Assalammualaikum dan salam sejahtera
Cuti sekolah bakal tiba kan, minggu depan cuti dah seminggu. Bersempena Hari Deepavali juga. Oleh itu, kolin faham mak ayah mesti nak bawa anak-anak keluar makan angin dan beriadah kan. Mana yang datang dari luar Kuala Lumpur pun mesti nak jelajah apa yang menarik ada di Kuala Lumpur selain KLCC kan. Dengan bangganya kolin nak berkongsi tempat keriangan terbaru yang terletak di Lanai Matic, Jalan Ampang iaitu
DINOSOURS ALIVE
DINOSOURS ALIVE
Lokasi dia sangat mudah, korang boleh waze Saloma Bistro ataupun Pelita Nasi Kandar. Dinosaurs Alive ini terletak di tengah-tengah antara dua tarikan ini. Parking kereta pun ada disediakan, masa kolin pergi jam 2.00 petang ahad yang lalu sekali masuk kadar yang dikenakan hanyalah RM5 sahaja.
Masa dari parking tu korang dah boleh nampak patung dinasour yang bergerak dan berbunyi dah. Sebelum masuk korang boleh beli tiket kat sini dahulu.
Tiket yang ditawarkan seperti berikut:
Dewasa RM75
Dewasa (MyKad) RM50
Kanak-kanak 3-12 tahun RM45
Kanak-kanak 3-12 tahun (MyKid) RM30
Warga Emas (60 tahun ke atas) RM50
Warga Emas (MyKad) RM40
Perlukan keperluan Khas (OKU) RM25
Group berkumpulan (10 Orang) Diskaun 10%
Kumpulan dari Sekolah (lebih 20 orang) RM25
Tiket korang boleh beli online atau korang boleh beli masa di pintu masuk di sini.
Inilah ruangan masuk, kat sini wajib lah tangkap gambar keluarga. Sebab masih terang dan lawa sangat setting. Jom masuk dan mesti anak-anak korang teruja. Masuk aje dah terus dengar suara dinosaur dan T-REX dah tunggu depan pintu weiii. Pada kolin korang mesti bawak anak-anak ke sini sebab memang memberikan pendedahan yang baik kepada mereka mengenai haiwan yang sudah lama pupus ini. Lagi bagus di setiap ruang ada catitan nama dinosaurs dan jua fakta mengenai mereka.
Ruang di dalam sangat selesa, berhawa dingin mereka juga menawarkan pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur.
Sambil tengok-tengok, anak-anak boleh baca pelbagai fakta menarik mengenai dinasours
Antara aktiviti yang sekeluarga boleh buat adalah memasang rangka dinosaurs. Percuma tau, korang hanya perlu pilih mana satu yang nak dan pasang semula di tempat yang disediakan. Selesa, sejuk dan paling best masa inilah masa yang dapat kita duduk dengan anak kita tanpa gangguan. Boleh lah kita tunjuk kat dia macam mana nak ikut arahan kalau buat sesuatu perkara. Sebab kat rangka ini ada arahan mengikut nombor macam mana nak lengkap pasang semuanya.
Dah siap pasang yang ini memang boleh bawa balik sebagai kenangan tau. Aktiviti kedua sand art activity. Ini pun percuma juga, korang dan anak-anak boleh pilih dan mula lah berkreatif macam mana nak buat. Kalau nak tengok warna dinosaurs yang menjadi pilihan pun boleh dah. Sebab semua replika ada depan mata kan. Lagi best gitu.
Ada meja yang selesa disediakan dan segala peralatan disediakan di atas meja. Jadi mana yang ada anak kecil tu, tak perlu lah risau. Tak perlu ke mana-mana pun. Semua aktiviti ini di meja dan tak lah bersepah kan. Memang kolin suka aktiviti ini sebab masa inilah anak-anak kita ni boleh tunjuk kreativiti mereka. Macam mana yang mereka nak corak atau letak warna ikut kesukaan. Release la stress anak-anak ke rumah pengasuh, taska atau ke sekolah tu.
Selain ini, ada banyak lagi tempat permainan yang macam belon besar tu. Memang boleh melompat, boleh panjat-panjat dan bermain. Ada 3 tempat pilihan di sini, jangan risau lah sesak.
yang mana ibu bapa tak nak masuk ada kerusi yang disediakan di luar. Kalau anak dah besar macam kolin ni, lagi mudah kita lepak tengok movie dinasours yang di tayangkan di ruang belakang. Selesa betul, sebab dekat betul dengan penghawa dingin
Jadinya mana yang dah letih bermain, boleh lah melepak sekejap kat sini. Silap-silap boleh tertidur sebab tempat ni selesa. Tengok lak pelbagai movie dah macam pergi cinema ler. Kalau lapar pun jangan lah risau kat sini ada disediakan makanan ringan. Kolin order nugget dan fries RM5 sahaja, air mineral pula RM2. Boleh la buat alas perut sementara nak makan malam kan. Tempat ini sangat dekat dengan tandas tau. Buat yang nak bersolat pun ada surau juga di sini. Jadi kalau dah masuk tak perlu nak keluar ke mana-mana untuk bersolat. Ruang solat yang disediakan di dalam MATIC sangat selesa.
nak ke tandas atau surau boleh keluar dari ruang belakang ini
surau lelaki lupa pula nak snap gambar. Tapi jangan risau ada jua di sebelah aje
ruang selesa dan luas siap penghawa dingin jua kipas
Kiranya kalau bercadang nak ke sini cuti sekolah minggu depan boleh lah sangat kan. Spend dari tengahari lepas lunch tu sampai petang. Main ler anak beranak puas-puas.
Ada satu lagi aktiviti menarik yang korang boleh buat masa kat sini. Dengan bayaran RM10 seorang korang boleh bagi anak korang jadi macam ahli arkeologi. Dengan baju, spek dan peralatan lengkap yang disediakan memang best.
setiap seorang di berikan satu ketul telur yang diperbuat dari tanah liat keras kut, rasa kolin lah. Jadinya guna peralatan yang ada, ketuk laa perlahan-lahan sampai telur tu pecah. Dan nanti dapat lah anak dinasour plastik dalam tu. Yang ini memang best sangat. Nanti tengok video kat youtube channel kolin okay. Jangan lupa subscribe sekali tau. Sayaanngg korang !!!
Cuti sekolah minggu depan boleh lah korang pergi. Ni kolin dah share satu aktiviti keluarga yang dekat dan berbaloi untuk korang sekeluarga. Jangan lupa ke laman web DINOSAURS ALIVE KL
untuk lebih maklumat kalau korang beminat okay. Jangan lupa like IG mereka juga @dinosaurs_alive.
Watch Them Move, Hear Them Roar !!!
Love,
Kolin Zainal

huihhhh...macam best je...sampai bila ni oii?
ReplyDeleteweii..sampai jan 2018..balik ler kalau nak pi hahaha
Delete