Menjadi salah satu brand yang sedang berkembang pesat di Malaysia buat masa kini. NIVEA sekali lagi membawakan inovasi produk terbarunya iaitu NIVEA Extra White & Firm Q10. Bertempat di Setia City Mall baru-baru ini, berlangsung kempen NIVEA memperkenalkan produk mampu menjadikan kulit bawah lengan lebih tegang dan putih selepas sekian lama diabaikan.
Dirumuskan dengan firming agent Q10 dengan ketulenan sebanyak 97% NIVEA Extra White & Firm Q10 adalah deodrant pertama di Malaysia yang membantu dengan masalah kulit di bawah lengan. Menurut kata Mr. Ng Hock Guan, Beiersdorf Country Manager, Malaysia dan Singapura, dengan NIVEA mereka percaya kecantikan adalah menyeluruh. Setiap wanita harus mampu tampil yakin dan berani menyuarakan pandangan dan kepercayaan mereka. Untuk itu kempen 'Be Fair. Be Firm. Be Fabulous ini memang membawa kecantikan luaran dan dalaman.
Menampilkan tiga orang selebriti bagi mewakili BE FAIR iaitu Siti Saleha, BE FIRM iaitu Atilia Haron dan BE FABULOUS Carey Ng (Miss Malaysia) bagi kempen NIVEA kali ini. Ketiga-tiga selebriti ini sangat teruja dengan kempen oleh NIVEA yang memyatakan kepentingan wanita di dalam keyakinan diri sendiri di dalam menghadapi cabaran hidup seharian. Acara yang meriah ini di acarakan oleh Ms. Serena See.
Majlis dimeriahkan lagi dengan sesi bergambar dengan kata-kata semangat bagi mewakili keyakinan para wanita di Malaysia. BE FAIR BE FIRM BE FABULOUS
Sesi menanggalkan puzzle dari Voice Of Women juga diadakan. Di belakang setiap puzzle itu ada jumlah RM20,000.00 yang bakal didermakan kepada organisasi kebajikan wanita yang terpilih. Para peminat NIVEA juga boleh mengambil bahagian di dalam WOMEN ENPOWERMENT campaign application iaitu scan kod QR di belakang setiap puzzle itu dan log in apps.facebook.com/fairfirmfabulous untuk setiap penyertaan NIVEA akan derma RM5 untuk badan kebajikan yang terpilih. Hebat bukan!!
Kepada tiga peserta yang menyertainya dengan mesej yang memberi inspirasi akan menang hadiah atau wang tunai sebanyak RM3,000.00.
Selesai semua acara pelancaran NIVEA Extra White & Firm Q10 kami semua dihidangkan dengan hidangan minum petang yang sangat lazat di tingkat LG Setia City Mall iaitu Delicious
Kolin dan rakan blogger lain tidak melepaskan peluang untuk bergambar di BE FAIR BE FIRM BE FABULOUS wall. Teruja dengan setiap kata-kata semangat dari NIVEA
Terima kasih NIVEA!
Teruja baru berkenalan dengan rakan blogger baru Sally dan Syifa tak lupa juga JQ yang sudi teman kolin minum petang di acara NIVEA. Panjang umur jumpa lagi ye...
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you