Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Penjagaan gigi dari kecil dengan berus gigi JORDAN

Menerusi kajian sebanyak 90% dari populasi dunia akan menderita dari sakit gigi. Namun ianya boleh diatasi sekiranya kita mendidik anak-anak kita dengan penjagaan mulut dan gigi sejak dari kecil.  Penjagaan mulut dan gigi amat penting dari peringkat bayi lagi. Meningkat ke usia kanak-kanak, dengan pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan masalah terhadap kesihatan gigi. 

Di Malaysia, statistik mengambarkan 70% kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun mengalami kerosakan gigi pada kajian tahun 2005. Ianya telah dikaji bagi kanak-kanak yang berusia 5 tahun, 8 daripada 10 kanak-kanak mengalami sakit gigi. Oleh itu, kolin memang mengutamakan penjagaan gigi bagi anak-anak bagi memastikan gigi mereka di jaga dengan rapi.


Berus Gigi Jordan untuk kanak-kanak berumur  0 - 2 Tahun (step 1)

Untuk ibu bapa, Berus Gigi Jordan menyediakan pelbagai variasi berus gigi dari peringkat bayi sehingga ke usia kanak-kanak 9 tahun. Maknanya dari gigi susu sehingga gigi dewasa mula tumbuh sekitar umur 6 tahun ke 9 tahun. Gigi susu yang mula tanggal pada seawal umur 6 tahun harus dipantau. Kerana ada juga gigi susu pramatang mula gugur dan menyebabkan gigi dewasa tumbuh tidak rata.


Sebagai ibu kepada anak berumur 6 tahun, Alisa Maisara masih mempunyai barisan gigi susu yang sihat. Kolin sentiasa memastikan Alisa memberus gigi dengan baik dan betul. Pengunaan berus gigi yang betul juga memainkan peranan. Dengan berus gigi Jordan yang direka khas untuk membersihkan gigi susu dan gigi dewasa, mempunyai pegangan Ergonomic sesuai bagi kanak-kanak dan paling menarik mempunyai bekas untuk memastikan penjagaan berus selalu terjaga. Ianya juga boleh di bawa bercuti sebab berus itu memang akan berada di dalam bekas dan bersih dari kuman. Paling menarik, kesemua koleksi berus gigi Jordan didatangkan dengan warna dan rekaan menarik. 

Jordan mempunyai barisan berus gigi yang berwarna neon serta karektor kartun yang sangat comel. Ini membantu kanak-kanak merasa seronok apabila mula mengosok gigi sebanyak dua kali sehari.
 Apabila gigi bersih, kanak-kanak juga ceria.


Jordan adalah jenama Norwegian Dental Hygiene yang mempunyai langkah-langkah berus gigi bagi penjagaan bayi sehingga kanak-kanak. Menurut kata Merete Nes, R&D Manager, Design dan Packaging Lileoborg As Norway langkah penjagaan ini sangat penting bagi membantu kanak-kanak menanam sikap menjaga kebersihan mulut dan gigi dari peringkat mula. Berus gigi yang lembut akan membantu perkembangan bayi dan kanak-kanak. 

Daniel Christopher Bondenson, Senior Product Developer, Lileborg AS, Norway menjelaskan penggunaan berus gigi Jordan yang betul bagi makluman ibubapa di Malaysia.

Step 1: ianya disediakan bagi bayi dan kanak-kanak yang berumur dari 0-2 tahun, ianya mempunyai kepala berus yang kecil dan berus yang lembut untuk digunakan. Didatangkan dengan warna-warna menarik dan terang bagi menarik perhatian bayi dan kanak-kanak. Ianya terbukti dengan mengatasi masalah rangsangan kepada gusi dan lebih menarik pemegangnya adalah bulat senang dipegang
 oleh kanak-kanak berumur 0-2 tahun.

Step 2: Berus ini direka untuk kanak-kanak berumur 3-5 tahun yang kebanyakkan masih mempunyai gigi susu. Pada usia ini kanak-kanak biasanya tidak faham akan kepentingan memberus gigi. Dan pastinya menjadi cabaran bagi ibubapa mendidik kepentingan menjaga gigi. Sekali lagi warna dan rekaan Jordan menarik minat kanak-kanak. Pada peringkat usia ini, kanak-kanak cenderung memilih corak dan warna yang terang. Oleh itu Jordan adalah pilihan tepat untuk menarik minat.


Berus Gigi Jordan untuk kanak-kanak berumur  3 - 5 Tahun (step 2)
Step 3: Ini lah masa paling mencabar untuk mendidik anak-anak. Pada usia ini kedua-dua gigi sudah mula tumbuh. Dan kebanyakkan kedudukan gigi mulai tidak rata. Kualiti berus dan kedudukan berus adalah penting bagi memastikan semua gigi dibersihkan dengan betul.

 Berus Gigi Jordan untuk kanak-kanak berumur  6 - 9 Tahun (step 3)


Berus gigi Jordan banyak membantu anak kolin iaitu Ali Imran. Ali Imran yang berusia 9 tahun kini mempunyai campuran gigi susu dan dewasa. Melihatkan ketidak teraturan gigi yang ada, berus gigi Jordan Step 3 sangat membantu. Tidak hairanlah, gigi Ali Imran kekal bersih dan memang tiada masalah kerosakan gigi. Dan memang betul, pilihan Ali Imran yang berwarna oren dan mempunyai corak kartun yang sangat menarik minat anak sulung kolin. Lebih menyeronokkan Ali Imran ialah bekas penutup berus giginya. 
 

Berus gigi Jordan berada di dalam kelasnya tersendiri dengan membuat banyak ujikaji bagi memastikan berus gigi ini memenuhi kehendak pengunanya iaitu bayi sehingga ke kanak-kanak. Di Malaysia, Jordan membina satu kesedaran awam dikalangan masyarakat betapa pentingnya penjagaan mulut dan gigi yang baik. Semuanya bermula dari rumah, sebagai ibubapa mendidik memberus gigi adalah satu rutin harian amatlah penting semasa proses mereka membesar.

Untuk kolin, selain memberus gigi pemakanan yang sihat juga perlu diambil berat. Minum susu adalah salah satu amalan baik untuk kesihatan gigi. Kurangkan coklat dan gula-gula kepada anak-anak ye. Sebab kalau dah mula gigi berlubang memang tak boleh tidur satu malam. 


Pastikan anak-anak kita mendapat berus gigi yang sesuai ok. Jangan risau Berus gigi Jordan memang mudah dan pasti anak-anak suka. Kini tiada halangan untuk mendapatkan satu set gigi yang sihat. Yang penting kita kena faham dan tahu maklumat yang betul bagi memastikan anak kita dapat yang terbaik.

Kepada para ibu, masih belum terlambat lagi. Dapatkan Berus Gigi Jordan sekarang dan mula lah mendidik anak-anak kita akan kepentingan menjaga gigi dan mulut yang baik. Semoga semua rakyat Malaysia mempunyai gigi yang sihat dan kuat. 
Untuk lebih maklumat lanjut mengenai produk ini sila layari www.jordan.no

"Your Children's Teeth - Your Responsibility"



Love, 

Kolin Zainal

pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh alialisakreatif untuk Jordan

4 comments:

  1. anak anak kolin semua cute macam mak

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak-anak jadi model leona, tapi memang mereka suka sangat
      berus gigi Jordan yang warna warni tu.

      Delete
  2. Saya juga menitikberatkan penjagaan gigi anak2 saya..kebersihan gigi anak2 juga mencerminkan kebersihan ibu bapa.seperti kata pujangga ingin lihat kebersihan ibubapa lihatlah gigi anaknya..

    ReplyDelete

loving me..loving you