Aduiii...memang masa kena ni, kolin fikir dugaan aje tau. Dugaan kami sekeluarga. Sebelum kolin cerita panjang lebar kenangan kami terpaksa bermalam 2 hari di Jelebu, kolin nak kredit atau pujian kepada bengkel kereta yang membantu kami serta membaiki kereta sehingga kami boleh terus balik ke KL tanpa rasa tidak selamat. Dah laa sangat membantu, malahan caj yang dikenakan pun tidak lah mahal sangat. Takut juga kan, bila kereta kita rosak di tempat orang dan bengkel pun main redah aje, kadang kena 'sembelih'. Tapi nasib kami baikkk...malahan ada juga kolin berkenalan dengan dua keluarga yang membantu kami. Tuhan sahaja dapat membalas jasa mereka tau, dah la tengah malam, tengah gelap gelita memang dah nak jadi kisah weiii...So buat korang yang nak terperangkap kereta rosak di Jelebu atau apa-apa aje lah kereta rosak area tu, boleh call Udo. BENGKEL KENDERAAN TEKUN IKHLAS atau UDO AUTO GARAGE ini terletak dekat dengan pekan jelebu, cari KFC dan bengkel mereka dalam kawasan berpagar ada car wash sekali depan sikit dari KFC tu lah..itu lokasi bengkel ye.
Sebelum kolin cerita pasal bengkel tu, kolin nak cerita macam mana kami sekeluarga boleh sampai ke Jelebu. Kisahnya sabtu 21 Jun tu kolin ke rumah open house leen. Lepas tu lepas maghrib suami ajak ke Felda Keratong 1 untuk melawat pakcik dia sakit. So dengan baju balik dari open house, kemas-kemas beg untuk pakaian tidur dan pakaian balik seorang satu helai kami bertolak ke Keratong, Pahang. Buat pengetahuan korang nak ke sana lalu Negeri Sembilan lagi dekat tau. Lagi pula masa tu kolin on waze dan semua jalan jem. Jadi jalan yang Genting Peres naik ke Jelebu aje yang okay. Dengan tak takut apa, kami anak beranak siap makan kat Pekan Hulu Langat dan menuju ke jalan gelap hutan tu. Nak kata berani tu tidak lah, tapi kami dah biasa jalan malam. So sepanjang mendaki bukit tu tak ada apa tau....Sekali dah sampai Jelebu...tempreature kereta naikkkk!!!!
Haaaa...berenti kami dekat tepi jalan tempat sunyi tu. Tapi disebabkan suami cool, kami anak beranak relak aje. Padahal kolin perasan sebelah tu kawasan perkuburan kaum cina. Diam aje wei, tak mahu yang lelain gelabah. Surut aje tempreature kereta, suami pandu semula nak cari tempat yang lebih baik. Nasib kami baik jumpa kedai makan!! Haa...berenti minum terus dan kami minta pertolongan lah. Cari mekanik tengah-tengah malam :(
Terima kasih buat tuan kedai kakak tu, kolin sendiri dah lupa nama dia. Kami melepak kat kedai tu sampai jam 12 malam tau. Sebab kakak tu abis dia call sana sini nak carikan kami pomen memalam tu. Malangnya malam tu ramai keluar memancing, maklumlah memang aktiviti orang kampung kat Jelebu kata kakak tu. Kesudahanya kami meminta diri dan terus minta izin menginap di hotel bajet berdekatan. Malam pertama kami tidur di Hotel Rasa Sayang Inn....selesa laaa...dua katil queen satu bilik.
Esoknya ahad, pepagi terus cari bengkel, tapi ahad semua tutup uolss. So kami checkout terus ke bandar Jelebu. Alahai kecik aje, semua badan kerajaan berkumpul satu tempat. Masa kat sini lah kami berkenalan dengan kak izan sekeluarga. Suami dia bantu kami abis abisan, malangnya kereta kami tak ada sparepart kena juga tunggu esoknya iaitu hari Isnin. So kami check ini hotel kedua di Jelebu iaitu Hotel MarryLand. Sama harga dengan hotel malam pertama iaitu RM140 untuk 2 katil queen. Cuma beza hotel MarryLand tu dekat dengan bandar dan bilik dia besar sikit. Tapi hotel pertama siaran TV lagi best dan ada free Wifi. So korang nak ke sana ada 3 bajet hotel tau. Satu lagi hotel Hotel Klawang Inn aje kolin nak try hahahahah....Nasiblah isnin tu kereta dapat dibaiki dengan elok.
Itu laaa cerita dia macam mana kolin boleh tersadai 2 malam di Jelebu dan akhirnya Udo mekanik tu lah tolong kami. Dengan harga sangat patut...syukur ditemukan dengan orang baik-baik. Tapi kan korang kalau lah kereta kami elok, Jelebu ada satu town yang banyak air terjun boleh kita teroka. Memang ramai warga tempatan ke air terjun tau petang-petang. Makan kat situ semua sedap-sedap wei...tak tipu. 2 hari kami sekeluarga kat situ memang kenyang, memang seronok, tambah pula tengah musim durian kan.
Buat sesiapa yang jadi macam kolin, nah...kolin share segala informasi mekanik tu. Sebab apa kolin share dalam blog, sebab kolin abis google, search dan mencari, satu pun posting tak ada weii sharing pasal mekanik kat Jelebu. Adoyaiiii....harapan kolin dengan posting ini dapat lah bantu orang lain pula!!

ni lah bengkel dak udo tuuu..budak melayu muda buat keje

Assalammualaikum,
Kolin Zainal
Alhamdullilah jumpa dengan orang yang baik-baik kan sebab Kolin pun baik orangnya. Kalau Kak Sue mengelabah juga lah, Kak Sue pun baru lalui juga kereta rosak kat Melaka hari tu,nasib semuanya okay..
ReplyDelete