Saturday, June 20, 2015

Di Sebalik Kejayaan Puan Yee Lee Lean bersama APPS Sdn Bhd.

Kisah ini memang akan memberi motivasi dan dorongan kepada semua untuk berjaya. Ini adalah kisah benar seorang insan yang bernama Puan Yee Lee Lean.

Wanita berjaya ini telah lama menceburkan diri di dalam dunia insurans iaitu selama 34 tahun. Banyak halangan dan cabaran yang beliau lalui, akan tetapi semua itu mematangkan lagi beliau.
Puan Yee Lee Lean berjaya keluar dari menghadapi hidup susah dan sukar. 
Mari kita hayati bersama kisah suka dan duka wanita hebat ini.

Inilah Puan Yee Lee Lean yang duduk di bahagian tengah

Kisah ini bukan lah kisah donggeng, akan tetapi kisah benar bagi wanita yang bernama Yee Lee Lean. Beliau  kehilangan ayah semasa beliau masih kecil dan berusia hanya 3 bulan. Disebabkan peristiwa itu, ibunya dan adik-beradik lain sangat berdukacita. Keadaan menjadi teruk, kesusahan dan nasib malang mula menjadi sebahagian dari hidup Puan Yee sekeluarga. Kesusahan lagi terasa pahit apabila ibu Puan Yee yang terpaksa mencuci pakaian dari rumah ke rumah. 

Namun begitu, ibu Puan Yee bertemu jodoh sekali lagi. Akan tetapi, ayah tiri beliau yang sepatutnya menjadi tulang belakang keluarga adalah seorang kaki botol. Lebih menyedihkan, ayah tiri beliau meninggal dunia pada awal 50 an dan meninggalkan 4 anak-anak termasuk Puan Yee bersama ibu Puan Yee.
Tak terbayang rasa kesusahan hati seorang ibu yang dapat kolin gambarkan.

Demi kelangsungan hidup. Puan Yee Lee Lian mengajar. Dengan menjadi cikgu sementara di institusi di sebelah pagi dan cikgu ganti di sekolah rendah di waktu petang malah membuka kelas tambahan di rumah sehingga lewat malam semata-mata untuk mencari rezeki.

Nasib Puan Yee Lee Lean mula berubah setelah abang beliau memperkenalkan kepada konsep insurans. Mulai dari titik itu, Puan Yee Lee Lian yang dulu menjadi cikgu sementara dengan gaji sekitar RM278 sebulan telah mendapat inspirasi bagaimana untuk menyimpan sedikit dan bercambah kepada jumlah yang lebih banyak. Di saat itu, beliau yakin inilah peluang untuk keluar dari kesukaran hidup.
Tanpa berfikir panjang beliau terus masuk ke dalam dunia insurans dengan azam 
untuk meninggalkan hidup yang susah selama-lamanya.

Gambar ini diambil pada hari pembukaan di Menara AIA, Petaling Jaya di mana terletaknya APPS Sdn. Bhd.

Beliau memulakan kerjaya beliau sebagai Life Planner bersama AIA dan bekerja selama 3 tahun sebelum berpindah ke arah pengurusan agensi. Semasa bersama AIA banyak ilmu dan pengetahuan yang telah diperolehi. Dengan latihan dan ilmu yan ada beliau melangkah dengan lebih jauh lagi dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan program latihan AIA ianya dapat memberikan kebebasan dalam memperolehi kejayaan yang di idamkan. Malah beliau telah di anugerahkan  Second Runner Up Nationwide kerana berjaya sebagai Life Planner pada tahun yang kedua perkhidmatan beliau.

Hasil kerajinan dan ketekunan beliau, hari ini beliau berjaya menubuhkan agensi insurans beliau sendiri iaitu APPS Sdn. Bhd yang terletak di Petaling Jaya. APPS yang membawa maksud Attitude, Personality, Perseverance and Skills di ilhamkan beliau sendiri. Program yang ada di APPS memperlihatkan insurans bukanlah satu jualan produk konsumer akan tetapi ianya adalah didikan kebaikan insurans kepada umum.

Puan Yee Lee Lian percaya dengan hasil usaha yang keras semua orang mampu berjaya seperti beliau. Nasihat beliau, kepada sesiapa yang ingin berjaya di dalam bidang insurans ini perlu mempunyai satu semangat tidak cepat putus asa dan berhenti.

pasukan APPS Sdn. Bhd. bergambar dengan Bill Lisle, bekas CEO of AIA Bhd.

Kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program di APPS Sdn. Bhd. dan berkenalan dengan wanita hebat ini. Boleh lah bekunjung ke  booth C05 Career Builder Fair 2015 di KLCC yang bakal berlangsung dari 22-23 Ogos 2015 dari jam 11.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Bagi yang ingin berjaya seperti beliau di dalam dunia insurans jangan malu-malu bagi mendapatkan maklumat lanjut. Boleh terus emel Puan Yee di  ivytan.apps@gmail.com atau hubungi sahaja 03-79888043. Beliau sedia membantu. Kisah ini memangnya menjadi motivasi dan semangat bagi golongan muda. Kalau kita hidup susah dan sukar pasti ada jalan keluar. Yang penting rajin usaha dan pandai mengambil peluang yang ada.

Love,

Kolin Zainal

pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan untuk APPS Sdn. Bhd.





No comments:

Post a Comment

loving me..loving you