Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MAKAN: Berbuka puasa di Shah's Village Hotel, Petaling Jaya

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Walaupun dah 12 Ramadan, kolin percaya korang masih tercari-cari tempat nak lepak berbuka puasa dengan keluarga dan kawan-kawan, betul tak? Kolin berbesar hati nak kongsi dengan korang, tempat buka puasa yang terletak di Lorong Sultan, Petaling Jaya tau. Iaitu SHAH'S VILLAGE HOTEL yang berdekatan dengan Amcorp Mall tu. Buat yang tidak tahu, hotel ini adalah antara hotel yang terawal dibuka di Petaling Jaya tau. Pelbagai sejarah dan butik hotel ini adalah antara yang paling lawa tamannya kalau kolin tengok. Siapa rindu bali, suka hiasan taman ala-ala bali tu. Jemputlah ke sini dan sebelum berbuka boleh lah korang pergi photoshoot di taman dan kolam renang yang terletak bersebelahan dengan restoran untuk berbuka puasa. 





Hanya RM60nett untuk dewasa manakala kanak-kanak dan warga emas RM45nett, hidangan di sini menjanjikan lebih kepada lauk pauk kampung. Siapa yang rindu nak berbuka dengan lauk yang lebih simple, lebih kekeluargaan boleh lah berbuka di sini. Menampilkan pelbagai jenis juadah untuk semua tetamu mereka menjadi keutamaan. Itulah sebabnya ada cendol, aiskrim dan pelbagai ulam mahupun kerabu. Kolin paling suka bergedil mereka, sempat puji chef mereka tau. Bergedil tu kolin makan 4 ketul tau, terus padat perut selepas berbuka.











Selain itu, ada jua pelbagai manisan tradisi dan moden buat yang suka makan manis-manis selepas berbuka. 







Sebelum korang nak buat tempahan, kolin kena lah beritahu yang hotel ini sedang diubahsuai tau. So kalau datang masuk ikut tepi hotel di restoran ya. Ubahsuai belum siap lagi uolsss..nanti dah siap, tak sabar kolin nak share. Pasti lagi lawa dan selesa kan.







Buat korang yang nak cuba makan berbuka puasa di sini, sila lah hubungi mereka di alamat seperti di bawah okay.

No. 3 & 5 Lorong Sultan
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan 
Tel: 03-7956 9322
Fax: 03-7955 7715 

Untuk mengelakkan tempat makan takde tu, lebih baik buat booking dahulu tau. Kolin sekeluarga dah cuba dan sedap bufet ramadan mereka macam masakan kat rumah. Kredit kepada chef yang masak. Memang terasa masakan kampung tu.


looking at this picture, i miss Bali...badly



Jemput datang ke Shah' Village Hotel dan pastikan korang posing lawa-lawa kat area pool tu okay. Selamat berbuka semua !!

Love, 

Kolin Zainal




2 comments:

  1. tempat macam tenang tapi cozy .. hidangan menu pon not bad!

    ReplyDelete
  2. tgk pool bln puasa ni trus rs nk terjun haha...not bad juga menu2 nya

    ReplyDelete

loving me..loving you