad kredit perbankan islam. Malahan kalau tak ada masa korang terus saja buka laptop atau telefon bimbit tu okay. Layari www.zakat.com.my dan segala zakat harta dan zakat fitrah boleh dilakukan terus di laman web mereka. Percayalah cakap kolin, laman web mereka sangat "friendly".
Kalau nak best, boleh aje follow mereka di laman media sosial dan dapatkan lokasi kaunter-kaunter bergerak mereka di sekitar Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan juga Labuan. Hebat kan! kalau korang tak rasa senang sangat nak berzakat ini tak tahu lah kolin weii.
Selaras dengan sidang media tu, mereka juga buat penjenamaan semula tau. Ingat tak kolin pernah kongsi pasal Skim Thohir atau potongan gaji bulanan tu. Haaaa...mereka dah ubah logo dan nama ye. Sekarang skim tu dikenali sebagai SKIM POTONGAN ZAKAT BULANAN atau SKIM PZB. Ianya bertujuan untuk lebih senang seisi masyarakat faham bila nampak singkatan tu.
Antara zakat harta yang boleh korang semak dan tunaikan ialah Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Saham. Semak tau korang, berzakat memberikan lebih banyak rezeki. Dalam harta kita, ada hak orang lain tu. Dan sudah pastinya, pihak PPZ-MAIWP bakal memberikan cenderahati istimewa buat semua yang datang membuat pembayaran zakat di bulan Ramadan ini. Ada produk Asnaf juga tau.
Jangan lupa korang yang baca blog ini sebarkan dan kita sama-sama seru kawan-kawan kita supaya merebut keberkatan Ramadan dengan menunaikan zakat dan mengembalikan hak-hak asnaf sebanyak 2.5% dalam harta kita. Kita pun nak semua yang bertaraf asnaf ini bergembira di hari raya kan.
Buat korang yang tak pasti atau masih keliru, mohon layari website dan laman media mereka okay. Kolin percaya semua kerja keras mereka sangat telus dan semoga korang lebih terbuka hati untuk menunaikan perkara dalam rukun Islam kita iaitu ZAKAT.
Dah berpuasa dan sudah berzakat, semua sudah! Tahniah buat korang yang terus menerus mempercayai institusi zakat di negara ini. Semoga kita semua umat Islam terus aman makmur dalam menjalani segala perintah dan ibadah yang di tuntut oleh NYA.
Salam Ramadan, selamat berpuasa korang. Ingat Zakat, ingat PPZ-MAIWP okay. Selamat semuanya...semoga kita dimurahkan rezeki dan ingatlah tak pernah miskin orang yang berZAKAT.
Terima kasih membaca,
Kolin Zainal
Salam Ramadhan Kolin.. bagus ada kempen macam nie kan, siap ada gift lagi..
ReplyDelete