Penginapan 2 malam di Hotel Langkasuka, Langkawi harus dikongsi. Sebab apa, kolin rasa harganya murah dan berbaloi. Hotel ini bersekali dengan shopping mall tau. Walaupun agak jauh dari pekan kuah, tapi shopping mall tu adalah satu faktor yang membuatkan hotel ini menang lokasinya. Bayangkan malam korang nak beli roti, tuala wanita, air fresh orange ada pasaraya la kat bawah hotel. Nak shopping bodyglove, watson, guardian, vincci atau padini pun ada. Ruang parking luas di belakang hotel pun ada disediakan. Selain itu, peramah betul yang kerja kat lobi tu, kolin rasa kalau korang nak datang sekeluarga, ambil sahaja bilik deluxe tu memang luas sangat. Fasiliti lengkap!!! Nak pergi langkawi dan nak yang hotel best tapi dalam lingkungan bajet murah tu boleh cuba yang ini. Melainkan korang nak lepak pantai memang kena tidur kat chenang la kan. Tapi padat oiii...cuma best kat sana dah ada grab..so tak perlu nak sewa kereta punnnn kalau setakat nak pergi jalan dekat-dekat. Tapi kalau nak merata-rata tuu elok sewa kereta aje okay.
Untuk sarapan pagi agak limited, tapi cukup kenyang lah. Masakan kat sini memang sedap, kolin suka chef dia masak. Kolam renang ada tapi di tingkat sama dengan restoran iaitu tingkat 4. Cuma kolam mandi kanak-kanak tak ada. So korang bawa anak kena pantau ye. Nak makan pergi Lemongrass Restaurant kat belakang tu ye. Sambil makan boleh menikmati pemandangan pulau langkawi dengan warga yang sibuk ke tempat kerja tu. Sama aje dengan kita di KL tu kan. Demi kelangsungan hidup...
Ini gambar bukti bawah hotel ada mall hahaha. So mana yang korang rasa tak cukup nak shopping atau nak tambah berat beg tu bolehlah sambung shopping di sini. Harga sama aje kalau korang ke HIG tu...dah mahal. Dulu coklat Daim RM10 satu paket, sekarang dah RM17.90 satu paket. Dan ada juga yang jual 3 paket RM40. So sama aje mahal lelain coklat tu. Cuma kalau pergi belilah Cadbury Durian wei..hanya di langkawi aje ada.
cukup luas dan selesa kannn
Bilik yang kolin dapat memang luas dan besar sangat. Dan kalau datang ramai pun boleh la nak bersempit-sempit.
Cuma
agak pelik sebab sinki di luar bilik air, so kolin mandi dulu keluar
baru basuh muka dan gosok gigi. Tapi macam tak best sebab lantai tu sure
basah kan. Lelain fasiliti sangat bagus. Ada seterika dan iron board.
So korang yang pergi macam kolin bekerja memang suka lah sebab nak iron
baju kan. Ada sejadah, siaran tv sampai ke pagi ada, peti sejuk kecil
pun ada. Boleh dikatakan hotel yang sederhana tapi berbaloi.
Kali ini trip adalah urusan kerja pejabat, jadi ini lah dia kawan sebilik kolin selama dua hari itu wawa. Macam-macam la perangai dibuat hahahha. Tapi yang itu semua kita berdua simpan buat kenangan lah. Setakat 2 malam kami menginap hotel ini tiada adegan pelik-pelik berlaku! Semua OKAY
Kali ini trip adalah urusan kerja pejabat, jadi ini lah dia kawan sebilik kolin selama dua hari itu wawa. Macam-macam la perangai dibuat hahahha. Tapi yang itu semua kita berdua simpan buat kenangan lah. Setakat 2 malam kami menginap hotel ini tiada adegan pelik-pelik berlaku! Semua OKAY
Untuk sarapan pagi agak limited, tapi cukup kenyang lah. Masakan kat sini memang sedap, kolin suka chef dia masak. Kolam renang ada tapi di tingkat sama dengan restoran iaitu tingkat 4. Cuma kolam mandi kanak-kanak tak ada. So korang bawa anak kena pantau ye. Nak makan pergi Lemongrass Restaurant kat belakang tu ye. Sambil makan boleh menikmati pemandangan pulau langkawi dengan warga yang sibuk ke tempat kerja tu. Sama aje dengan kita di KL tu kan. Demi kelangsungan hidup...
Ini gambar bukti bawah hotel ada mall hahaha. So mana yang korang rasa tak cukup nak shopping atau nak tambah berat beg tu bolehlah sambung shopping di sini. Harga sama aje kalau korang ke HIG tu...dah mahal. Dulu coklat Daim RM10 satu paket, sekarang dah RM17.90 satu paket. Dan ada juga yang jual 3 paket RM40. So sama aje mahal lelain coklat tu. Cuma kalau pergi belilah Cadbury Durian wei..hanya di langkawi aje ada.
Setakat yang kolin dah duduk 2 malam semuanya OKAY. Terima kasih Hotel Langkasuka untuk memori manis di Langkawi. Ada rezeki boleh kita jumpa lagi ye.
Assalammualaikum,
Kolin Zainal
Wah..menarik ni Kolin..agak- agak malas nak pi jalan sampai ke HIG tu..shopping kat sini je sudah...
ReplyDeleteNanti kalau ke Langkawi lagi boleh lah bermalam kat sini, macam best ja nie Kolin..
ReplyDelete