Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Sebelum meneruskan meh baca part 1 dan part 2 ya
Malam tu, memang kami disediakan makan malam oleh pihak resort. Jadinya kami semua bersiap lah, diberitakan selepas makan malam kami semua akan mulakan aktiviti pertama kami iaitu Night Jungle Walk. Atau dalam bahasa melayu kasar, berjalan di dalam hutan memalam. Kolin sendiri tak pasti kenapa kolin boleh bersetuju dengan aktiviti ini hahahha. Mengenali perangai sendiri memang tak de makna eh aku nak buat menda-menda gini. Tapi itu lah, dah ada dalam pasukan keluarga Ali kan. Kita redah !!
Memasing kolin dah siap pakaikan pelekat elak nyamuk la, losyen gamat kat kaki lah. Memang bersiap lah segala nak masuk hutan selepas makan kan. Dan inilah dia makan malam kami yang pertama. Dihidangkan terus tau, bukan buffet.
Memang lauk pauk kampung asli dihidangkan. Memang sedaplah makan ikan masin, ulam dan sambal belacan. Memang makanan kami kat rumah selalu pun. Masakan di sini memang sedap, rasa sangat air tangan mak masak tau. Makan lah kami sekeluarga sampai habis licin hahahah. Kalau korang ambil pakej ini semua dah tersedia tau. Tapi kalau korang nak order air panas atau apa sahaja mereka ada menu. Boleh lah order lelain, buat kami hari pertama makan malam ini dah lebih dari cukup tau.
Siap makan malam, En. Fuad yang ditugaskan menjadi guide kami untuk sepanjang mengembara kat sini dah pun menunggu. Menunggu untuk kami bersama berjalan masuk hutan di waktu malam. Tujuan untuk melihat serangga-serangga hutan di waktu malam lah. So jadi pembelajaran tambahan lah buat kami sekeluarga. Tak sabar nak masuk hutan !!! aku tipu..sebab takut
Berbekalkan lampu picit sorang satu, kami semua berjalan laa. Disebabkan penakut hahaha, En. Fuad jalan depan, suami kolin kat belakang sekali. Cover weiii..maklumlah ini bukan aktiviti kami selalu tau. Memang pertama kali bersama dengan anak-anak buat aktiviti ini. Memang teruja, takut dan semua rasa seram ada tau. Kami dijadualkan masuk ke dalam dalam sejam sahaja. Tapi masa jalan ni memang jalan dah lama tak digunakan kata guide kami. Masa berjalan boleh dengar air terjun. Kata guide kami ini adalah jalan orang asli selalu gunakan. So jom tengok serangga atau haiwan yang aktif di waktu malam. Yang pertama kami jumpa adalah rama-rama dan jua kupu-kupu.
ada juga lipas hutan
Kalau korang nak tahu, ali imran anak bujang kolin memang super seronok bab ini. Sampai guide kami teruja sangat !! Ali Imran yang nampak segala serangga tau. Sampai kat atas tanah pun dia perasan. Labah-labah laa, apa laa..siap tanya, uncle ular ada tak??? adeii....
Kalau nampak ada lipan gua tu. warna hitam dan kuning
labah-labah
belalang pun ada juga
Banyak lagi kami jumpa, tapi kolin pun dah penat berjalan dan berpeluh. Ingatkan dekat wei, tapi jalan pun penuh liku. Siap masuk bawak pokok balak laa, apa laa...maklumlah jalan agak basah. Mungkin sebelum kami sampai di sini hujan sikit kut. Memang dari sepatutnya dari sejam jadi sejam setengah !! Gara-gara anak bujang kolin yang teruja dengan segala serangga yang ada dalam hutan ini. Tapi pengalaman paling kolin tak boleh nak lupa, bila guide suruh kami sekeluarga tutup segala lampu. Dan kalau takut boleh berdiri rapat-rapat. Masa tu kami dengar arahan dan tutup lampu. Masya Allah, dengan gelap, dengan segala bunyian yang ada kami nikmati. Tutup mata lagi tu!!! Dengar arahan kan..haa tutup.
Dah seketika guide kami kata, ini lah dia keadaan dalam hutan sebenarnya di waktu malam. Macam ini lah kalau kita dalam hidup dalam hutan. Memang untuk orang bandar macam kami ni terasa sangat lah takut dan seram weii. Mana dengan binatang dan serangga yang ada kan. Tapi buat guide kami yang seorang bekas maling gunung ini semua biasa kat dia lah. Tapi best guide kami sebab sangat berinformasi dan cakap pun lembut aje.
Selesai kami keluar dari hutan kecil tu, terus guide cakap, sila lah cek kaki masing-masing. Mana tahu kan ada PACAT!!! Haa ngko, sourvenior paling berharga ko bawak balik bila keluar dari hutan hahahaha. Memula masa cek, kami semua cakap takde. Cuma ali imran ada 3 ekor di kaki dan seekor di tangan. Tapi Ali kan selamba, memang cita-cita nak jadi veterinar. So selamba laaa
Balik bilik, menjerit la kolin hahahahha. Rupanya ada sekor pacat gemuk belakang betis. Nangis weiii hahahahah PACAT kut !
Korang tak kena boleh lah gelakkan kolin kan.. Alisa memang tak ada sekor pun kena. Tapi suami ada 2 ekor kena. Jadinya malam tu Alisa meracau la jam 3.00 pagi akibat takut pacat hahahhaha. Bukan sebab binatang halus tau, tapi sebab Pacat. Bukan nak kata lah korang, kolin tidur lena sangat malam tu sebab trekking hutan malam tu hahaha. Tapi berbaloi sangat pengalaman ini. Pengalaman yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit pun.
Tak sabar nak kongsi dengan korang Part 4, di mana kolin sekeluarga akan ke Taman Negara untuk aktiviti lain pula. Buat korang yang nak merasai semua pengalaman macam kolin sekeluarga, cepat-cepat booking okay.
pertanyaan lanjut sila emel kepada nusa@tamannegara-nusaholiday.com.my atau call mereka di talian 09-2662369. Kalau nak tengok lebih info terus ke laman web mereka www.tamannegara-nusaholiday.com.my
Sebelum keluar dari Malaysia, korang ke sini dulu okay. Rasai pengalaman dan cabaran kat sini. Kolin rekemen sangat !!
Love,
Kolin Zainal
Pisyek tak pernah lagi ke sini. Nampak adventurous jugak tempatnya.
ReplyDeleteHehehe.
Jemput join giveaway Pisyek: Giveaway Domain Dot Com dan WordPress Web Hosting Percuma