Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

EVENT: AMWAY Malaysia melancarkan ATMOSPHERE DRIVE, sistem udara kereta yang pertama



Assalammualaikum dan salam sejahtera

                                 

Bertuah sungguh rasa badan, kolin menjadi antara yang pertama dapat melihat sendiri Sistem Rawatan Udara Kereta yang pertama di lancarkan oleh AMWAY MALAYSIA. Selalu sistem rawatan udara atau ‘air purifier’ di dalam rumah. Tapi siapa sangka dengan teknologi terbaru kini kita yang biasa berada lebih lama dalam kereta akibat kesesakan lalu lintas pun boleh dapat udara yang lebih segar. ATMOSPHERE DRIVE merupakan satu sistem menguna pakai teknologi penurasan jenama ATMOSPHERE yang telah terbukti mampu membekalkan udara yang selamat, bersih dan segar kepada semua penguna di dalam kereta. 


Kalau korang nak tahu pencemaran udara di dalam kereta boleh mencecah 15 kali ganda lebih kotor berbanding dengan udara di luar kenderaan. Menurut kata Bill Luke, Director of Durables Product Development & Support of AMWAY, pengunaan penuras tiga dalam satu yang unik, ia mampu mengekalkan tahap prestasi industri yang tinggi dengan menyingkirkan 99% zarah bawaan udara sehingga sekecil 0.015 mikron di dalam kenderaan. Tambah beliau lagi, teknologi penurasan tiga dalam satu ini, pertama kali bertindak memerangkap kontaminan kasar seperti rumput dan debu. Kemudian di peringkat keuda zarah, zarah kecil dan asap akan disingkirkan. Proses ini berupaya menyingkirkan zarah-zarah halus PM2.5 dan kontaminan bawaan udara utama yang lain. Lagi best ianya juga dapat menyingkirkan bau yang kurang 
enak semasa memandu. 


Sistem ATMOSPHERE DRIVE juga mampu juga mengurangkan asap rokok, ekzos malah bahan pencemar kimia formaldehid, toluene dan sebatian organic mudah meruap (VOC) pun mampu disingkirkan dengan teknologi terbaru dari AMWAY ini.

Betapa mengoda sangat tau teknologi terbaru ini untuk kolin. Godaan dia sampai terasa nak ambil satu dan letak di dalam kereta. Sebab apa, kolin selalu berada di dalam kesesakan lalu lintas sejam malah pernah 2 jam tau. Padahal dari Shah Alam ke Jinjang Kuala Lumpur. Hakikat kesesakan di bandaraya yang tidak pernah selesai betul tak? Hari-hari sesak atas jalan raya. 



Menurut kata Ketua Pemasaran AMWAY Malaysia, Leong Kok Fong, beliau percaya ATMOSPHERE DRIVE akan mendapat sambutan yang mengalakkan memandangkan 93% daripada rakyat Malaysia memiliki kereta. Denga Kadar Penghantaran Udara Bersih (CADR) sistem ATMOSPHERE MALAYSIA sememangnya terbukti berprestasi tinggi. Di samping itu ianya juga merupakan sistem rawatan udara di dalam kereata yang pertama dan satu-satunya di pasaran yang mendapat pengiktirafan daripada British Allergy Foundation.



AMWAY ATMOSPHERE DRIVE dijangka akan menjadi salah satu gaya hidup di Malaysia ini sebab ramai di antara kita di sini mementingkan kualiti udara yang dihirup setiap hari. Kolin sendiri kagum sangat tau! Sistem Rawatan Udara Kereta ATMOSPHERE DRIVE hanya boleh didapati melalui Pemilik Perniagaan AMWAY dan boleh didapati diseluruh negara bermula dari 15 November 2017 dengan harga RM1,887.50 termasuk 6% caj GST.  Untuk korang yang macam kolin berminat dengan produk ini boleh lah layari laman web ini www.amway.com atau hubungi terus AMWAY MALAYSIA di talian 03-7946 2800 dan buat tempahan segera. 



Pelancaran sudah, tinggal nak tunggu tarikh pasaran sahaja. Memang berbaloi sangat memiliki ini satu kan. Kolin pun teruja nak ada satu, tapi korang sementara ini cuma ada warna hitam sahaja. Mungkin masa akan datang di datangkan dalam warna yang korang suka siapa tahu kan !!



Terima kasih AMWAY Malaysia, jangan lupa Like www.facebook.com/amwaymalaysia



Love,

Kolin Zainal

   

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you