Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Dewan acara perkahwinan MAGICA EVENTS & FUNCTION HALL terbesar di Subang Jaya

Assalammualaikum semua ! Berita baik buat semua yang mencari tempat nak mengabdikan majlis perkahwinan di tempat yang istimewa. Dewan acara yang terletak di kawasan strategik kejiranan Subang iaitu MAGICA Events and Function Halls merupakan dewan acara terbaharu dan terbesar pernah dilancarkan. Terletak di tingkat 4 Star Avenue Lifestyle Mall, MAGICA merupakan dewan agam yang direka dengan dekorasi mewah dan indah berdasarkan konsep hiasan dalaman Eropah yang moden dan dilengkapi fasiliti serba lengkap untuk korang semua. 


Bersempena dengan bulan Syawal yang indah ini, MAGICA bermurah hati mengadakan majlis bagi meraikan rakan media, rakan bisnes dan para pelanggan bersama menghadiri prebiu ekslusif Hari Terbuka julung-julung kali yang diadakan. Masa inilah semua tetamu boleh datang dan lihat sendiri betapa lawanya dekorasi mewah di sini. Dengan limpahan lampu-lampu indah sudah tentunya memberikan sisi lain kalau kita buat majlis kahwin kita kat sini kan. Hari istimewa ini dianjurkan dengan kerjasama lebih daripada 20 rakan vendor daripada industri termasuk katerer terkenal, perunding perkahwinan tekenal, pakar dekorasi dan pelbagai pakar dalam bidang menganjurkan acara. 




MAGICA ada 3 dewan utama iaitu Magical Hall, Classic Hall dan juga Garden Hall. Haaa...bakal pengantin pilih sahaja yang mana. Sekarang memang orang suka buat kat dewan aje sebab tak mau kotor rumah. Malahan kalau kat dewan sejuk dan siap dekorasi indah. Itu yang MAGICA mahu berikan kemudahan dan juga merealisasikan impian bakal pengantin. 

Dewan yang boleh memuatkan 7,000 tetamu pada satu-satu masa, setiap dewan boleh juga berfungsi secara berasingan dengan rekaan dalaman yang tersendiri untuk memenuhi konsep dan permintaan  tau. Ini lah dia masanya, hari terbuka untuk semua datang dan rasai sendiri kegemilangan di dewan ini. 

Magical Hall

Dewan utama yang menampilkan interior ekstravanga dengan dekorasi penuh lampu candelier ini memukau semua tetamu. Juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal sudah tentu membuatkan ianya nampak di dalam kelas tersendiri. Berada di tengah dewan pentas utama iaitu lantaian kaca sepanjang 22 meter memberikan satu sisi mewah untuk yang menganjurkan majlis di sini. Malahan penataan cahaya canggih juga memainkan peranan di sini. Mampu memuatkan sehingga 3000 tetamu satu-satu masa ianya sudah tentu memukau setiap tetamu yang hadir. 






Classic Hall

Terletak di kanan Magical Hall dan berkeluasan 12,000 kaki persegi dan dihiasi dengan bunga-bungaan bersama hamparan karpet merah. Dewan yang memberikan suasana romantis ini sudah tentunya memenuhi citarasa yang mahukan majlis memberikan satu kenangan indah seumur hidup. 







Garden Hall

Dewan Acara ini pula menampilkan suasana ala hutan atau garden yang dipenuhi kehijauan yang membayangkan taman nan damai dan sesuai untuk yang mahukan majlis yang lebih santai. Selesa dengan 250 tetamu dengan susunan meja atau 700 tetamu secara buffet, dewan ini dilengkapi suasana puitis yang berlatarkan irama semulajadi kicauan burung dan deruan air terjun. 







VIP Suite Room

Untuk acara yang lebih kecil, korang boleh menempah bilik suite ini yang menempatkan 40 sehingga 80 tetamu dan sememangnya sangat selesa. Nak bermesyuarat di sini pun boleh. Yang penting fasiliti dia terbaik tau. 





Yang paling penting, sepanjang hari terbuka, MAGICA dan rakan vendor telah menghadiahkan cenderamata kepada setiap tetamu yang hadir. Kita yang tetamu ini memang lah akan teringat-ingat hidangan yang sedap, tempat yang lawa dan selesa ini selalu. Korang yang bakal mengadakan majlis tu, sila lah ke sini segera. Tengok sendiri okay, nak tengok lebih banyak sila ke hashtag #magicawedding atau #magicaeventhalls okay. Kolin pasti ramai yang berkongsi tempat indah ini dengan semua. 

salam sayang, 

kolin zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you