Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

EVENT: Romantic Raya Collection 2018 dari Butik NovemberMate

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Bahang Hari Raya Aidilfitri dan terasa kan, walau pun kita belum lagi nak berpuasa. Mungkin bahang tu lebih kepada mak-mak, kakak-kakak atau lebih tepat bahang tu kat kolin ni lah. Awal-awal dah mencari baju atau fesyen apa yang nak digayakan masa beraya nanti. Tidak melepaskan peluang, memenuhi undangan dari November Mate, lokasi mereka di 1-11-02 Bangi Sentral, Jalan Medan Pusat Bandar 7, Bandar Baru Bangi, Selangor. Tahun ini bertemakan 'Romantic Raya Collection 2018' menampilkan pelbagai koleksi warna pastel dengan hiasan bunga-bunga kecil sebagai pemanis busana mereka. 

 kaki shopping berkumpul dan berpadu tenaga
Semua kaki shopping dah berkumpul sekali dengan founder yang pakai tudung kelabu sebelah kolin tu, namanya Cik Intan. Inilah orang yang bertanggungjawab memastikan kejayaan butik NovemberMate ini tau. Korang kalau datang sini tenang aje nak shopping, sebab hiasan di sini cantik-cantik. 




kalau korang nak tahu, NovemberMate ini adalah butik vendor. Maknanya bukan sahaja koleksi mereka dipamerkan atau dijual. Ada juga koleksi dari vendor lain. Bila korang singgah di sin untuk membeli belah, pelbagai jenama yang boleh korang lihat. Bukan dari rangkaian NovemberMate sahaja tau. 






 Baju mak dan anak pun ada jugak. Jadi korang boleh lah bersama-sama anak sedondon kat sini. Atau lebih senang satu tempat dapat baju untuk semua orang. Swee dan simple sangat design mereka. Baru lah nampak romantik di hari

Lagi tambah menarik, butik ini juga menjual tudung, aksesori dan jua kasut. Boleh dikatakan kolin jatuh cinta dengan wedges kuning ini. Kuning kan warna kegemaran kita uolsss. Harga wedges ini RM119 tau, ringan, sedap pakai dan paling penting nampak stylo. Buat mak-mak atau kakak-kakak yang nak nampak manis boleh juga beli pelbagai kasut pumps yang dijual kat sini. Design lawa-lawa dan paling utama selesa untuk kita berjalan seharian untuk beraya nanti kan.  Kalau pada kolin, suka yang nampak elegan dan tampil lembut penuh kewanitaan gitu. 






Bagi yang mencari-cari, jangan tak pergi ke butik NovemberMate sendiri sebelum buat pilihan lain. Mungkin korang jatuh cinta nanti dengan koleksi mereka. Lagi best cari baju raya awal ni sebab nanti bulan puasa penat nak berjalan. Takut pulak saiz pun takde, atau pun lagi haru..bila puasa saiz S sekali dah raya terus saiz L balik hahaha. Apa pun jangan tak singgah ke butik atau pergi ke instagram mereka iaitu www.instagram.com/novembermate untuk pembelian online okay. Selamat hunting baju raya koranggggg




Love, 

Kolin Zainal 

2 comments:

loving me..loving you