Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

DULANG & KOPI, AMPANG

 Assalammualaikum 

Buatkorang yang suka masakan lauk pauk kampung tapi nak harga yang mampu, boleh try ke Ampang, waze sahaja Dulang & Kopi.

Parking tu agak sukar juga sebab kawasan sibuk, tapi rezeki kolin masa sampai tu senang dapat parking.

Nampak tak menu yang ada tu. Jom tengok apa kolin order untuk kami bertiga sekeluarga makan lunch di sini. 



Yang ini set lunch yang ada promo di Dulang & Kopi. Ada masak lemak tempoyak ikan patin, nasi, ulam, sambal belacan, telur masin dan air sirap tau. Harga pun tak lebih RM25 memang dalam bajet tau. Yang penting lauk dia berasa, ini jujur ya. Try dulu korang...nanti citer 

Kemudian kolin order juga lauk-lauk lain. Tapi masa tu siput sedut masa lemak habis, terung berlado pun habis juga. 

ini sambal ikan bilis petai, ini kegemaran kolin ya. No 1 sekali kegemaran ni
 
Ni daging salai masak lemak sedap juga. Cukup portion untuk kami bertiga.

bendi tumis telur dgn bilis garing ni memang macam masakan dulu-dulu. 


ikan bawal ni memang sedap wei. Ada bawang, cili dan daun kari goreng, siap kicap wei. Memang syahdu dan sesuai dengan anak-anak juga. 

ulam-ulam dan sambal belacan wajib ada, barulah kampung style 

Air macam-macam ada tau, kolin suka bandung soda dia, kopi kampung suami kolin suka. Dan dia hidang dalam tu, comel kan. 

Untuk penutup anak kolin try brownies dengan vanilla ice cream.


Korang kalau ada rezeki, singgah try makan kat sini okay, berbaloi. Jujur kolin cakap, sedap lauk pauk sini. Will repeat soon :)

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you