Waaahhhhh...assalammualaikum semua! I am back hahahah. Di syawal yang ke 7 baru mula kerja, baru jenguk blog yang sendu ini. Semoga korang yang singgah sini, diberikan kesihatan yang baik ya. Maklumlah dah makan macam-macam masa beraya kan. Penat puasa sebulan, tak kurus pun hahahhaha mengata diri sendiri.
Semalam cuti sekolah terakhir, kolin sempat lah spend masa dengan alisa ke Sunway Putra Mall. Macam biasa keadaan agak sunyi lah, tapi apa ada hal, memang kami nak pergi Mall sesaja nak perabis duit raya hihih. So pergi makan sushi king, beli barang nak masak rendang kat Jaya Grocer bawah tu. Beli situ senang sebab semalam juga kolin nak hantar ali imran ke asrama semula. Tu yang masakkan dia rendang ayam dan jua nasi impit buat makan sesama kat dorm nanti. Selesai makan dan shopping naik lah aras G sambil nak tengok-tengok kalau lah ada SALE yang bersisa kan.
Yang best, ada photoboth free lah!!! Memang percuma Sunway Putra Mall belanja uolss. Korang boleh posing macam kami berdua dan dapat lah hardcopy, bagi email dan dapat juga softcopy. Buat kenangan tau, kalau upload IG jangan lupa ON hashtag #SunwayPutraMall dan #BungaBungaRaya.
Ada sekeping lagi gambar last tu, orang tu lupa nak tekan send ke email kut. So tak ada lah soft copy gambar sweet mak dan anak peluk-peluk. Korang yang nak begini, sila lah ke Sunway Putra Mall tuuuu...rasanya last weekend ni kut. Seronok wei, dekorasi cantik-cantik, boleh pakai baju raya OOTD banyak-banyak kat sana ye. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin korang semua!!!!
Salam Sayang,
kolin zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you