Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

EVENT: Ergobaby memperkenalkan OMNI 360 darjah, pendukung bayi terbaik

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Para Ibu dan Ayah yang bakal menimang cahaya mata ini ada berita baik untuk korang semua. Sebelum ini kalau korang jenis sukakan aktiviti melancong, mendaki bukit atau apa sahaja korang dan boleh membawa anak kecil korang tanpa halangan. 

Memperkenalkan OMNI 360 Darjah All in One Baby Carrier yang boleh digunakan dalam pelbagai posisi dan lagi bagus ianya boleh digunakan dari bayi baru lahir tau. Berat 3.2 kilo dah boleh guna sampailah 20 kilogram. Kiranya anak sampai 2 tahun pun boleh guna lah. Ekonomi sangat.





Selama bertahun-tahun Ergobaby telah terus menerus mereka cipta dan berinovasi dalam memberikan yang terbaik buat semua ibu dan ayah. Malah dengan OMNI 360 darjah ini korang boleh bersukan, beryoga, shopping dan pelbagai lagi. 




Menurut kata Jessica Siah, Head of Sales di Bloom & Grow Asia, babywearing adalah cara terbaik untuk ibu dan ayah melakukan segala aktiviti dengan anak bersama serta selamat. Bayi boleh dipeluk bila perlu, disusukan atau dibuai untuk tidur sementara kita meneruskan aktiviti seperti biasa. Sebagai sebahagian dari kempen "I Can Do Anything # InMyERGO, para ibu dan ayah boleh berkongsi gambar kegemaran mereka semasa mengunakan Ergobaby Carrier di dalam Instagram dengan mengunakan hashtag dan boleh lah korang tengok sekali bagaimana pengalaman ibu dan ayah lain mengunakan baby wearing yang sama. 



muka terperanjat ada anak baru hihii

Menurut Puan Siti Arina yang merupakan ahli bertauliah dari Malaysia BabyWearers (MBW) berkata, babywearing adalah salah satu pengalaman yang cukup menerujakan semenjak bergelar ibu. Pada peringkat awal ianya amat menyenangkan pengerakan saya. Yang penting anak selesa dan saya rasa selamat kerana anak berada selalu dengan saya. Pada masa pelancaran yang bertempat di Happikiddo, Citta Mall yang lalu, semua para ibu bapa dan ahli persatuan MBW turut hadir sama. Tidak lupa juga untuk selebriti Amar Bahrin, Amyra Rosli dan jua Emma Shazleen. 


blogger Anie Mohamed


Kolin yang lama tak ada anak kecik turut cuba mengunakan Ergobaby. Dan paling best, bayi tiruan yang mereka gunakan sama berat dengan bayi sebenar tau. So masa korang cuba pakai, memang terasa macam tengah kendong anak betul. Ini lah bagusnya Ergobaby mereka mahukan kita merasakan pengalaman sebenar semasa mengunakan OMNI 360 Darjah. 





Ergobaby memberikan pengalaman dan keyakinan kepada semua ibu bapa yang mencari barangan bayi yang berkualiti dalam pada masa yang sama selamat. Mendapat pelbagai pengiktirafan dalam baby-carriers, bantal bayi dan pelbagai barangan bayi lagi membuatkan ianya satu keperluan dalam membesarkan anak-anak. 

Ergobaby boleh korang dapati di The Babyloft, Bebehaus, Jumping Baby Jacks dan banyak lagi kedai ibu dan bayi di seluruh negara. Kalau nak senang layari www.bloomandgrowasia.com untuk segala maklumat yang korang perlukan. 

Kalau kolin plan nak dapat baby baru, sure kolin beli yang ini. Sebab kalau nak hiking panjat bukit pun memang sesuai sangat sebab boleh letak depan, belakang atau tepi. Yang nak memasak pun boleh juga tau, tak percaya kan !!! Tengok Instagram buka #InMyErgo dan korang lihatlah sendiri pengalaman ibu bapa lain yang dah gunakan Ergobaby ni. Macam tak ada batasan tau !!



Jangan lupa klik link dan hashtag tu okay....

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you