Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Siapa yang nak cabar keberanian diri, kolin cadangkan cuba hadir ke NIGHT OF FRIGHT 5 #NOF5 yang telah bermula pada 7 Oktober 2017 yang lalu. NOF5 kali ini membawakan suatu kelainan apabila seramai 1300 peserta turut sama dalam larian yang bakal mempunyai beberapa rintangan iaitu Outbreak, Spider Web & Survivor di beberapa stesen larian mereka. Bayangkan lari waktu malam dengan dekorasi dan watak-watak menyeramkan. Sekali sekali aje tau dapat peluang macam ini.
Untuk yang nak tahu lanjut, bermula 7 Oktober sehingga 31 Oktober, bersempena Bulan Halloween. Sunway Lagoon bakal menghimpunkan semua karakter seram dan menakutkan untuk semua pengunjung NOF5 kali ini. Mana yang rasa nak cabar berani atau tidak tu, sila beli tiket cepat ! Yang mana suami isteri yang dah lama tak pergi dating tu, ambil lah kesempatan bulan Oktober ini dan pergi NOF5. Dating weiii
Mulakan pengembaraan korang ke THE ISLAND OF THE DOLLS iaitu replika pelancong Mexico yang telah mengalami kemalangan ngeri akibat bencana alam. Dengan adegan seram dari OUIJA yang bakal meremangkan bulu roma sesiapa sahaja yang masuk ke dalam. Selain itu ada DAY OF THE DEAD IN 3D, korang boleh dapat lebih gambaran bagaimana kununya gambaran kehidupan selepas mati. DYSTOPIA pula akan memberikan korang pengalaman pesakit yang menerima rawatan yang menakutkan. Dan tidak ketinggalan GHOSTBUSTERS yang sememangnya menjadi ikon di Sunway Lagoon. Yang terbaru PONTIANAK VS POCONG yang patut korang tengok. Kisahnya lebih kurang mengenai suami yang curang dan ada yang menuntut bela ! Haa kolin yang menaip ni pun dah seram hahahha.
Selain itu ada HORROWWOOD STUDIOS, ZOMBIE APOCALYSPE, HORRORWOOD BOULEVARD, ZOMBIE PIRATES, FOREST OF FEAR, JUDGEMENT LANE dan juga MARCH OF THE UNDEAD.
Korang kena lah berhati-hati semasa kat sini, sebab karekter seram memang ada aje kat kiri kanan korang tu. Kalau takut sila jerit dan lari hahahahha. Itu sebabnya NOF5 hanya untuk pengunjung 12 tahun ke atas sahaja. Tak boleh lah bawak budak kecil, satu lagi ingat jaga keselamatan masing-masing ya.
NOF5 yang bermula dari 7.30 malam sehingga 11.30 malam dari Jumaat sehingga Ahad termasuk 29 Oktober sehingga 31 Oktober. Tiket yang ditawarkan adalah RM64 seorang. Korang kalau datang jangan lupa #sunwaylagoonMY atau #sunwaylagoonNOF5 dalam media sosial korang okay. Mana lah tahu penganjur boleh repost pengalaman korang berseronok kat sini dan tumpang glamor.
Ini adalah tahun ke 3 kolin join NOF. Dari NOF3 sehingga NOF5 memang tidak pernah mengecewakan. Korang kat sini boleh bermain, rasakan perasaan seram dan boleh juga makan-makan.
Jangan lupa dapatkan tiket dan pergi bersama kawan-kawan atau yang tersayang ye. Mana yang tak tahu nak buat apa aktiviti dan tak pernah pergi rumah hantu atau apa-apa tempat seram boleh lah ke sini. Kalau teringin nak bergambar dengan karakter seram macam kolin pun boleh juga.
Macam gambar kat atas ini di rakam oleh jurugambar rasmi yang ada di sekitar. Korang boleh minta mereka tangkap gambar korang, dan masa balik nanti pergi ke kaunter dan tengok lah gambar. Silap gaya korang boleh juga beli yang soft copy buat kenangan macam kami berdua. Walau berasap kelabu kami suka !!!
Segala maklumat lanjut mengenai acara ini korang boleh telefon di talian 03-5639 000 atau layari www.sunwaylagoon.com atau www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia
Segala maklumat lanjut mengenai acara ini korang boleh telefon di talian 03-5639 000 atau layari www.sunwaylagoon.com atau www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia
Love,
Kolin Zainal
menarik ni !!
ReplyDelete