Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REVIEW: Makan di Daging Merah LoqStaq



Assalammualaikum dan salam sejahtera



Kolin bukanlah orang Utara, tapi suami kolin dari Utara tanahair iaitu Kedah Darul Aman. Dan kami yang dah bernikah hampir 13 tahun ini memang sedikit sebanyak makanan dan budaya orang utara ini mempegaruhi lah sikit kolin ini. Disebabkan itu, kolin nak berkongsi dengan korang yang mungkin kurang tahu pasal makanan lazat orang kedah ni. Ada satu kedai makan dan lokasinya terletak di Kampung Sg. Penchala mempunyai selera yang terbaik untuk orang Utara.





Kedai Daging Merah LoqStaq ini betul-betul terletak di jalan masuk kampung ini. Berdekatan dengan surau dan simpang tiga lampu isyarat. Ruang tempat kereta di tepi-tepi jalan korang boleh cari kat sini. Kolin pasti korang pasti nampak papan tanda ini. Kedainya simple, kerusi meja pun bertemakan merah dan cara nak order makan di sini berkonsepkan layan diri. Korang hanya perlu ke kaunter dan nyatakan menu makanan yang korang mahukan. Antara menu yang ada ialah



Set Daging Merah RM7.00, Set Nasi Ayam Goreng RM6.50, Set Nasi Ikan Bakar RM6.50, Set Nasi Daging-Ayam RM11.00, Set King (Ikan-Ayam-Daging) RM15.00, Set Nasi Daging – Ikan Bakar RM11.00, Ikan Bakar Sekor Rm4.50, Ayam goreng RM4.00 seketul, Daging Merah RM5.50 dan Nasi Putih RM1.00. Manakala air ada lebih kurang 4-5 jenis panas dan sejuk adalah PERCUMA !







Ini yang kolin dan sekeluarga pesan. Set Daging-Ayam, Set Daging Merah dan jua Set Nasi Daging – Ikan Bakar. Nampak tak curahan air asam yang dicurahkan ke atas nasi tu. Itu lah panahan nyaa!! Panahan pedas menusuk-nusuk tapi sedap. Memang terbaik setakat ini, rasanya fresh dan memang terasa macam kat Kedah betul lah. Patutlah walaupun gerai ini kecil tapi orang tak putus-putus datang. Lagi seronok tukang ambil order pun cakap utara hahahahha. Memang suami kolin macam jumpa orang kampung dia lah kan. Bagai sirih pulang ke ganggang…







Selain di sini mereka ada juga cawangan di tempat lain. Korang boleh tengok Instagram mereka ataupun Facebook mereka. Search sahaja Daging Merah Loqstaq memang akan jumpa punyalah. Kalau tengok IG mereka artis terkenal seperti Fasha Sandha yang selalu order dengan mereka. Iya lah…Fasha kan orang Utara uolss. Bertema kan ‘Tobat Sedap Baq Hang’ tu memang kena lah dengan semua menu mereka kat sini. Buat korang yang nak jamu kawan-kawan kalau ada open house ker, house warming ker, nak yang lain dari yang lain boleh lah buat tempahan pada mereka. Kolin pasti korang mesti dapat pujian tau. Sebab memang sedap.



Review ikhlas ini dibawakan oleh Kolin Zainal dari Alialisakreatif.Sila cuba nanti okay…dekat aje dengan IKEA dan One Utama tu.



Love,



Kolin Zainal

8 comments:

  1. 1St time p mkn kt restaurant yg cawangan Mutiara dsara.. Siap bergmbr ngan owner nya kebetulan die ada kt kedai tgh melayan customer.. Mmg sedap.. Nasibaik opis slalu juga order delivery utk lunch.. Syok mkn kt kedai sbb air free kn

    ReplyDelete
  2. 1St time p mkn kt restaurant yg cawangan Mutiara dsara.. Siap bergmbr ngan owner nya kebetulan die ada kt kedai tgh melayan customer.. Mmg sedap.. Nasibaik opis slalu juga order delivery utk lunch.. Syok mkn kt kedai sbb air free kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. kolin nanti nak try order lah. sekali order berapa banyak kalu delivery ek

      Delete
  3. memang tobat sedap baq hang..selalu order utk office nyer majlis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kolin pun nak try order tuk opis laa ginih...harap weekeend aje laki bawak p lunch huhu

      Delete
  4. waa kena cari nih.menu nampak sedap

    ReplyDelete
  5. wahh nampak sedap. selalu lalu sini sebab rumah abang ipar sebelah masjid tu je. tapi tak pernah singgah lagi. wajib try ni. hehehee

    ReplyDelete
  6. Macam dah dekat dengan rumah ni, Boleh cuba nanti.

    Jemput join giveaway Pisyek: Giveaway Domain Dot Com dan WordPress Web Hosting Percuma

    ReplyDelete

loving me..loving you