Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Keselesaan tanpa kompromi, Triumph Lingerie

"Rasa Lembut dan Ringan Sepanjang Hari" itulah yang menjadikan koleksi ini menjadi kegilaan kaum wanita. Sebagai 'reward' atau balasan bulan ini kolin hadiahkan diri sendiri satu benda yang selalu pakai dan tak pernah miss out lah kiranya iaitu BRA kalau bahasa melayu COLI. Memang kalau kita fikir semula, perkara ini agak malu kalau dedulu lah. Itu kolin tak nafikan, tapi zaman kian moden dan rasanya semua dah tahu pun. Lagi manis kalau kaum suami ni semua tau saiz isteri dan belikan sempena hari-hari istimewa kan. Kenapa tidak!! Kalau korang suami-suami nak tahu, ini adalah hadiah yang sangat manis tau kalau korang bagi si isteri. 








Untuk kolin pula, bulan ini kolin dapatkan koleksi Ultimate Comfort daripada Triumph. Sebagai pakar pakaian dalam wanita sejak tahun 1886 jenama ini yang sudah tentunya memberikan satu keselesaan dan kualiti tahap paling maksimum tau. Korang boleh terus ke butik mereka dan paling best staff mereka ramah wei. Sebelum korang nak pilih, korang boleh minta mereka ukur saiz dulu. Korang kena tahu, badan kita ni perempuan selalu bertukar-tukar kadang kempis kadang bulat. Itu la pentingnya kena cek saiz sebetulnya sebelum membeli. Kadang kita ni terus terjah aje, tahu-tau saiz salah. Nampak lemak belakang, sakit belakang, bila angkat kedua-dua tangan bra terangkat. Itu antara kesan kalau korang salah memakai saiz bra tau. 



Kolin suka bra yang lembut lagi best kalau pakai terasa macam tak pakai. Bra atau coli berlapik tanya wayar menjadi pilihan kolin iaitu Everyday Soft Touch, Triumph yang bergaya dan memang bila sarung terasa, alahaiiii...kalau lahhh kolin boleh bayangkan untuk korang semua. Memang super comfy! Dan kalau pakai tshirt memang elok sangat!!!

Warna pula semua pastel ada ungu lembut, hitam, warna kuning natural dan juga coral (oren sikit). Dan kalau ke butik Triumph bilik fitting tu lawa wei. Korang boleh ambil masa dan cuba satu-satu dan cari lah laa yang paling sesuai. Bak kata orang putih 'Find The One' untuk kita pakai. Ingat ye, bra atau coli ini memang kita pakai hari-hari. Jadi agak penting untuk kita tampil yakin dan selesa. Masa fitting boleh la korang tanya apa-apa aje pada staff mereka, mereka akan bantu sampai laaaaa korang rasa OKAY. Berbaloi kan....ala manja-manja diri sebulan sekali aje. 





Untuk korang yang nak tengok online dulu sebelum terjah butik boleh lah ke www.triumph.com/my/en/992.html untuk lihat dulu Koleksi Ultimate Comfort terbaru dari Triumph Malaysia. Rangkaian ini menawarkan harga pada RM229 untuk sehelai coli dan untuk seluar dalam pula berharga antara RM79.90 sehingga RM89.90 sehelai. 

Sesekali belanja diri macam ini memang puas sangat terasa hati. Penat bekerja berbulan-bulan dan bertahun-tahun tapi bila beli dan pakai memang terasa berbaloi. Buat korang kaum wanita yang sama dengan kolin tuuuuu...cuba, try dan test. Pergi sekali butik Triumph dan dapatkan bra atau coli yang bakal membuatkan hari korang jadi 'lain' wei. Lain macam rasanya selepas shopping bra baru dari Triumph wei..tak percaya pergi laa hari ini. Dah gaji kan!









Assalammualaikum,

Kolin Zainal 




3 comments:

  1. Alaaaaaa....dia ni saje je goda kiter tau...kita pun suka yang macam kolin pilih tu..SA sesekali nak reward diri sendiri memang beli Triumph..tp kan..segan nak buat review...maluuuu....lepas ni tak malu la kot...

    ReplyDelete
  2. Triumph nie memang bagus kan kualiti dia semua. Kak Sue masa zaman remaja.. zaman bujang ja beli n pakai, sekarang nie dah hala ke lain budgetnya.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. terbaik lah Kolin, serius bab lingerie ni kena pilih yang betul2 sesuai, aset kita lah kan kena jaga elok2 :0

    ReplyDelete

loving me..loving you