Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MAJLIS PELANCARAN LAGU 'MUDAHNYA BERZAKAT' - OMAR & HANA x PPZ -MAIWP

Tahniah buat Pusat Pungutan Zakat Wilayah yang telah berkolaborasi dengan icon kartun kanak-kanak popular tanahair iaitu  Omar & Hana dengan lagu yang sangat merdu untuk didengari oleh seisi masyarakat iaitu:

'MUDAHNYA BERZAKAT'.

Berlangsung dengan meriah pada hari Sabtu, 25 Jun 2022 yang lalu di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju. Dengan kehadiran ramai tetamu yang sama-sama meraikan pelancaran ini. Acara pagi dimulakan dengan pertandingan mewarna buat kanak-kanak yang berumur 7 sehingga 12 tahun. Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk semua yang join tau.



SELAMAT HARI BAPA 2022

Assalammualaikum dan salam sejahtera korang semua...

Syukur dapat bersama anak-anak hujung minggu lepas dalam sambutan hari bapa 2022. Kalau hari ibu kita sambut penuh meriah, hari bapa tak lah terkecuali lah juga kan.

Jadinya ahad semalam, kolin belanja la suami dan anak-anak makan dekat Chilis Sunway Putra Mall kat KL.


Masalah dengan suami, gambar semua out hahah. Penat nak elok-elok bergambar, mesti tutup mata lah, pandang tempat lain lah. Tapi tak mengapa janji ada gambar untuk kenangan kan. 

MAKAN DI TGI FRIDAY MALAYSIA

 Assalammualaikum korang 

Kadang-kadang kan bila kita nak meraikan sesuatu memang akan cari tempat makan yang sedap dan menarik kan. Mesti ramai yang pernah makan di TGI Friday Malaysia. Tapi perkongsian kali ini  untuk korang yang tak pernah cuba makan kat situ atau pun korang yang mencari-cari mana nak cari stik atau steak yang sedap tapi berbaloi hendak di cuba. 

Kalau teringin Steak, ini antara yang korang boleh try order. 

SAMBUTAN HARI BAPA TERISTIMEWA DARI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES, SHAH ALAM

SELAMAT HARI BAPA!!!

Untuk insan yang bergelar ayah, abah, papa atau apa sahaja memang Hero di mata anak-anak kan. Disebabkan itu setiap tahun tanpa gagal SAMBUTAN HARI BAPA di sambut dengan istimewa setiap tahun. 

 


Buat yang tak tahu nak sambut kat mana, korang boleh ke Mardhiyyah Hotel & Suites yang menghidangkan hi- tea buffet bersempena Hari Bapa pada 19 Jun 2022 (Ahad) nanti. Korang boleh dapat percuma 1 hi-tea bagi pembelian 5 voucher dewasa hi-tea dan 15% diskaun untuk kek 1kg Red Velvet Cake. 

BLUE ICE SKATING RINK, KL EAST MALL

Assalammualaikum dan salam sejahtera korang semua.

Ini pertama kali kolin bawa anak-anak enjoy ice skating. Sebelum ini tak pernah pun. Ikutkan ali imran memang terer main rollerskating tapi alisa memang agak lemah. 

Untuk korang yang nak cuba ice skating di BLUE ICE SKATING RINK, KL EAST MALL kena whatsapp untuk tempahan dulu tau. Tempah sahaja melalui whatsapp dan nanti datang awal sedikit lah. Pastikan bawa stokin dan juga sarung tangan. Macam kolin memang tiada sarung tangan jadi beli sahaja kat situ RM7. Dan kalau anak-anak korang tak berapa pandai lagi, boleh lah sewa 'bobby' untuk jadikan pemegang masa skating nanti. 


SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA MEAT CARTEL TTDI

TAHNIAH, MEAT CARTEL TTDI bagi ulangtahun pertama pembukaan mereka!

Disambut dengan penuh kemeriahan pada malam sabtu yang lalu dengan kehadiran ramai tetamu dan media. Tahniah sekali lagi MEAT CARTEL TTDI.