Assalammualaikum buat semua bakal ibu, bakal bapa dan juga untuk yang ada anak kecil dekat rumah. Kolin ni dah lama tak ada anak kecil, jadi tak sangka betul lah sekarang banyak inovasi bagi memudahkan semua ibubapa dalam membesarkan anak sendiri dengan selesa dan selamat. Minggu lalu, kolin berkesempatan ke event NUNA yang melancarkan koleksi terbaru mereka iaitu 'The Threaded Collection". Buat yang tak tahu macam kolin, jenama ini adalah peneraju industri dalam kelengkapan premium dan bergaya bagi bayi. Direka dengan rekaan yang tidak lapuk malahan fabrik yang digunakan adalah berkualiti halus dan terbaik bagi memberikan keselesaan kepada bayi.
Di Supreme Global, yang memasarkan jenama ini mereka sentiasa memberikan produk terbaik bagi semua pelanggan mereka. NUNA yang terkenal dengan barisan produk yang melambangkan gaya berkekalan dengan keabadian palet warnanya yang tersendiri. Kalau nak tahu mereka juga memenangi pelbagai anugerah disebabkan itu ianya menjadi pilihan para ibu bapa di Malaysia.
"The Threaded Collection" dilancarkan dengan pelbagai produk termasuklah kereta sorong bayi, kot perjalanan, serta kerusi kereta bayi. Sentiasa memastikan keselamatan bayi, rekaannya sudah tentu memberikan keadaan selesa bagi si manja. Dan kalau korang nak tahu, kadar statistik juga menunjukkan banyak kemalangan melibatkan bayi dan anak kecil disebabkan tidak ada pengunaan kerusi bayi atau kanak-kanak di dalam kereta. Dan sejajar itu, misi kerajaan dalam pada tahun 2020, memastikan setiap kanak-kanak di dalam kereta diberikan kelengkapan yang baik sebelum memulakan perjalanan .
Yang dilancarkan ialah PIPA lite Ix iaitu kerusi kereta ringan yang ada tali pinggang untuk si manja. Ianya juga mengunakan busa Aeroflex untuk mendapatkan rangka yang tahan lasak dan menyerap hentakan sementara fabriknya pula menawarkan ketahanan dan perlindungan impak sampingan.
REBL plus pula mempunyai teknololgi sekukuh keluli. Ianya memilik keupayaan 360 darjah membolehkan kita menukar posisi dengan mudah. Memudahkan kita juga untuk bawa keluar dari kereta. So bukan laa satu arah sahaja. Dan model ini boleh digunakan sehingga anak mencecah 105sm atau sekitar umur 4 tahun. Di dalam majlis ini juga pihak MIROS ada bersama bagi memberikan pendidikan kepada semua ibubapa mengenai kepentingan adanya kerusi bayi dan kanak-kanak. Ianya mencegah kecederaan dan melindungi mereka sekiranya berlaku musibah di dalam kenderaan.
Dan antara produk yang lain ialah DEMI grow. Ianya mudah dilipat dan simpan kerana hanya ruang minimum yang diperlukan. Palang pemegang yang boleh diubahsuai dan dipasang dengan mudah. DEMI grow juga disertakan dengan teknologi progresif, suspensi kukuh dan memudahkan korang bersiar bersama si manja di taman atau di mall. Sebab ianya sesuai untuk semua permukaan jalan tau.
Selain itu ada juga DEMI carry cot, ianya ada kanopi dan memberi perlindungan sehingga UPF50++ serta pelindung mata untuk bayi. Panel udara berintergrasi memberikan keselesaan tambahan kepada bayi anda. Ada juga MIXX bakul yang dilengkap dua kompartmen dan memilik ruang tersembunyi yang luas untuk keperluan bayi dan korang juga. Dan sangat versatil untuk bayi malah sistem brek roda di belakang memberikan suspensi kepada semua roda untuk perjalanan yang lancar. Selain itu SENA aire adalah cot mudah alih yang mampu menyediakan ruang khas untuk anak korang di mana-mana sahaja. Rekaan yang terkini dan aliran udara juga adalah yang terbaik. Tilam disertakan dengan rekaan berzip yang boleh dibasuh juga dikeringkan. Tapak yang tidak mudah tergelincir membolehkan anak-anak tidur lena tanpa gangguan.
Paling best LEAF Curv tu...buaian yang telah menerima pengiktirafan menyerupai gerakan sisi ke sisi seperti buaian dodoian sebenar. Tanpa bateri atau plug tau..ianya perlu ditolak perlahan dan bayi terus dihayun dengan tenang tau. Fabrik kapas dengan pengiktirafan Oeko-tex boleh dibasuh mengunakan mesin ini membuatkan bayi terasa selamat dan selesa. Dan boleh kolin katakan ianya pelaburan masa pangjan dan boleh digunakan sehingga berat 60kg tau.
Masa event tu ada prototaip Nuna Leaf..sempat lah kolin cuba. Aduhai seronok kalau tidur dibuai begituuuuu... Sempat juga selebriti Mia Ahmad try bersama baby Issa.
Buat korang yang mencari 'gadjet' untuk bayi kesayangan sila ke laman sesawang rasmi Supreme Global. Untuk lebih maklumat sila ke www.supremeglobal.com.my atau www.facebook.com/NunaMY
Paling best LEAF Curv tu...buaian yang telah menerima pengiktirafan menyerupai gerakan sisi ke sisi seperti buaian dodoian sebenar. Tanpa bateri atau plug tau..ianya perlu ditolak perlahan dan bayi terus dihayun dengan tenang tau. Fabrik kapas dengan pengiktirafan Oeko-tex boleh dibasuh mengunakan mesin ini membuatkan bayi terasa selamat dan selesa. Dan boleh kolin katakan ianya pelaburan masa pangjan dan boleh digunakan sehingga berat 60kg tau.
ini laahh protaip Nuna Leaf untuk dewasa...tak dijual leerrrr
antara selebriti yang hadir Ramona Zam Zam
antara selebriti yang hadir Mia Ahmad
Masa event tu ada prototaip Nuna Leaf..sempat lah kolin cuba. Aduhai seronok kalau tidur dibuai begituuuuu... Sempat juga selebriti Mia Ahmad try bersama baby Issa.
Buat korang yang mencari 'gadjet' untuk bayi kesayangan sila ke laman sesawang rasmi Supreme Global. Untuk lebih maklumat sila ke www.supremeglobal.com.my atau www.facebook.com/NunaMY
Salam sayang,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you