Ini pengalaman kolin sendiri tau makan kat sini. Minggu cuti merdeka tu kolin sekeluarga ke Kuala Linggi dan terjumpa la tempat makan ni. So pertama kali kami ke RESTORAN IKAN BAKAR TERAPUNG FORT SUPAI KUALA LINGGI. Agak padat sebenarnya maklumlah ada cuti umum. So tunggu dan dapatlah tempat duduk. Bila dah duduk, kena masuk untuk order pulak. Pilih makanan laut apa kita nak makan. Tempat lawa, lampu cantik dan memang kalau nak tengok sunset sini lawa sangat!
ini harga yang dipaparkan ye. Dah pilih semua lauk pauk yang kita nak makan, kita beritahu nombor meja dan tunggu sahaja lah. Nasib kurang baik sebab datang time cuti umum, hampir sejam baru air minuman dan makanan sampai. Nasib baik ada buskers nyanyi tu tak lah boring sangat.
tu lah antara lauk yang dah kami pilih untuk dinner malam tu. Udang 5 ekor, kerang, kupang, ikan, sotong dan ketam.
ini bahagian dalam restoran. Ada free air kat luar dan juga bahagian dalam. So boleh pilih nak duduk mana. Tapi elok pula tak hujan masa kami makan sini.
Inilah dia hidangan makan malam sambut birthday dan anniversary kami suami isteri.
Kerang bakar sepinggan, Kupang masak halia sepinggan, ikan jenahak bakar, udang 5 ekor masak sambal, seekor sotong goreng tepung dan ketam 2 ekor dipotong dua masak salted egg. Nasi 4 pinggan, satu jug air sirap dan 1 jug air putih.
Dah siap makan dalam jam 11 malam, inilah masa untuk bayar bil. Kami kena semua sekali RM290, agak terkejut. Terus minta bil nak tengok satu persatu caj berapa. Iyelah sebab caj 100g lauk apa kan, tapi tak ada. Disebabkan dah malam, dah penat, kolin sekeluarga dan makan pun, so kami bayar ler. Nasib bawa duit lebih kan hahaha. Kalau tak almost tiga ratus mau aku kena basuh pinggan tak boleh bayar hahah. Kolin rasa mereka kena listing kan berapa each lauk yang dikenakan, baru fair.
So kolin update lah gambar makanan dan resit tu kat IG. Ramaiiiiii tegur kata mahal sangat. Nah korang tengok lah sendiri, tepuk dada tanya selera. Ini memang kolin pergi makan sendiri, dan rasanya memang terkena.
Kawan kira satu persatu lauk hidangan. Paling mahal tekan pun baru RM260. Tapi tak pasti jadi RM290 tu macam mana. Dah la kawasan laut, hasil laut tentu murah kan. Kenapa mahal sangat kan. Tak apa lah..saya halalkan. Cuma ini perkongsian peribadi saya.
Masakan dia okay aje sederhana, dan tak buat kolin mengigau nak pergi lain kali. Cukup sekali lah dinner kat IKAN BAKAR TERAPUNG FORT SUPAI KUALA LINGGI. ini kolin share pengalaman kolin sendiri. Mungkin time korang pergi murah kut, bukan rezeki kolin nampaknya.
Yang nak pergi silakan...boleh tahan masakannya. Cuma kolin kongsi aje. Jangan marah okay..Review ikhlas ini...yang penting...I MEMANG TAK REPEAT DAH, rasa tak berbaloi kan.
terima kasih sudi baca entri ini :)
dah bertahun duk ulang pergi, biasa sekali sebulan slps gaji tu pegi. mmg terasa makin mahal tu tapi last pegi bukan shj mahal, kurang rasa dan makan pun bnyk xdpt. tp bila komplen mati2 pertahankan nak kata kita salah. mmg masuk dlm list blacklist lps ni.
ReplyDeletekolin makan sekali aje, tak pergi dah. tahun 2020 dah mahal. skrg mmg tambah mahal la kut
Delete