Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PROMOSI SATU JUTA TIKET BERHARGA DARI RM0.00 UNTUK DIMILIKI - VietJet Malaysia


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ini kolin nak cerita pasal berjalan atau kata baiknya melancong. Ini lah dia khas buat semua kaki travel atau kaki mengembara. Promosi 1 juta tiket harga bermula dari RM0 telah pun bermula. Vietjet kini memberikan tawaran istimewa bagi semua yang ingin keluar travel pada musim panas ini. Korang boleh lah ke Vietnam sendiri atau di mana-mana daerah, dengan promosi terbaru mereka iaitu "FLY FOR LOVE - SHOW YOUR SUMMER VERSION"

Sebenarnya tak sabar betul kolin nak booking. Kini kita dah ada pilihan untuk terbang jauh wei...


Jualan yang bermula dari 19 Jun sehingga 21 Jun 2019, bakal menawarkan sebanyak 1 Juta tiket ekonomi berharga RM0 (*excluding taxes, fees) boleh dibeli bermula jam 1.00 tengahari sehingga 3.00 petang waktu Malaysia. Tawaran ini diberikan bagi tarikh 20 Ogos 2019 sehingga 31 Disember 2019 (** Excluding National Holidays). 


Tiket promosi hebat dari Vietjet ini adalah untuk semua destinasi domestik di Vietnam dan ada juga destinasi antarabangsa  ye. Antaranya Vietnam ke Malaysia, Bali, Seoul, Busan, Daegu, Kaohsiung, Taipei, Taichung, Tainan, Hong Kong, Singapore, Bangkok, Phuket, Chiang Mai, Yangon Siem Reap dan juga beberapa daerah lain di Thailand. Malahan yang suka mengembara dari Vietnam ke negara matahari terbit iaitu Jepun juga bakal menikmati tawaran istimewa ini. Harga tiket yang cukup berbaloi kalau korang beli waktu promosi ini lah. Pastikan dari jam 1.00 tengahari sehingga 3.00 petang ye. Buat makluman korang juga, Vietjet telah meluaskan pasaran mereka di seluruh Asia. Bagi membeli tiket promosi korang terus beli online, klik di sini www.vietjetair.com  atau mobile apps Vietjet Air. Lagi satu informasi yang boleh korang semak di https://www.facebook.com/VietjetMalaysia (cuma klik butang 'Booking').


Vietjet Summer Campaign memberikan kelebihan kepada orang yang suka melancong atau mengembara macam kolin ler hahha. Malahan yang suka keluar dari zon selesa dan mengapai impian mereka melihat dunia luar. Kempen ini juga memberikan orang yang mengutama bajet kan. Ini lah masa kita ambil kesempatan dan dapatkan tiket yang lebih berbaloi untuk melancong. Lagi satu, musim panas adalah yang terbaik untuk ke mana-mana dan sertai aktiviti yang ada di negara orang. 

Bukan itu sahaja tau, Vietjet juga memberikan hadiah istimewa dan juga eksklusif kepada seiapa yang menaiki penerbangan Vietjet dengan memakai 'cosplay costume' dari 1 Jun sehingga 31 Julai 2019. Maklumat lanjut dalam facebook mereka okay. Bermula operasi pada tahun 2011, kini mereka telah meluaskan sayap dan memenangi hati pelanggan mereka. 


Vietjet yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik buat yang sudi, menawarkan kapal terbang baru, tempat duduk selesa dan makanan yang sedap, sudah pasti memberikan satu sisi lain. 'Cabin crew' atau anak kapal mereka juga dijamin memberikan perkhidmatan yang baik sepanjang penerbangan. 

Tunggu lagi tak guna, esok cepat-cepat layari laman web mereka dan booking terus. Dah lah murah...bila lagi nak dapat tiket promosi macam ni kan. Promosi 1 Juta tiket sudah bermula...tak sabar nak ke Phuquoc, Vietnam lah...ala tempat yang ada arca gajah tepi laut tuuuuu..Jangan tak booking okay!!

Love, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you