Assalammualaikum dan salam sejahtera korang semua.
Ini pertama kali kolin bawa anak-anak enjoy ice skating. Sebelum ini tak pernah pun. Ikutkan ali imran memang terer main rollerskating tapi alisa memang agak lemah.
Untuk korang yang nak cuba ice skating di BLUE ICE SKATING RINK, KL EAST MALL kena whatsapp untuk tempahan dulu tau. Tempah sahaja melalui whatsapp dan nanti datang awal sedikit lah. Pastikan bawa stokin dan juga sarung tangan. Macam kolin memang tiada sarung tangan jadi beli sahaja kat situ RM7. Dan kalau anak-anak korang tak berapa pandai lagi, boleh lah sewa 'bobby' untuk jadikan pemegang masa skating nanti.
Ada 5 session yang boleh korang booking. Macam kolin booked yang jam 3.00 petang. Lepas dah main basah-basah tu terus keluar cari mamak kat luar makan roti canai. Sebelum tu makan lunch siap-siap dah kat rumah. Jimat hahahahha...
Harga untuk Ice Rink Entry untuk setiap session (2 jam)
Normal: Monday to Friday
RM30 (Member RM20)
Normal: Saturday, Sunday, Public Holidays or School Holidays
RM35 (member RM25)
Stoking dan glove RM7 satu.
Nak sewa 'bobby' sejam RM30 sahaja. Dan kalau anak korang kecik, nak duduk dalam kawasan masa nak pasang kasut dan menunggu area dalam tu dikenakan caj RM2.
Macam kolin anak dah besar, jadinya tinggal sahaja dan tengok-tengok dari tepi gelanggang sahaja.
Untuk permulaan, memang kolin sewa 'bobby" untuk alisa. Sebab dia tak berapa mahir lagi. Sejam sahaja korang sewa, insha Allah dah okay. Untuk pengetahuan korang boleh duduk tau atas bobby tu.
Tempat dia tak lah besar mana. Tapi selepas korang try kat KL EAST MALL, boleh try juga kat tempat lain iaitu Paradigm Mall Johor, 163 Retail Park KL dan juga di Pavillion Bukit Jalil.
Untuk aktiviti ini 2 pax, kos yang kolin kena bayar sebanyak RM114.00. Boleh bayar tunai, debit atau kredit kad.
Kalau korang ada plan nak bawa anak-anak boleh lah saving bajet siap-siap kan. Seronok bagi anak cuba pengalaman baru macam ice skating.
BLUE ICE SKATING RINK, KL EAST MALL
pernah main ice skating kat sunway pyramid dulu dulu..hapah langsung takleh bergerak..asyik jatuh je..nasib baik tak mandul
ReplyDelete