Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MAJLIS PELANCARAN LAGU 'MUDAHNYA BERZAKAT' - OMAR & HANA x PPZ -MAIWP

Tahniah buat Pusat Pungutan Zakat Wilayah yang telah berkolaborasi dengan icon kartun kanak-kanak popular tanahair iaitu  Omar & Hana dengan lagu yang sangat merdu untuk didengari oleh seisi masyarakat iaitu:

'MUDAHNYA BERZAKAT'.

Berlangsung dengan meriah pada hari Sabtu, 25 Jun 2022 yang lalu di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju. Dengan kehadiran ramai tetamu yang sama-sama meraikan pelancaran ini. Acara pagi dimulakan dengan pertandingan mewarna buat kanak-kanak yang berumur 7 sehingga 12 tahun. Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk semua yang join tau.



PELANCARAN LAGU 'MUDAHNYA BERZAKAT'

Tercetusnya idea dalam menghasilkan lagu ini apabila lagu-lagu Omar & Hana banyak berkisahkan kisah-kisah tauladan sahabat nabi, solat, puasa dan sebagainya. Inisiatif PPZ-MAIWP kali ini dengan kerjasama pihak Durian Digital telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan satu karya bagi memberikan kesedaran dan mendidik kanak-kanak dan jua ibu bapa dalam kewajipan kita semua berzakat. 

Seperti mana yang kita semua maklum, ibadah zakat perlu di beri penekanan dari kecil. Mana tahu dengan adanya lagu 'Mudahnya Berzakat' ini anak-anak lebih memahami ibadah zakat yang ada di dalam Rukun Islam. 

Ibadah zakat bukan untuk orang dewasa sahaja tau. Dalam usaha melahirkan generasi muda yang celik zakat ini perlu diteruskan dalam memastikan golongan yang memerlukan seperti asnaf dapat dibantu. 


APLIKASI MyZAKAT

Dan kalau anak-anak dan ibubapa nak tahu, sudah ada aplikasi yang memudahkan kita semua berzakat. Aplikasi MyZAKAT ini boleh kita bayar dan juga kira. Malah kalau nak semak penyata zakat ini pun boleh. Jangan lupa korang semua download Aplikasi MyZAKAT di Google Play atau Apple Store hari ini. 

MAJLIS PELANCARAN LAGU 'MUDAHNYA BERZAKAT' - OMAR & HANA x PPZ-MAIWP

Dimulakan dengan bacaan doa oleh dengan kehadiran maskot Omar, Hana dan juga Ustaz Amil. Dimeriahkan pula dengan kehadiran selebriti tanahair Sharifah Shahirah bersama Ustaz Husni. Ada sesi kuiz mengenai zakat dan tetamu yang menjawab soalan dengan betul membawa pulang hadiah yang cukup istimewa. 



Alisa pun naik pentas jawab soalan. Dapat hadiah istimewa dari PPZ-MAIWP, permainan Global Zakat macam permainan monopoli, best tau sebab ada sukatan mengenai zakat dalam pelajaran Tingkatan 1 & 2

Seterusnya ucapan oleh Ketua Pegawai Kewangan PPZ-MAIWP iaitu Tuan Azhan Ismail sedikit sebanyak berkongsi tentang inisiatif yang dilakukan oleh pihak PPZ-MAIWP dalam memupuk kesedaran berzakat bagi setiap peringkat generasi. Usaha yang berterusan ini dapat menjamin lebih banyak golongan asnaf atau orang yang memerlukan dapat dibantu. 

Akhirnya acara gimik dan pelancaran lagu 'Mudahnya Berzakat' di lancarkan dengan penuh meriah dan bermakna. 

Majlis ini diakhiri dengan penyampaian hadiah pertandingan mewarna dan adik-adik yang hadir diraikan dengan penampilan dan persembahan dua buah lagu dari Omar & Hana iaitu Assalammualaikum dan jua Alhamdulillah. 


Kepada korang yang masih belum pernah berzakat atau nak tahu bagaimana nak memudahkan pembayaran zakat korang, boleh terus klik laman web ini www.zakat.com.my

Ada 6 cara memudahkan pembayaran zakat korang iaitu:

1. Pembayaran di 10 Kaunter PPZ-MAIWP. Dibuka dari Isnin sehingga Jumaat.

2. Skim Potongan Zakat Bulanan. Daftar sahaja skim PZB secara dalam talian melalui ptg.zakat.com.my  

3. Perkhidmatan kaunter zakat digital (KZD) ini tak perlu ke kaunter. Korang boleh buat temujanji di mytemujanji.zakat.com.my

4.Perkhidmatan door to door buat yang inginkan layanan personle atau mempunyai kekangan masa. Korang boleh gunakan perkhidmatan Ride2U dan Kaunter Zakat Bergerak (KZB). Tempahan melalui 1300-88-5757 dan waktu operasi mereka 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. 

5. Saluran bayaran online melalui portal rasmi PPZ-MAIWP juga boleh tau.  

6. Bayaran zakat melalui perbankan internet (15 bank) pun boleh. Ataupun guna boost, shopee atau gopayz. 

Cara ke 6 tu memang kolin guna untuk pembayaran zakat pendapatan kolin setiap bulan. Mudah sangat, korang pun boleh cuba. 

Kolin harap dengan adanya pelbagai saluran yang memudahkan ini, kita semua mula ada kesedaran berzakat. 

Tahniah atas MAJLIS PELANCARAN LAGU'MUDAHNYA BERZAKAT' - OMAR & HANA x PPZ-MAIWP




 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you