Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

AIDILADHA HI-TEA BUFFET DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES, SHAH ALAM

 Assalammualaikum korang dan Salam Sejahtera. 

Hari Raya Aidiladha bakal menjelma hari ahad nanti pada 10 Julai 2022. Buat korang yang ingin meraikan dengan cara lebih istimewa bersama keluarga boleh lah ke Royale Songket Restaurant, Mardhiyyah Hotel & Suites bersama-sama menjamu selera dengan buffet istimewa dari mereka. 


Royale Songket menghidangkan menu Hari Raya Aidiladha pada harga RM115nett untuk dewasa dan RM65 untuk kanak-kanak berumur 6 - 12 tahun. 

Korang boleh bersama-sama enjoy Aidiladha Hi Tea Bufffet ada ketupat, lemang  serunding ayam, tauhu sumbat kuah kacang, popia basah udang geraau, beef 7 endamame salad with teriyaki mayo dan pelbagai lgi. 


Selain itu highlight untuk buffet ini ialah nasi mandy, briyani kambing, wok fried lala szechuan sauce, seafood hokkien noodle,  rendang tok, ayam masak merah delima, breaded fish fillet with lemon mayonaise dan sauteed green vegetables. 

Kalau yang gemar pada menu barat atau western pula Mardhiyyah Hotel & Suites ada menghidangkan mustard rub leg of lamb with mushroom, roasted vegetables and baked cheesy potato, creamy bean stera mushroom dan satueed green vegetables dan pelbagai lagi jenis pasta pun ada. 

Selain itu untuk Asia Station ada Japanese dan Chinese Food juga. Ada sashimi and octopus, tempura mariowase, seafood and vegetable, pau dan dim sum dengan pelbagai inti antaranya kacang merah, kaya, kelapa manis, sambal ikan bilis, siew mai, har kow, prawn leaf dumpling dan jade crystal bun. 



Kalau dah Hi Tea mesti lah ada pemanis mulut juga kan. Antara yang ada nanti ialah chocolate lamington, mango cheese cake, salted creme caramel, custard eclair, black forest, kuih muih melayu, agar-agar, bubur dan jangan lupa chocolate fountain pun ada. 



 

AIDILADHA HI TEA BUFFET DI ROYALE SONGKET

Buffet ini akan bermula dari jam 2.30  sehingga 6.00 petang. Pada 10 Julai 2022 dan korang di galakkan buat penempahan awal di talian 03-55118811 ext 2612 (Royale Songket Restaurant) atau whatsapp sahaja di talian 019-2616847. Semua hidangan adalah dijamin halal oleh JAKIM & JAIS.

 

Jangan lupa okay, raikan aidiladha dengan meriah pada tahun ini. Untuk lebih lanjut boleh klik www.mardhiyyahhotel.com atau laman sosial MARDHIYYAH HOTEL & SUITES yang lain. 

AIDILADHA HI-TEA BUFFET DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES, SHAH ALAM

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you