Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REVIEW: Part 2: Aktiviti petang di Nusa Village Resort, Taman Negara Pahang

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Hari ni mood nak sambung pengembaraan kami sekeluarga ke Taman Negara Pahang. Rasanya ramai terkejut sangat bila kolin update pasal kolin masuk 'hutan'. Yang mengenali kolin memang akan cakap..weii...orang bandar masuk hutan hahahah. Well manusia berubah, apa ntah lagi si kolin kan. Mana yang belum baca PART 1 sila lah baca dulu. Baru best nak baca Part 2 ni. 

Petang tu dah pukul 5.00 petang memang anak-anak kolin dan meronta nak jelajah kawasan resort. Dalam banyak-banyak resort di kawasan ini, NUSA VILLAGE RESORT ini istimewa sebab mereka ada sungai dalam kawasan resort. Nikmat dunia apa lagi yang hendak dinafikan bila tengok air sungai yang mengalir jernih dan siap nampak anak ikan lagi. 


 Tapi sebelum itu, kami naik lah jambatan gantung tu dulu. Jambatan gantung ini adalah satu jalan penghubung untuk kawasan chalet satu lagi dan jeti nak naik bot. 




Dari atas jambatan gantung ini dah boleh tengok sungai kat bawah. Memang segar betul udara kat sini. Maklumlah baru sampai, memang sangat mendamaikan perasaan. 

Inilah pandangan sungai dari atas jambatan gantung. Nampak tak budak-budak mandi tu. Air tak dalam pun sesuai nak bawa anak kecil kat sini.


Ini kiranya salah satu anak sungai yang mengalir masuk Sungai Tembeling. Mungkin kalau perasan air Sungai Tembeling tak jernih. Tapi air sungai yang ini jernih sangat. Nanti kolin kongsi banyak lagi gambar. Mesti korang nak sangat try mandi manda kat sini. Sebab kolin yang dah balik ni pun rindu kat sana.

 Ini pandangan dari atas. Puas dah melepak kat jambatan gantung maklumlah orang KL jakun kami terus ke bawah untuk mandi manda. Tak sabar nak celup kaki dalam air sungai sejuk. 


Sebelum tu kenalah posing satu dua keping dengan pakcik ni. Sebelum dia pergi ke hujung sungai dan memulakan pengembaraan dia. Kalau korang nak tahu, dia sempat tangkap ikan keli dan nampak ikan kelah dalam sungai ini. Anak ikan kelah tau !! Maklumlah laki kita orang Kedah, memang duduk kawasan Titi Hayun di Daerah Yan. So bab mandi sungai adalah kegemaran hakiki dia dari kecik lagi.






 Punyalah seronok rendam kaki mandi air sungai. Anak kolin memang leka lah semasa kat sini. Damai sangat tanpa bunyi kenderaan, cuma bunyi serangga dan deruman air sungai aje. 






Lagi tambah menarik, kalau korang nak tahu sungai ini banyak tanah liat. Batu-batu kat sini korang boleh tulis dan keluarkan warna lagi tau. Boleh lah lukis kat kaki, tangan ataupun muka. Memang seronok!! Siap korang boleh ajar anak-anak mewarna mengunakan batu-batu sungai di sini. 






Korang boleh ambil batu dan tulislah macam kolin ni. Kalau pergi Nusa Village Resort, boleh lah nyanyi lagu ni 

'Kalau pergi Kota Bharu, tulis nama atas batu'



Lebih kurang lah kut lirik tu. So kalau datang sini aktiviti petang selain boleh mandi sungai, korang juga boleh lihat dan kenali pelbagai pokok buah-buahan dan herba yang di tanam sekitar resort. Tanya sahaja mana-mana kakitangan resort mereka sudi melayani anda. Malah masa kolin sekeluarga kat sini mereka buat kami terasa macam kat rumah sendiri. Tak rasa kekok pun.





Tak sabar nak tunggu makan malam yang bakal disediakan dan juga Night Jungle Tracking nanti. Terima kasih membaca !

Bersambung lagi nanti...yang nak tempah dan pertanyaan lanjut sila emel kepada nusa@tamannegara-nusaholiday.com.my atau call mereka di talian 09-2662369. Kalau nak tengok lebih info terus ke laman web mereka www.tamannegara-nusaholiday.com.my

Love, 

Kolin Zainal 




2 comments:

  1. Bestnya! Koi walaupun orang pahang, tak pernah lagi jejak kaki ke taman negara.

    ReplyDelete

loving me..loving you