Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MAKAN : Berbuka puasa ditemani deruan air sungai di BBQ LAMB KL Kemensah

Assalammualaikum dan salam sejahtera


Apa yang kolin nak kongsikan kali ini memang menarik giler. Giler tak menarik weii ..korang boleh makan malam atau berbuka puasa nanti ditemani oleh deruan air sungai Kemensah dan jua bunyi-bunyian unggas kecil di dalam hutan. Bukan lah hutan sangat pun, tapi memang mendamaikan lah. Buat warga KL mesti korang dah jemu nak berbuka di hotel atau restoran mewah kan, boleh lah beralih selera kat sini pula. Buat yang tahu, kali ini kolin review 
BBQ LAMB KL KEMENSAH yang terletak di Taman Melawati betul-betul di lokasi Zoo Negara tu. Nak senang waze aje tau. Jumpa ini dah boleh parking terus tau. 





Masa sampai tu dah gelap, sayang betul tak dapat tengok sungai mengalir tu. Tapi jangan risau, buat semua pembaca blog yang tersayang kolin kongsikan gambar suasana restoran ini diwaktu siang hari. Dah macam kat negara Jepun dah kolin tengok. Pemilik restoran ini yang mesra di panggil En. Zai dan Puan Mimie ini sememangnya menjaga kebersihan tempat mereka. Susah nak jumpa sampah, semuanya dijaga bagi memenuhi selera dan kebersihan tetamu yang hadir makan di sini. 









Ruang makan yang boleh memuatkan seramai 80 orang pada satu masa, ada tandas, surau juga disediakan dan ruang parking pun ada jangan lah risau ye. Tapi kali ini kolin nak berkongsi menu Berbuka Puasa yang boleh korang cuba okay. Ada 3 set yang boleh dimakan oleh 4 sehingga ke 6 orang. Inilah set yang ada di sini sepanjang bulan puasa nanti, sila pilih dan kalau boleh cuba semua. 

1. Set Seafood RM188 satu set



2. Set Daging RM188 satu set



3. Set Burung RM168 satu set



Semua set akan dihidangkan bersama kurma, puding, air minuman cocktail buah-buahan, herb rice (boleh tambah tau), sup kambing, salad/coleslaw serta 2 jug minuman yang korang boleh pilih. Inilah dia set untuk berbuka nanti kalau korang ke sini. 



Hari tu kolin ada cuba Kopi AbahKau, Chocolate Ice dan Carrot Juice, memang cukup memenuhi selera tau. Oh lupa nak bagitahu, korang nak air suam atau air sejuk satu jug atau lebih pun boleh, tanpa bayaran tau. 




Tau korang dah teruja, tapi kolin nasihatkan buat lah tempahan sebelum pergi berbuka atau makan kat sana. Sebabnya untuk menyediakan tempat korang dan makanan tu. Sebab makanan kat sini kebanyakkan di salai atau smoked terlebih dahulu. Diletakkan di atas pemanggang untuk tujuan pemanasan. So memang terasa laa, bau salai dan panggang tu sekali. Paling utama 3 sos yang ada dalam setiap hidangan tu, kalau rasa tak cukup, sila minta tambah. Owner kata percuma!!! Cuma korang jangan minta banyak-banyak dan membazir. Jangan membazir okay...amalan tak sihat gitu. 





Yang nak menempah untuk makan tengahari, malam atau berbuka puasa nanti sila call di 012-211400. Waktu operasi mereka dari jam 12.00 tengahari sehingga 4.00 petang. Dan bulan puasa nanti dari jam 7.00 petang sehingga 11.00 malam. Dan kalau perlu bawak lah baju anak-anak hahaha. Sebab tangga nak turung ke sungai, kolin pasti anak-anak korang bakal teruja tengok sungai waktu malam dan mesti ada adegan 'terbasah'. Satu lagi, tak cukup surau kat restoran, ada surau kampung dekat aje dengan restoran, boleh pergi jalan kaki. Tak mahu set, order ala carte pun ada. Try nasi kambing mereka pun boleh. Yang penting call dan order dahulu ye. 





Makanan memang sama semuanya di mana-mana, tapi yang 'mahal' keindahan berbuka puasa di dalam hutan. Damai, mempesonakan dan tentunya memberikan satu suasana baru buat korang sekeluarga. Kolin dah cuba, kolin dah pergi, yang pasti jaga alam sekitar kita untuk generasi yang bakal hadir okay. Nanti cuba makan tau, tak sedap bagitahu owner, kalau sedap pergi lah update bagitahu kawan hahaha. Jangan lupa upload dan #bbqlambklkemensah okay. Maklumat lanjut di IG mereka iaitu www.instagram.com/bbqlambklkemensah jangan lupa klik follow sekali okay. Inilah dia satu lagi tempat atau destinasi berbuka puasa yang menarik di Kuala Lumpur. Siapa cakap orang KL tak boleh merasai berbuka suasana kampung gitu...Kemensah ada, dekat aje.

Satu lagi hidangan istimewa mereka adalah "kambing" tu nama restoran pun dah bunyi LAMB kan. So buat peminat daging kambing datang sini, cuba sendiri dan mesti korang tak boleh lupa. 

Selamat berpuasa buat semua dan semoga tempat ini menjadi tempat memori berbuka puasa yang terindah buat korang. Terima kasih kepada BorakKita Media yang sudi menjemput kolin review hidangan di sini serta pemilik En. Zai dan Puan Mimie untuk hidangan yang lazat buat kami sekeluarga. Puas Hati!




Love, 

Kolin Zainal 

2 comments:

  1. Menarik kan, lain dari yang lain. teruja nak cuba. 😊

    ReplyDelete
  2. Duk makn kat sini..dengan suasana yng nyaman dan bunyi unggas2 rimba..SA kalu repeat mkn kt sini nk cuba yang mkan dalam sungai tu atau pilih tempat duduk yang bukan bersila..x selesa kalau bersila..

    ReplyDelete

loving me..loving you