Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

SERIKAN DIRI DI AIDILFITRI DENGAN GARNIER

Jenama Kecantikan berjaya mengumpulkan RM15,000 bagi memperkasakan wanita menerusi TechForGood

Assalammualaikum korang semua dan semoga semua sihat selalu. Aidilfitri sudah pun melabuhkan tirainya dan semangatnya tetap ada. Semangat bersedekah juga tetap ada bagi membantu orang yang memerlukan. Tahun ini Garnier Malaysia memberikan makna yang baru bagi Sambutan Hari Raya iaitu menersui kempen Serikan Diri di Aidilfitri menerusi rakan peruncit Mydin untuk menyumbangkan kembali kepada masyarakat.


Kempen yang dilaksana dengan kerjasama TechForGood adalah satu program di bawah Global Entrepreneurship Movement Association (GEMA). TechForGood adalah inisiatif yang meningkatkan dan memperkasakan komuniti mikro di Malaysia dengan memudahkan pembelajaran kemahiran baru yang dapat meningkatkan pendapatan mereka. Ianya ditubuhkan pada 2019, dan telah membantu seramai 500 ahli. 



bersama Nisa Kay...beauty blogger tapi sekarang dan jadi personaliti TV dah...Selamat berjaya dikk



Dan kolin berbesar hati dapat hadir sama di acara penutup kempen dan Garnier Malaysia  mengumumkan bahawa kolaborasi bersama MYDIN telah menberikan manafaat kepada TechForGood dalam dua cara iaitu:

1. Bagi setiap produk Garnier yang dijual di Mydin pada bulan Ramadan , RM0.20 akan disumbangkan kepada program. 

2. Bagi setiap perbelanjaan RM30 dan ke atas untuk produk Garnier yang dibeli sewaktu roadshow Mydin antara 24 sehingga 30 Jun, pembeli akan menerima tote buatan tangan atau beg pouch yang boleh digunakan semual yang di jahit oleh wanita yang di bawah program ini. 

Kempen ini diserikan lagi dengan barisan selebriti seperti Amyra Rosli, Shafiq Kyle dan juga Azira Shafinaz yang turut memberikan sokongan. Mereka yang muncul bersama di dalam drama bersiri di TV3 iaitu Serikan Hatimu  pada hari raya tahun ini turut hadir bagi menyatakan sokongan mereka terhadap kempen ini. 


terima kasih sebab sporting masa kolin panggil pandang belakang !!! Lebiuuuuuu
nak tangkap selfie berdua ramai sangat serbuuuuuu....semoga mereka murah rezeki!


Untuk maklumat lanjut mengenai kempen bermakna dari Garnier Malaysia ini, korang boleh lah ke https://www.facebook.com/GarnierMalaysia/

Kolin berharap lebih ramai lagi yang sudi menaja program kemasyarakatan macam ini. Kadang ramai wanita di luar sana ingin berjaya, cuma tak nampak jalan aje. Tahniah buat semua yang terlibat dan kolin bangga dapat hadir sama!!!! 



Salam Sayang,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you