Konsert PERANAKAN: A MUSICAL LEGACY meraikan kepelbagaian warisan Baba dan Nyonya Asia Tenggara
Malaysia adalah negara yang kaya dengan
kepelbagaian dan gabungan etnik, budaya dan tradisi, dan ini dipersonifikasikan
sebaiknya oleh warisan Peranakan yang bermula sejak zaman penjajah dan kekal
kaya sehingga hari ini dengan sejarah berwarna-warni dan identiti istimewa.
Memperkenalkan Peranakan: A Musical Legacy, konsert yang menggabungkan
bakat Somerset Music dengan usaha prihatin Persatuan Kebangsaan Autisme
Malaysia (NASOM) dan World Vision Malaysia.
Sebilangan besar penyanyi adalah warga berkeperluan khas.
"Somerset Music berbesar hati untuk
menganjurkan kutipan dana ini yang bertujuan untuk membantu NASOM dan Malaysia
Assistance Fund oleh World Vision Malaysia. Orang ramai dijemput untuk
memainkan peranan secara aktif dalam usaha amal ini, sambil menikmati malam
artistik berirama lagu, cerita dan budaya dengan koir berpakaian Peranakan
asli!" kata Pengetua Somerset Music, Joanne Poh.
“Konsert mengumpul dana ini meraikan dengan tulus ikhlasnya warisan Peranakan Asia
Tenggara melalui lagu-lagu yang diturunkan merentasi generasi.
"Program ini menampilkan pilihan melodi
rakyat yang disusun dengan telitinya, daripada pantun zaman kanak-kanak kepada
balada cinta penuh jiwa dan berakar umbi dalam tradisi Kepulauan Melayu dan masyarakat
orang Cina kelahiran Selat. Semasa konsert akan ada banyak detik nyanyian
bersama para penonton. Kami berharap dapat menghidupkan kembali rasa
kebersamaan dalam masyarakat melalui muzik dengan suasana keriangan,” kata
Joanne.
Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme
Malaysia (NASOM) Julian Wong Ming Vui, melahirkan rasa terujanya mengenai
konsert yang akan diadakan ini.
"Kami sangat teruja dapat bekerjasama
dengan Somerset Music malalui konsert pengumpulan dana mereka yang akan datang,
iaitu Peranakan: A Musical Legacy. Acara ini meraikan warisan budaya yang kaya
sambil menyokong secara langsung kerja penting NASOM dalam komuniti kami. Kami
percaya kerjasama ini akan mewujudkan impak yang benar-benar bermakna.
“Kami gembira dapat mempersembahkan bakat
luar biasa NASOM Maestros, kumpulan koir kami sendiri yang terkenal dengan
persembahan menyentuh hati dan memberi inspirasi.
"Kerjasama ini bukan sahaja mendekatkan
kepada misi kami untuk meningkatkan kesedaran tentang autisme tetapi juga
menawarkan platform yang menarik untuk NASOM Maestros mempamerkan bakat luar
biasa mereka," katanya.
Lebih daripada sekadar persembahan, ini
adalah usaha komuniti yang terbaik. Setiap suara dan setiap nota dihidupkan
dengan penyertaan khalayak yang aktif semasa mereka berinteraksi dan menyanyi
bersama – ianya satu penyatuan yang bermakna. Ia adalah konsert yang dibina
atas ingatan, rasa kekitaan dan kegembiraan untuk bersatu bersama melalui
muzik.
Lagu-lagu tersebut termasuk yang digemari
ramai seperti Rasa Sayang, Trek Tek Tek, Chan Mali Chan, Kopi Susu, Lenggang
Kangkung, Bengawan Solo.. mencerminkan kekayaan kehidupan seharian Peranakan.
Konsert ini berlatarbelakangkan pemandangan
kampung, suasana bermain dan membesar secara pahit manis di samping kemesraan
keluarga dalam perubahan zaman.
Ketua Pegawai Eksekutif World Vision Malaysia
Hernando Betita III berkata: “Kami bersyukur kepada Somerset Music kerana
menjadi sebahagian daripada inisiatif ini serta membuat perubahan bersama kami.
"World Vision Malaysia berdedikasi untuk
kesejahteraan kanak-kanak dan komuniti yang terdedah, di peringkat tempatan dan
global. Sokongan yang dijana melalui konsert ini akan membawa banyak manfaat
dalam meningkatkan kehidupan melalui program pembangunan berfokuskan
kanak-kanak terutamanya individu berkeperluan khas, ke arah dunia yang lebih
balas kasihan dan adil untuk semua," katanya.
Muzikal ini akan debut pada hujung minggu 4 dan 5 Oktober 2025 di
Damansara Performing Arts Centre (DPAC) di Petaling Jaya.
Tiket berharga RM80, RM130 dan RM180 dan
konsert ini mengalu-alukan para penonton dari semua peringkat umur!
Rakan kongsi acara komuniti ini ialah Pusat
Penyelidikan Seni Persembahan Nusantara (NusPARC) dan disokong oleh Acre Works
dengan pakaian disediakan oleh Giddy Nyonyas.
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you