Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

ROTI CANAI SARANG BURUNG VIRAL

 Assalammualaikum korang semua.

Kalau korang teringin nak rasa ROTI CANAI SARANG BURUNG ada satu tempat yang korang boleh cuba. Terletak di Medan Selera Raja Muda Abdul Aziz berdekatan dengan Hospital Besar Kuala Lumpur sahaja. 

Kawasan medan selera memang agak usang dan lama. Tapi kat sana banyak betul hidangan sedap-sedap yang boleh kita cuba. 

Antaranya Gerai Julia Azliza(korang boleh follow FB dia okay). Kat sini boleh lah try roti canai sarang burung viral. Ada ayam atau daging dan harganya RM6 untuk sekeping. 

Harga tu kena lah, sebab nak buat sarang tu kan 2 keping roti canai, satu lapisan bawah, satu keliling. Lepas itu 2 biji telur pulak, dia tambah pulak daging atau ayam cincang berempah atas roti canai tu dengan cili dan daun bawang.


Kalau korang nak pergi takut kedai tutup, boleh lah call dulu. Kalau nak buat penempahan nak makan kat rumah pun boleh. Sebab kat sini memang terhad kerusi dan meja yang disediakan. 

Roti Canai Sarang Burung ni turut dihidangkan dengan kuah dhal dan jua sambal, macam roti canai biasa. 


Anak-anak suka makan roti canai sarang burung ni. Kolin dah try memang makan satu aje dah kenyang. Terasa la daging atau ayam tu, tak rugi kalau korang nak try. 

Tapi selepas try kolin suka lagi roti canai tampal hahaha. Memang kegemaran dari dulu.


Nanti datang lah cuba sendiri roti canai sarang burung viral kat KL ni. Kolin review 3/5

Boleh kalau nak cuba, mana tau korang suka kan. Terima kasih akak yang melayan saya hari tu. Layanan kat sini memang mesra betul. Terima kasih kak! Ada rezeki saya mai lagi ya....

ROTI CANAI SARANG BURUNG VIRAL

 

1 comment:

loving me..loving you