Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REVIEW: Sekarang dah mudah nak buat kek dengan pressure cooker !


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Bersempena sambutan Deepavali baru-baru ini, jiran kolin Ms. Selvi minta kolin buatkan kek coklat. Sebelum ini pernah bagi kat dia sekali, dah dia teringat pulak. Nak raya tak nak beli kek luar kata dia, nak yang homemade. So dengan berlagak ala-ala aku ni pakar baking I pun say yes !! hhahah padahal aku ni masak pandai, kalau bab baking kek ni memang failed. GAGAL ! Bukan bidang kolin tau membakar-bakar kek ini.  

Tapi kolin gembira sebab kek kali ini gerenti jadi. Sebab kolin tak guna pembakar atau oven, kolin guna Pressure Cooker. Jenama pressure cooker kolin Philips. So memang korang tak perlu takut hangit, hangus, kek tak naik ataupun apa sahaja lah. Kek yang dibakar gerenti jadi, sebab ada button BAKE kat situ hahahaha. So masukkan semua bahan-bahan yang diperlukan, tak perlu oles planta pun kat permukaan periuk tu, masukkan semua aduan terus aje. Tekan BAKE, dan ianya akan siap dalam masa 45 minit. 


Macam ini lah rupa dah siap. Yang ini simple butter cake, malam sambut Diwali tu kolin baking 2 kek tau. Kek coklat dah siap dan dihantar terus pepanas ke rumah jiran. Kita belanja la dia nak beraya. Kolin beruntung jiran ada bangsa Cina dan India. Meriah aje setiap kali perayaan. Yang best anak-anak laa..raya dapat angpau, CNY dapat angpau sekarang Diwali pun dapat angpau!


Dah sejuk sikit keluarkan lah periuk tu dan gunakan teknik double plate kolin keluarkan kek dari periuk. So memula keadaan terbalik lah. Tapi yang best tak melekat pun walau tak sapu apa pada permukaan periuk tu.



Inilah dia butter cake kolin. Kalau rajin boleh lah pukul buat butter cream dan letak hiasan buah atas kek ini. Tapi tak sempat, keluarga kolin terus ngap sambil minum air kopi malam tu hahahah. Sedap...senang...simple dan mudah. 


Jadi malam sambutan Diwali tu kami melepak laa minum kopi sambil menikmati kek butter panas ni. Tepat jam 12.00 malam bunyi lah mercun bagi meraikan sambutan Diwali di Jinjang. Kita kan hidup dalam harmoni, so kita raya sama juga main mercun. So tak perlu nak kata...weii kami nak tidur jangan bising. Kita lagi lah dahsyat, dari puasa ke raya...60 hari main mercun dan bunga api tu. Malah tak jaga tertib tengah solat terawih pun pulun kan. So malam tu siap lah 2 biji kek kolin mengunakkan pressure cooker. Sekarang dah mudah nak buat kek dengan pressure cooker. Mana mak-mak ala moden macam kolin ini, boleh lah kumpul duit dalam tabung dan dapatkan pressure cooker korang. Macam-macam boleh buat tau..yang penting gerenti sedap dan menjadi.

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you