Monday, October 30, 2017

EVENT: PROMOSI CHINA TRESURES, SIME DARBY CONVENTION CENTRE MERAIKAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Sime Darby Convention Centre mempromosikan pakej mereka dalam meraikan Sambutan Tahun Baru Cina di China Treasures. Bagi tahun 2018 adalah tahun Anjing dan mereka tidak ketinggalan sekali lagi memperkenalkan pelbagai menu baru untuk semua yang bakal meraikan sambutan bermakna ini di Sime Darby Convention Centre pada Tahun Baru Cina 2018 nanti. Bermula dari 1 Novemver 2017 sehingga 31 Disember 2017, China Treasures akan memberikan pelbagai voucher 'early bird' dan diskaun bagi pelanggan yang berminat meraikan sambutan tahun baru di SDCC.




 Buat makluman korang, harga asal untuk 10 orang adalah RM1388nett untuk satu meja. Manakala promosi mereka untuk semua yang inginkan diskaun lebih adalah seperti berikut

November 2017 - Meja 5 orang RM488nett dan 10 orang RM698nett

Disember 2017 - Meja 5 orang RM598nett dan 10 orang RM798nett

Januari dan Februari 2018 - Meja 5 orang RM888nett dan 10 orang RM1388nett



Menyediakan pelbagai menu yang membawa pelbagai maksud kegembiraan dan kebahagian buat semua pelanggan mreka sememangnya menjadi keutamaan chef-chef di sini. Tidak lupa Salmon Fish & Crystal Pear Prosperity 'Yee Sang', Double Boilde Black Chicken Soup with Dried Scallop, Matsutake & Cordyceps Flowers, China Treasures Emperor Herbal Chicken, Steamed Live Grouper with Lemon Chili Garlic Sauce, Wok- Fried Crystal Prawn with Chili Paste 'Traditional Style", Braised Black Moss Roll & Beancurd Puff with Seasonal Hong Kong Vegetable in Claypot, Baby Abalone Fried Rice Sprinkled with Rice Puff, Chilled Ginseng Root & Snow Bird Nest with Red Dates and Chilled 'CNY' Mochi wiht Shredded Coconuts. 












Gambar-gambar di atas ini hanyalah sebahagian tau !! Banyak sangat seleksi dan kalau korang berminat boleh telefon mereka dan tanya lebih lanjut apa menu untuk setiap pakej yang korang berminat tu okay. 

 Dan pada hari kolin pergi food tasting hari tu semua sedap-sedap sangat.  Memang mengiurkan setiap hidangan yang disediakan buat kami masa review hari tu. Kalau nak tahu, China Treasures ada sijil HALAL tau. Buat korang yang nak merasa hidangan ini pun boleh cepat beli diskaun yang mereka tawarkan tu. 

China Treasures yang buka setiap hari dari jam 11.30 pagi sehingga 2.30 petang pada hari bekerja dan dibuka dari jam 10.00 pagi sehingga 4.30 petang pada hujung minggu dan cuti umum ini ada juga menyediakan masa makan malam iaitu 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Lebih bagus korang buat tempahan dengan menelefon 03-20893788 untuk penempahan atau pembelian voucher sambutan tahun baru yang ditawarkan. 

Buat yang suka hidangan ala Cina dan nak yang sedap tak mahu yang mengecewakan boleh lah ke sini dan cuba. Dan buat semua yang bakal meraikan Sambutan Tahun Baru Cina pada tahun hadapan, boleh lah cepat-cepat ambil peluang ini dan berjimat. 




Terima kasih Sime Darby Convention Centre kerana menjemput kolin di dalam mempromosikan pakej CNY 2018.

Love, 

Kolin Zainal




Saturday, October 28, 2017

Selamat Pengantin Baru Ina !!

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Akhirnya kawan kolin ni menamatkan zaman bujangnya. Bersyukur berjumpa akhirnya dengan jodoh yang baik dan semoga segalanya baik-baik sahaja. Kolin berkawan dari tingkatan satu sampai lah dah tua bangka nak masuk umur 4 series dah pun. Syukur kawan-kawan sekelas masih berkawan baik tak ada yang jauh hati atau apa pun. Inilah dia gambar-gambar yang sempat di abadi kan buat kenang-kenangan kami 5 Arts 5 di Assunta Girl School, Petaling Jaya. Tapi ada yang kelas lain-lain laa..yang penting kami satu sekolah dari tingkatan satu sehingga lah tingkatan lima. Yang mana tak datang hari tu jangan sedih ya..nanti kita buat reunion lagi okay...

 tak reti duduk diam kannn

 




inilah dia kami ..masih muda remaja hahahah. Semoga persahabatan ini kekal baik selama-lamanya.

Dan buat ina dan pasangan, aku doakan semoga jodoh korang sehingga ke hujung nyawa. Happy for both of you...

Love, 

Kolin Zainal 

Friday, October 27, 2017

REVIEW: Sekarang dah mudah nak buat kek dengan pressure cooker !


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Bersempena sambutan Deepavali baru-baru ini, jiran kolin Ms. Selvi minta kolin buatkan kek coklat. Sebelum ini pernah bagi kat dia sekali, dah dia teringat pulak. Nak raya tak nak beli kek luar kata dia, nak yang homemade. So dengan berlagak ala-ala aku ni pakar baking I pun say yes !! hhahah padahal aku ni masak pandai, kalau bab baking kek ni memang failed. GAGAL ! Bukan bidang kolin tau membakar-bakar kek ini.  

Tapi kolin gembira sebab kek kali ini gerenti jadi. Sebab kolin tak guna pembakar atau oven, kolin guna Pressure Cooker. Jenama pressure cooker kolin Philips. So memang korang tak perlu takut hangit, hangus, kek tak naik ataupun apa sahaja lah. Kek yang dibakar gerenti jadi, sebab ada button BAKE kat situ hahahaha. So masukkan semua bahan-bahan yang diperlukan, tak perlu oles planta pun kat permukaan periuk tu, masukkan semua aduan terus aje. Tekan BAKE, dan ianya akan siap dalam masa 45 minit. 


Macam ini lah rupa dah siap. Yang ini simple butter cake, malam sambut Diwali tu kolin baking 2 kek tau. Kek coklat dah siap dan dihantar terus pepanas ke rumah jiran. Kita belanja la dia nak beraya. Kolin beruntung jiran ada bangsa Cina dan India. Meriah aje setiap kali perayaan. Yang best anak-anak laa..raya dapat angpau, CNY dapat angpau sekarang Diwali pun dapat angpau!


Dah sejuk sikit keluarkan lah periuk tu dan gunakan teknik double plate kolin keluarkan kek dari periuk. So memula keadaan terbalik lah. Tapi yang best tak melekat pun walau tak sapu apa pada permukaan periuk tu.



Inilah dia butter cake kolin. Kalau rajin boleh lah pukul buat butter cream dan letak hiasan buah atas kek ini. Tapi tak sempat, keluarga kolin terus ngap sambil minum air kopi malam tu hahahah. Sedap...senang...simple dan mudah. 


Jadi malam sambutan Diwali tu kami melepak laa minum kopi sambil menikmati kek butter panas ni. Tepat jam 12.00 malam bunyi lah mercun bagi meraikan sambutan Diwali di Jinjang. Kita kan hidup dalam harmoni, so kita raya sama juga main mercun. So tak perlu nak kata...weii kami nak tidur jangan bising. Kita lagi lah dahsyat, dari puasa ke raya...60 hari main mercun dan bunga api tu. Malah tak jaga tertib tengah solat terawih pun pulun kan. So malam tu siap lah 2 biji kek kolin mengunakkan pressure cooker. Sekarang dah mudah nak buat kek dengan pressure cooker. Mana mak-mak ala moden macam kolin ini, boleh lah kumpul duit dalam tabung dan dapatkan pressure cooker korang. Macam-macam boleh buat tau..yang penting gerenti sedap dan menjadi.

Love, 

Kolin Zainal

Thursday, October 26, 2017

EVENT: TRIUMPH MALAYSIA melancarkan bilik persalinan mudah alih pertama di Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Triumph Malaysia dengan bangganya mengumumkan bilik persalinan mudah alih yang pertama di Malaysia. Dengan tema mereka 'Find The One' korang boleh datang ke sini dan cuba pakaian dalam yang sesuai dengan korang tanpa perlu masuk ke dalam shopping mall pun. Dengan pelancaran ini Triumph Malaysia memberikan pengalaman unik kepada semua pengemar jenama mereka dengan menjanjikan ketepatan ukuran pakaian dalam setiap pelanggan dipandang berat. 


ini lah dia bilik persalinan mudah alih
 
 Daphne Iking sebagai pengacara majlis

Menurut kata Sheryl Wong, Pengarah Komersil Triumph Malaysia & Singapura, Di Triumph kami sentiasa mengutamakan keperluan pelanggan kami dan dalam era kini di mana segala-galanya dihantar sehingga ke pintu anda. Kami sendiri yakin dengan servis bilik persalinan mudah alih ini akan menjadi tumpuan utama. Bayangkan berjalan masuk ke dalam bilik persalinan yang ditempatkan di bahu jalan, tanpa perlu susah payah cari parking kereta dan berjalan jauh pun. Apa yang lebih menarik korang pun dapat bra yang sesuai dan sempurna tau. Kolin berkesempatan ke pelancaran yang berlangsung hujung minggu lalu di Sunway Pyramid. Bilik persalinan ini diletakkan di luar Blue Entrance untuk semua pengunjung yang berminat melihat dan shopping di sini.

 Ms. Sheryl Wong

 Antara selebriti yang hadir merasmikan Triumph's 1st Mobile Fitting Lab


say braaaaaa

Bilik persalinan mudah alih ini akan memulakan perjalanan pada bulan Oktober dalam usaha memastikan setiap wanita mendapat kesesuaian sempurna dari Kuala Lumpur sehingga ke Pulau Pinang, Melaka, Johor Bharu dan tidak ketinggalan di Singapura selama tempoh 3 bulan. Triumph yang bakal berkerjasama dengan rakan niaga dan pusat beli belah utama di setiap bandar bagi menarik pelanggan setia dan baru Triumph ke bilik persalinan ini. 

Dan kalau korang berkesempatan mengikuti ini semua, mereka juga bakal menjalankan acara bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memakai bra dengan sempurna tau. 


kolin suka sgt elizad sbb drama teman lelaki upahan


sazzy falak dan dynas yang sangat peramah!! Selalu jumpa kat event..suka !

Barisan blogger malaysia dari kiri achik huda, ruby, kolin dan anie

Jangan lupa kalau jumpa bilik persalinan mudah alih ini korang jua boleh bergambar dan terus hashtag #findtheone #triumphmalaysia dan juga #triumphontour. Kalau nak tahu lebih banyak promosi dan jualan yang ada, korang boleh ke TRIUMPH MALAYSIA 

wefie with daphne iking yang sangat comel!!!!

Jadi semua jangan malu-malu untuk memilih bra yang terbaik untuk kita pakai setiap hari ya. Bra juga membantu dalam kesihatan diri kita sebagai seorang perempuan. Pakai bra yang salah boleh menyebabkan badan pun rasa tak selesa. Kalau tak sempat nak ker shopping mall, korang nampak aje bilik persalinan mudah alih ini korang boleh terus ke sana ye. 


main games dan menang hadiah bersama hitzfm..thk u hitzfm !!


Triumph berhasrat dengan menyediakan pengalaman kepada setiap wanita dalam mencari kesesuaian yang sempurna dan menemukan coli atau bra yang di inginkan. Bersempena pelancaran Bilik Persalinan Mudah Alih ini, Triumph juga akan melancarkan siri koleksi Hari Natal yang baru. Buat semua jangan lupa singgah ok !

Love, 

Kolin Zainal 

Tuesday, October 24, 2017

REVIEW: Rangkaian Cili Tuna Ayam Brand, Kini Lebih "Hangat"

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera 

Siapa yang tak suka tuna kan? Kolin sekeluarga adalah pengemar tuna juga tau. Disebabkan itu, kolin ingin berkongsi dengan korang semua hari ini bahawa tuna dan bergabung dengan cili. Cili Tuna Ayam Brand ini didatangkan dengan tiga tahap kepedasan iaitu Light, Original dan kini yang paling pedas iaitu Fire-Hot ! Yang ada dalam gambar ni ada tahap 2, tahap 3 dan tahap 5. Mau berdesing pedas kannnnn


Ayam Brand merupakan satu jenama yang terkenal di Malaysia dan kebanyakkan negara sejak 125 tahun dahulu. Buat pengetahuan korang lagi, jenama ini memang terkenal dengan makanan bertin yang berkualiti tinggi, sihat dan mudah. Tambahan pula ianya tiada bahan pengawet dan tiada MSG Tambahan digunakan. Kempen "We Care, We Are Family" Ayam Brand memang terbaik lah buat kolin yang sibuk bekerja kan. Maklumlah nak sediakan makanan untuk suami dan anak-anak memang menjadi cabaran setiap hari tau. Tuna yang kita semua tahu, kaya dengan Omega 3, merupakan asid lemak yang perlu untuk tubuh badan. Jadinya korang boleh lah jadikan ianya makanan buat anak-anak disebabkan kualiti produk ini sendiri memastikan membantu dalam fungsi otak dan mengurangkan risiko penyakit jantung. 

Isi ikan tuna dalam Cili Tuna Ayam Brand mengandungi protein rendah lemak. Jadi untuk sesiapa yang nak diet dan jaga makan pun boleh makan. Sebab rendah lemak kannn

Kembali pada Ayam Brand Cili Tuna Fire Hot yang mempunyai tahap kepedasan lima cili memang boleh buat air mata menitis tau. Dan kalau korang perasan amaran pun dah diletakkan di luar label tin ini tau. Siapa yang suka pedas kolin memang syorkan korang beli dan cuba ! Tahan ker tak tahan tahap kepedasan tu kan. Yang paling utama, barisan produk Cili Tuna Ayam Brand ini telah disahkan Halal oleh JAKIM.  Lagi satu kolin nak share, siapa yang sedang menjaga badan atau lebih tepat lagi diet boleh juga kalau nak menu dari Ayam Brand. Cili Tuna Light yang mempunyai tahap kepedasan dua cili ini sesuai untuk yang menjaga bentuk badan. Ini kerana tahap lemaknya yang rendah iaitu 33 peratus kurang berbanding rangkaian Cili Tuna Ayam Brand yang lain. 


Sebenarnya pelbagai hidangan yang boleh korang hasilkan dengan Ayam Brand Cili Tuna. Antaranya macam mini tuna burger macam gambar di atas ini. Ini adalah salah satu contoh hidangan yang korang boleh explore untuk keluarga di rumah. atau nak resipi lain boleh lah ke patutan http://www.ayambrand.com/recipe.html atau tonton video cara membuat hidangan mengunakan ayam brand di www.youtube.com/ayambrandmalaysia 

Ini antara contoh hidangan yang terhasil tau.



Ada juga kawan kolin update resipi nasi goreng gunakan Ayam Brand Cili Tuna tau. Nanti kalau rajin kolin share versi kolin buat bergedil ker, sandwich atau apa sahaja mengunakan Ayam Brand Cili Tuna ini ye. Ayam Brand Cili Tuna Light, Original dan Fire-Hot kini boleh didapati di seluruh negara dengan harga cadangan iaitu RM5.90 (tidak termasuk 6% GST) untuk satu tin 165gram.

Love, 

Kolin Zainal 

Monday, October 23, 2017

EVENT: AMWAY Malaysia melancarkan ATMOSPHERE DRIVE, sistem udara kereta yang pertama



Assalammualaikum dan salam sejahtera

                                 

Bertuah sungguh rasa badan, kolin menjadi antara yang pertama dapat melihat sendiri Sistem Rawatan Udara Kereta yang pertama di lancarkan oleh AMWAY MALAYSIA. Selalu sistem rawatan udara atau ‘air purifier’ di dalam rumah. Tapi siapa sangka dengan teknologi terbaru kini kita yang biasa berada lebih lama dalam kereta akibat kesesakan lalu lintas pun boleh dapat udara yang lebih segar. ATMOSPHERE DRIVE merupakan satu sistem menguna pakai teknologi penurasan jenama ATMOSPHERE yang telah terbukti mampu membekalkan udara yang selamat, bersih dan segar kepada semua penguna di dalam kereta. 


Kalau korang nak tahu pencemaran udara di dalam kereta boleh mencecah 15 kali ganda lebih kotor berbanding dengan udara di luar kenderaan. Menurut kata Bill Luke, Director of Durables Product Development & Support of AMWAY, pengunaan penuras tiga dalam satu yang unik, ia mampu mengekalkan tahap prestasi industri yang tinggi dengan menyingkirkan 99% zarah bawaan udara sehingga sekecil 0.015 mikron di dalam kenderaan. Tambah beliau lagi, teknologi penurasan tiga dalam satu ini, pertama kali bertindak memerangkap kontaminan kasar seperti rumput dan debu. Kemudian di peringkat keuda zarah, zarah kecil dan asap akan disingkirkan. Proses ini berupaya menyingkirkan zarah-zarah halus PM2.5 dan kontaminan bawaan udara utama yang lain. Lagi best ianya juga dapat menyingkirkan bau yang kurang 
enak semasa memandu. 


Sistem ATMOSPHERE DRIVE juga mampu juga mengurangkan asap rokok, ekzos malah bahan pencemar kimia formaldehid, toluene dan sebatian organic mudah meruap (VOC) pun mampu disingkirkan dengan teknologi terbaru dari AMWAY ini.

Betapa mengoda sangat tau teknologi terbaru ini untuk kolin. Godaan dia sampai terasa nak ambil satu dan letak di dalam kereta. Sebab apa, kolin selalu berada di dalam kesesakan lalu lintas sejam malah pernah 2 jam tau. Padahal dari Shah Alam ke Jinjang Kuala Lumpur. Hakikat kesesakan di bandaraya yang tidak pernah selesai betul tak? Hari-hari sesak atas jalan raya. 

 


Menurut kata Ketua Pemasaran AMWAY Malaysia, Leong Kok Fong, beliau percaya ATMOSPHERE DRIVE akan mendapat sambutan yang mengalakkan memandangkan 93% daripada rakyat Malaysia memiliki kereta. Denga Kadar Penghantaran Udara Bersih (CADR) sistem ATMOSPHERE MALAYSIA sememangnya terbukti berprestasi tinggi. Di samping itu ianya juga merupakan sistem rawatan udara di dalam kereata yang pertama dan satu-satunya di pasaran yang mendapat pengiktirafan daripada British Allergy Foundation.



AMWAY ATMOSPHERE DRIVE dijangka akan menjadi salah satu gaya hidup di Malaysia ini sebab ramai di antara kita di sini mementingkan kualiti udara yang dihirup setiap hari. Kolin sendiri kagum sangat tau! Sistem Rawatan Udara Kereta ATMOSPHERE DRIVE hanya boleh didapati melalui Pemilik Perniagaan AMWAY dan boleh didapati diseluruh negara bermula dari 15 November 2017 dengan harga RM1,887.50 termasuk 6% caj GST.  Untuk korang yang macam kolin berminat dengan produk ini boleh lah layari laman web ini www.amway.com atau hubungi terus AMWAY MALAYSIA di talian 03-7946 2800 dan buat tempahan segera. 



Pelancaran sudah, tinggal nak tunggu tarikh pasaran sahaja. Memang berbaloi sangat memiliki ini satu kan. Kolin pun teruja nak ada satu, tapi korang sementara ini cuma ada warna hitam sahaja. Mungkin masa akan datang di datangkan dalam warna yang korang suka siapa tahu kan !!



Terima kasih AMWAY Malaysia, jangan lupa Like www.facebook.com/amwaymalaysia



Love,

Kolin Zainal

   

Sunday, October 22, 2017

REVIEW: Makan di Daging Merah LoqStaq



Assalammualaikum dan salam sejahtera



Kolin bukanlah orang Utara, tapi suami kolin dari Utara tanahair iaitu Kedah Darul Aman. Dan kami yang dah bernikah hampir 13 tahun ini memang sedikit sebanyak makanan dan budaya orang utara ini mempegaruhi lah sikit kolin ini. Disebabkan itu, kolin nak berkongsi dengan korang yang mungkin kurang tahu pasal makanan lazat orang kedah ni. Ada satu kedai makan dan lokasinya terletak di Kampung Sg. Penchala mempunyai selera yang terbaik untuk orang Utara.





Kedai Daging Merah LoqStaq ini betul-betul terletak di jalan masuk kampung ini. Berdekatan dengan surau dan simpang tiga lampu isyarat. Ruang tempat kereta di tepi-tepi jalan korang boleh cari kat sini. Kolin pasti korang pasti nampak papan tanda ini. Kedainya simple, kerusi meja pun bertemakan merah dan cara nak order makan di sini berkonsepkan layan diri. Korang hanya perlu ke kaunter dan nyatakan menu makanan yang korang mahukan. Antara menu yang ada ialah



Set Daging Merah RM7.00, Set Nasi Ayam Goreng RM6.50, Set Nasi Ikan Bakar RM6.50, Set Nasi Daging-Ayam RM11.00, Set King (Ikan-Ayam-Daging) RM15.00, Set Nasi Daging – Ikan Bakar RM11.00, Ikan Bakar Sekor Rm4.50, Ayam goreng RM4.00 seketul, Daging Merah RM5.50 dan Nasi Putih RM1.00. Manakala air ada lebih kurang 4-5 jenis panas dan sejuk adalah PERCUMA !







Ini yang kolin dan sekeluarga pesan. Set Daging-Ayam, Set Daging Merah dan jua Set Nasi Daging – Ikan Bakar. Nampak tak curahan air asam yang dicurahkan ke atas nasi tu. Itu lah panahan nyaa!! Panahan pedas menusuk-nusuk tapi sedap. Memang terbaik setakat ini, rasanya fresh dan memang terasa macam kat Kedah betul lah. Patutlah walaupun gerai ini kecil tapi orang tak putus-putus datang. Lagi seronok tukang ambil order pun cakap utara hahahahha. Memang suami kolin macam jumpa orang kampung dia lah kan. Bagai sirih pulang ke ganggang…







Selain di sini mereka ada juga cawangan di tempat lain. Korang boleh tengok Instagram mereka ataupun Facebook mereka. Search sahaja Daging Merah Loqstaq memang akan jumpa punyalah. Kalau tengok IG mereka artis terkenal seperti Fasha Sandha yang selalu order dengan mereka. Iya lah…Fasha kan orang Utara uolss. Bertema kan ‘Tobat Sedap Baq Hang’ tu memang kena lah dengan semua menu mereka kat sini. Buat korang yang nak jamu kawan-kawan kalau ada open house ker, house warming ker, nak yang lain dari yang lain boleh lah buat tempahan pada mereka. Kolin pasti korang mesti dapat pujian tau. Sebab memang sedap.



Review ikhlas ini dibawakan oleh Kolin Zainal dari Alialisakreatif.Sila cuba nanti okay…dekat aje dengan IKEA dan One Utama tu.



Love,



Kolin Zainal