Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

ISLAND HOPING DI YAN KEDAH - PULAU SONGSONG DAN PULAU TELOR

 Assalammualaikum korang semua!

Tak sangka kat Yan, Kedah pun ada ISLAND HOPING! Selalu ke Pangkor, Langkawi, Perhentian...nah kat Daerah Yan pun ada lerrrr

Rezeki syawal ke 4, kolin sekeluarga dapat merasa memancing di Tuas, Yan Kedah. Sambil memancing dapatlah island hoping sekali. (baru sempat nak up story ni wei..dari raya hari tu)

Inilah dia bot yang akan bawa kami Island Hoping dan memancing. Nama pemandu pelancong kami Chu'en. Memang ramah dan kalau korang nak booking boleh terus call dia 0195299227 Chu'en

Serius terbaik servis Chu'en ni.


Disebabkan air agak surut masa tu, masa nak turun kat bot tu agak 'thrill' sikit. Tapi jangan risau nanti Chu'en ajar macam mana nak turun. 

 


Mesti korang tertanya-tanya TUAS tu apa kan. Ianya adalah tempat kat tengah laut, dia pacak buluh atau kayu, jadikan tempat tu tempat ikan bermain. So kalau korang datang mancing kat situ memang banyak lah ikan!Kalau nasib korang baik..boleh bawak naik ikan tenggiri woiii. Mahal tuuu...




HARGA UNTUK TRIP INI

Sebelum cerita betapa bestnya  memancing di tengah laut atau TUAS tu. Kolin mulakan dari mula-mula perjalanan okay. Supaya sesiapa yang plan nak pergi nanti boleh buat persediaan lengkap. Jangan risau trip ini mesra keluarga...bukan tuk orang lelaki sahaja ye. 

Harga yang dikenakan berbaloi kalau dikongsi beramai-ramai.

Satu bot maksimum 7 orang sahaja.

1. Kalau nak dihantar ke pulau dan set time nak ambil bila mengikut korang ianya RM400 sahaja. Kalau nak camping pun boleh kat Pulau Songsong tu ada air perigi tapi tak ada penduduk ya. Memang adventure lah. 

2. Trip island hoping boleh pilih pulau mana nak lepak. Ronda 4 pulau, siap ada lunch (lauk pauk kampung) dan snorkeling pun disediakan juga RM700 sahaja.

3. Trip memancing di TUAS. Dari pagi sampai ke petang memancing. Dalam 8 ke 10 jam memancing di tengah laut. Ada makan tengahari disediakan, lauk kampung lah korang. RM700 untuk tempahan satu bot. 

ni lah dia chu'en 
 

Bot Chu'en ada tandas ye. Dan kalau korang tak sempat nak sediakan umpan atau batang pancing boleh deal terus ya. Apa-apa boleh request sahaja. Dalam 2 jam dari tempat bot tu ke tengah laut lah lebih kurang. 

Antara pulau yang kolin ingat Pulau Bidan, Pulau Telur dan Pulau Songsong.

DIARI PERJALANAN KAMI SEKELUARGA

9.00 pagi: Kami sekeluarga berkumpul di Jeti Pangkalan Sungai Udang. Bot di parkir di sini. Masa ni dah siap beli umpan (udang), makanan banyak2 (nasi lemak, mee goreng,kuih muih segala-gala), air mineral (sila beli byk), kudap-kudapan dan jangan lupa sapu krim pelindung matahari siap-siap. Setelah siap segala, kami pun bertolak perlahan-lahan meninggalkan kawasan jeti. Slow-slow aje masa ini, tak leh laju. So dapatlah tengok bot-bot lain dan pemandangan sekitar kampung. 


Pulau Songsong

Dalam 15 ke 20 minit bot sampai. Ikutkan tak jauh pun. Masa ni kami hanya ronda-ronda sahaja. Kalau korang nak tahu, kat sini boleh berkhemah dan juga berkelah. Ada air telaga ya sebagai sumber air. Dan masa kami sekeluarga sampai dah ramai juga orang. Ada yang sedang makan-makan dan mandi manda.  



Air memang A+, jernih sangat-sangat. Kena dengan musim korang boleh candat sotong kat sini. Sini memang orang suka berkhemah. Satu hari nanti kami sekeluarga nak cuba wei. Lawa sangat..

PULAU TELUR

Pulau ini agak kecil dari Pulau Songsong. Masa sampai ada satu keluarga sedang berkelah. Kami pun parking bot dulu buat aktiviti snorkeling dan mandi manda. Kat sini memang terasa macam private island lah. 

 





Tak ada orang langsung. Buat korang yang asyik pergi tempat yang dah popular tu, baik tukar angin ke sebelah Yan, Kedah pula. Tempat lawa sangat wei..untouchable gituuu. Lebih kurang sejam lebih kami buat aktiviti snorkeling, kami terus ke TUAS yang terdekat untuk memancing. 

APA ITU TUAS?

inilah orang panggil TUAS. Pacak buluh...sedalam-dalam air laut tu.

Inilah dia TUAS tempat orang memancing di tengah lautan tu. Memang sayup...pakai sunblock weih. Trip ni memang habis kolin sunburn.

Dia memang terbuka tempat memancing tengah laut. So terpulang lah kepada rezeki korang memasing. Pada kolin yang minat memancing akan rasa berbaloi sangat. RM700 untuk 8 ke 10 jam memancing, puas hati kan. 

cubaan sekali..terus naik ikan hahah




Selesai kami memancing, sempat snorkeling sekejap di Pulau Songsong. Dalam jam 5.30 petang kami minta pulang sebab dah penat dan bekalan makanan dah habis hahaha. Nasihat kolin, sila bawa banyak makanan okay. Beli nasi lemak 20 bungkus tau. 


 

Itulah dia pengalaman kali pertama kolin Island Hoping di Yan Kedah. Memang teruja sangat, hope dapat ulang semula bila balik kampung. Terima kasih Chu'en atas layanan baik dan mesra. 

Nak booking call Chu'en 0195299227 okay. Sekian kisah ISLAND HOPING DI YAN KEDAH - PULAU SONGSONG DAN PULAU TELUR 

 


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you