Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Photoshoot raya sambil beramal bersama CVS PRODUCTION

Assalammualaikum dan selamat berhari raya korang semua. Sekali lagi tahun ini kolin sekeluarga tak ketinggalan nak photoshoot raya tau. Dan tak lain tak bukan pilihan kami adalah CVS Production. Sebab dalam memenuhi kehendak kami yang nak bergambar pagi raya tu, dapat juga kami bersama-sama menderma tau. Untuk pengetahuan korang semua, hasil yang diterima akan didermakan sebanyak 10% kepada PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN AN NUR RAUDAH BALAKONG SELANGOR. Itulah antara sebabnya kami memilih ber-photohoot raya kat sini. 






Buat pengetahuan korang, dah hampir 3 tahun mereka dah buat promosi ini. Kolin sekeluarga memang suka nak merakam gambar raya kami setiap tahun, sebab ini semua lah kenangan buat kami sekeluarga nanti. Satu lagi harga yang ditawarkan adalah murr murr aje. Jadinya kenapa pula nak lepaskan peluang kan, rugi laaa oii. Kalau dah ada yang murah, kenapa nak cari yang mahal kan. 












Jangan lupa call atau whatsapp untuk booking tau. So ini antara informasi yang perlu korang tahu sebelum nak booking. 

Pakej yang ditawarkan adalah seperti kat bawah ini mengikut bajet korang lah. Kalau nak jimat boleh ambil yang paling murah dan paling penting layanan masa korang ke studio tu mesra sangat, macam kawan dah kenal lama. Apa salahnya tahun ini, kita yang selalu photoshoot kat luar tu, datang studio dan abadikan gambar kenangan kita sekeluarga atau bersama yang tersayang macam kawan-kawan baik kita kan. Mana lah tahu, tahun depan ada penambahan atau pengurangan boleh juga simpan buat kenangan. 

RM49
-10-20 minit white studio
-10 edited pictures + max 4 orang
- soft copies (15 gambar)

RM69
-20-30 minit white studio
- 15 edited pictures + max 4 orang
- soft copies (25 gambar)

RM200
- 40-60 minit white studio 
-25 edited pictues + 20 orang
-soft copies (25 gambar)

Untuk tambahan pula, tambahan semua gambar RM50. 
Poster frame: 16"x 24" RM100 / 10" x 15" RM60

Tambahan orang adalah RM20 untuk seorang (bayi yang tak boleh berjalan adalah percuma). Dan percuma E-Card Raya iaitu kad ucapan raya digital (jika photoshoot di studio Balakong sahaja). Senang sahaja korang boleh Whatsapp / SMS sekarang di talian 016-666 4034 (faiti). Cepat booking sekarang sebab karang slot penuh sebab harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan. Itu yang asyik penuh aje, sampai lah kolin dapat booking hari jam 8.30 malam selepas berbuka. 

Lokasi studio adalah di Cheras Balakong iaitu B-28-2, Dataran C180, Jalan C180/1, 43200 Cheras, Selangor untuk waze korang kena cari C180 Cheras Selatan / CVS Production (above Dr. Voon Clinic & One Print Ads).

Tahniah dan syabas kepada CVS Production kerana menawarkan pakej yang sangat menarik ini. Kolin sendiri rasa ianya berbaloi untuk korang pergi dan support sekali kerja amal mereka. Sedikit sebanyak dapat membantu tau. Satu lagi yang mengusahakan perniagaan ini adalah bumiputera dan pastinya dengan semangat sebegini kolin percaya ianya pasti membuahkan satu kemanisan buat pemiliknya. 

Jangan lupa korang, booking ye. Promosi ni sampai laaaa raya habis ....jangan tak pergi, sebab rugi. Bila lagi weiiii nak perasan bergambar ala-ala retis kat studio tuuuuu...


Love, 

Kolin Zainal 



No comments:

Post a Comment

loving me..loving you