Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Pertama di Malaysia dari DASHING - 1st Semburan Deodoran + Wangian Badan untuk Lelaki

Salam sayang dan assalammualaikum kesayangan semua. Salam jumaat dan mesti korang semua banyak jemputan untuk ke rumah terbuka beraya kan. Sebelum itu, kolin nak berkongsi dengan korang semua produk terbaru dari Dashing iaitu yang pertama semburan deodoran + pewangi badan iaitu DASHING DEO +PERFUME. Maknanya kalau nak pakai tak payah, lepas sembur deodoran dan lepas tu sembur perfume atau pewangi. Ini adalah 2 dalam 1 yang memudahkan semua orang. Tak ketinggalan kolin perkenalkan produk ini kepada anak bujang kolin yang sudah pun Form 1. Ali Imran kini dah remaja, so memang ada keinginan berdandan kan. Dah reti pakai pencuci muka, pewangi badan, deodoran dan syampu yang sesuai. Memang terbaik lah DASHING yang baru sahaja melancarkan produk ini bagi memastikan kaum adam kekal menjaga penampilan diri. 





Pengunaan satu produk untuk badan berbau wangi dan hebat adalah idea yang terbaik. Lebih ringkas dan Dashing pula memahami kehendak dan keperluan lelaki malahan terus memberikan penyelesaian. Dirumus dengan wangian Dashing Eau De Toilette, dengan haruman maskulin kekal sepanjang hari. Dalam agen anti bau dan anti-bakteria  ianya memberikan perlindungan selama 24 jam terhadap bau badan ye. Itu lah yang kolin suka sebab anak-anak remaja ni kan cepat aje berpeluh. Semburan deodoran biasa boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu manakala DASHING DEO + PERFUME ini dapat bertahan lama sebab satu botol memberikan sehingga 880 semburan, tahan selama 146 hari ye...jimat! Kalau di kira-kira mau bertahan selama 5 bulan untuk sebotol. 



Bersaiz 120ml dengan bentuk botol yang ringkas untuk dibawa ke mana sahaja. Ada 4 jenis DASHING DEO + PERFUME yang diperkenalkan iaitu HATTRICK, ULTIMATE KICK, SPEED dan HITMAN. 



Dijual pada harga RM12.90 satu dan boleh beli di mana-mana pasaraya terkemuka di Malaysia. Korang yang tau lebih banyak boleh lah ke laman https://www.facebook.com./Dashing.MY/ atau instagram mereka https://www.instagram.com/dashing_my/

Buat kaum ibu macam kolin yang ada anak remaja, boleh lah cuba bagi anak-anak kita gunakan ini. Ye lah..kalau satu deodoran, satu perfume, mungkin anak-anak terlupa nak guna. Maklumlah mereka baru mula nak guna. Tapi kalau inovasi macam ni, sebotol terus memberikan kesan yang baik untuk ketrampilan dan menghilangkan bau badan selama 24 jam, kolin rasa memang terbaik! Lepas ini tak ada lah masalah terlupa pakai deodoran dan perfume lagi kannn...ali imran :)



Love, 

Kolin Zainal 

1 comment:

  1. Good product to use for men!

    Take a look also and be interested to purchase my displayed acrylic paintings to you with the following titles and url or links.

    https://artloftasia.com/products/mixed-berries-with-caramel-sauce

    https://artloftasia.com/products/henderson-wave

    https://artloftasia.com/products/the-suntec-mall-fountain-of-wealth

    ReplyDelete

loving me..loving you