Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Terasa tak kalau pergi kedai TomYam order masakan ini harganya mencecah RM30-40 seekor. Haa..mana yang nak berjimat tapi nak menu ala kedai tomyam tu boleh lah cuba masak menu ini. Segala kos yang kolin keluarkan untuk hidangan ini RM20 sahaja. Memang ngam aje bajet untuk 4 orang makan. Ikan yang besar tu cukup untuk 4 orang RM8.00 seekor. Ini kolin beli kat kedai runcit bawah rumah tu, kalau pergi pasar mungkin korang boleh dapat murah lagi rasanya. Masak pun sekejap aje, simple dan paling penting anak-anak suka sangat menu ini.
Bahan utama:
Ikan Siakap (ikutlah nak berapa ekor)
Bersihkan dan lumur dengan tepung jagung
Selepas itu masak garing okay. Kena garing kalau tak garing tak sedap. Goreng dengan minyak penuh dan api tu jangan la kuat sangat. Kang hangus pulak ikan.
Ini cara masaknya:
1. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk. Minyak 3 sudu, gunakan minyak korang goreng ikan tadi tau.
2. Selepas dah nak wangi, masukkan pes cili (cili kering). Kalau tak sempat nak blend korang beli aje lah cili mangkuk kat kedai tu.
3. Dah mula masak, masukkan serai dan bawang Holland tu. Kedua-dua bahan ini di hiris tau. Masukkan juga cili padi dalam 2-3 tangkai. Kalau suka pedas lagi, buh lah lebih. Tapi kolin tak suka pedas sebab anak-anak nak makan sekali kan. Masukkan air juga dalam secawan dua.
4. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato secukup rasa. Biarkan reneh sampai masak sebati. Masukkan pula nenas yang telah dipotong kiub. Kalau nak masuk lobak, sayur kubis bunga atau apa aje pun boleh.
5. Dah nak siap ni perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Seterusnya tuang kuah yang dah siap atas ikan siakap yang telah digoreng garing.
Inilah rupa ikan siakap 3 rasa kolin. Disebabkan cari pinggan lonjong tak ada. Terkeluarlah kepala dan ekor ikan tu. Masa masak lauk ini memang kolin tak masak yang lain. Sebab masak masa hari balik kerja. Tapi korang kalau ada masa boleh lah goreng telur dadar dan kailan ikan masin. Baru lah terasa makan kat kedai tomyam tepi jalan kan. Sekarang dah tahu resipi boleh lah masak best-best kat rumah. Lagi sihat dan anak-anak pun happy.
Selamat mencuba resipi kolin IKAN SIAKAP TIGA RASA
Love
Kolin Zainal
Wow alia.. tengok gambar pun meleleh air liur. Pernah juga buat tapi presentation tak kemas.. nak share dkt blog pun segan.. Boleh saya cuba resepi alia.
ReplyDeleteJemput baca post #1
https://shidotdotcom.blogspot.my/2017/10/tips-sambung-master-di-uitm.html?m=1