Helloo semuaa..nak jadi cerita aku semalam terus cuti. Nak tahu kenapa, sebab dah janji dengan mama aku atau lebih dikenali dengan nama Cik Timah tu pergi semak kalau-kalau ada duit dia yang masih tidak dituntut. Awal pagi keluar macam nak ke pejabat macam biasa, kolin pergi jemput dia. Dalam jam 8.30 pagi kolin sampai dan suruh mama pergi dulu ambil nombor.
Bersyukur lah kat Jabatan Akauntan Negara tu dia dahulukan orang-orang yang Warga Emas, sarat mengandung, OKU dan sebagainya. Soooo...sekejap aje mama dah dapat semak. Tahniah laa kepada mereka yang prihatin. Dan kalau korang nak tahu...yee ada duit dia hahaha..ribu jugak lah. Berbaloi semalam aku cuti dan bawa dia pergi semak. Aku semak gak sekali, tapi aku tiada wang yang tidak dituntut hahahahha. Semua duit aku dah tuntut abisss dah, sekali laa semak alang-alang dah cuti kan.
So korang kalau nak bawa mak ayah dan mereka 66 tahun ke atas, boleh pergi terus jam 8.30 pagi tu tak payah beratur pepanjang pun. Pergi lah kut kalau ada RM dalam tu kan, rezeki mana nak tau.
Menda ni pernah viral dulu, masa tu kolin tak la heran sangat. Sampai lah mama buka mulut nak pergi. So kalau ada duit dalam tu, ada borang dan dokumen kena lengkapkan. Selepas siap, hantar balik kepada mereka dan tunggu dalam tempoh masa 60 hari untuk duit itu dimasukkan semula dalam akaun kita.
Jadi tahniah laa sesiapa yang dah check tu...boleh pergi joli!! yahoo
Babai korang, Assalammualaikum
kolin zainal
bestnya Cik Timah ada duit ribu- ribu...untung pergi dari biarkan begitu saje kan...
ReplyDeletesuka dia weiiii ...syukur benarrrrrr
DeleteBagus lah kan depa prihatin.. nak pi tuntut jugak lah kut ada..
ReplyDeleteEh.. best ni gi semak.. kot kot lah ada wang tak dituntut walaupun rasa dah habis tuntut.. boleh bawa orang orang tua ni check.. hiks
ReplyDelete