Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Festival Own Your Wellbeing Guardian Malaysia di One Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya

 

Guardian Malaysia Ajak ANDA Serlahkan Kesejahteraan Diri

 

Penglibatan pakar dan program-program informatif sepanjang bulan, serta pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti Pickleball dan Fun Run, sempena sambutan Hari Malaysia

 

September kembali lagi, dan kempen kesejahteraan guardian kembali, kali ini LEBIH BESAR dan LEBIH HEBAT, bermula dari 2 hingga 30 September 2025. 


 

 

“Sebagai Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1* di negara ini, adalah penting bagi kami untuk menawarkan rangkaian solusi kesejahteraan terbaik dan membawakannya terus kepada ANDA. Sebagai penasihat kesejahteraan yang dipercayai, guardian menampilkan  barisan pakar terkemuka untuk berkongsi tip kesejahteraan, di samping terus meningkatkan kepakaran ahli farmasi kami agar mereka dapat menjadi rujukan utama komuniti setempat dalam menjawab segala persoalan berkaitan kesejahteraan,” kata Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia

 

Bagi menggalakkan pelanggan agar lebih ‘bersemangat’ terhadap kesejahteraan, guardian Malaysia memperkenalkan Hab Kesihatan yang menampilkan pelbagai artikel informatif tentang cara untuk menjadi lebih sihat, cadangan produk dan terapi. Pengumuman mengenai ceramah dan acara turut dikongsikan di sini: www.guardian.com.my/promotions/health-hub.html?page=1.

 

Selain itu, guardian turut bekerjasama dengan pakar-pakar kesihatan termasuk doktor dan pakar perubatan dalam satu siri kandungan khas yang membincangkan isu serta keadaan kesihatan berkaitan kehidupan seharian yang mungkin terlepas pandang. Siri ini menawarkan penjelasan mudah serta langkah praktikal yang mampu memberi kesan positif jangka panjang, tanpa rasa bimbang atau hype.

 

Siri ini memberi tumpuan kepada empat teras utama: kesihatan usus, imuniti, sendi dan kolagen, serta kesihatan jantung. Antara pakar yang ditampilkan dalam siri video ini termasuk pakar kardiologi Dr Choi Chun Ngok, pakar gastroenterologi Dr Chen Harn Chin, pakar bedah ortopedik Dr Teo Seow Hui dan pakar imunologi Dr Kent Woo.

 

Bagi mereka yang mengutamakan sentuhan peribadi, kunjungilah mana-mana farmasi guardian di seluruh negara. ANDA boleh berbincang dengan ahli farmasi kami yang mesra dan sedia membantu menjawab kebimbangan kesejahteraan anda, daripada pengurusan berat badan, konsultasi penyakit ringan hinggalah ke semakan ubat.

 

Ahli-ahli MYguardian Rewards juga boleh menikmati tawaran perkhidmatan kesihatan eksklusif  termasuk  pemeriksaan glukosa, sistem ‘gut’ dan kolestrol semasa kempen ini secara PERCUMA di stor guardian terpilih. Tawaran ini terhad kepada 50 pelanggan pertama setiap hari. Selain itu, sepanjang kempen ini, ahli MYguardian Rewards akan menikmati diskaun 60% pada barang pembelian kedua (2nd item purchased) dan tawaran ini terpakai untuk 4,000 produk terpilih.

 

Anna menambah, “Selain daripada produk yang tepat dan cadangan terapeutik yang boleh dipercayai, penjagaan kesejahteraan juga memerlukan akses kepada pakar supaya anda kekal bermaklumat. Pemeriksaan kesihatan secara berkala sangat penting, dan pada bulan Own Your Wellbeing ini, kami menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma khas untuk ANDA.”

 

Sertai keseronokan!

Bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang, jangan lepaskan peluang menghadiri Festival Own Your Wellbeing guardian Malaysia di One Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya dari 16 hingga 21 September 2025 – satu gerakan ke arah kesejahteraan yang lebih baik untuk semua!

 

Sorotan Festival

·         Roadshow Kesejahteraan

o   Terokai zon menarik: Power Up Zone & Zen Studio

o   Interaksi dengan pelbagai jenama

o   Pemeriksaan kesihatan percuma

·         Kelas & Bengkel Kesejahteraan

o   Zumba

o   Pound Drum

o   Yoga Keluarga

o   Yoga & Jurnal

o   Pilates

o   Mandian Bunyi & Aromaterapi

o   Bengkel Wangian Roll-On D.I.Y

o   Bengkel Pengurusan Tekanan

·         Hari Pickleball – 20 September

o   Pagi: Perlawanan Persahabatan Pickleball

o   Petang: Pickleball Fun Play (kumpulan 2–6 orang, sesi 1-jam)

o   Hadiah untuk peserta: beg hadiah guardian + T-shirt kesejahteraan

o   Sorotan Istimewa: Kolaborasi Kudos x guardian Malaysia

   Pelancaran Kudos, kini boleh didapati di stor guardian

   Diraikan dengan Perlawanan Pickleball semasa festival

·         Fun Run – 21 September (Ahad)

o   Larian 5km (8 pg – 10 pg)

o   Terbuka kepada 1,500 peserta

o   Aktiviti yang mengukuhkan jalinan kekeluargaan di samping berusaha mencapai matlamat kesejahteraan

·         Pendaftaran

o   Daftar untuk semua aktiviti melalui aplikasi MYguardian

·         Inisiatif CSR

o   Kerjasama dengan SHELTER Home PJ & Persatuan Kebajikan Suriana Malaysia

o   Kanak-kanak dan remaja yang kurang bernasib baik dijemput menyertai Pickleball Fun Play & Fun Run

o   Meluaskan akses belia kepada aktiviti kesejahteraan

 

“Kami menyeru semua Rakyat Malaysia agar mengambil langkah pertama untuk Own Your Wellbeing. Sertai dan ketahui lebih lanjut di festival kesejahteraan kami di One Utama,” jelas Anna mengakhiri. Untuk mendapatkan lebih maklumat tentang promosi bulanan guardian, layari laman web: https://www.guardian.com.my/catalogue

 

#guardianNo1

#OwnYourWellbeing

#MYguardian

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you