Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Memperkenalkan Skuad Selebriti Shopee yang terbaru

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Haii..korang...Kali ini kolin nak berkongsi dengan korang semua, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan ini telah melancarkan satu lagi inisiatif iaitu Skuad Selebriti  yang membolehkan kita semua membeli barangan selebriti kesayangan di atas talian sahaja. Kiranya kalau korang nak membeli apa sahaja barangan selebriti tempatan boleh terus beli di online atau muat turun sahaja aplikasi mereka tau. Senang dan mudah. 



Dengan itu mereka memperkenalkan barisan pelopor Skuad Selebriti mereka iaitu:

Penyanyi No. 1 Malaysia, YBhg. Dato' Sri Siti Nurhaliza Taruddin yang menawarkan produk penjagaan kulit dan kosmetik iaitu SimplySiti.


Pelakon popular, Nora Danish dengan jenama Owl yang menawarkan pelbagai fesyen muslimah. Ada yang moden dan ada juga yang tradisional untuk korang pilih nanti. 


Pelakon kegemaran ramai, Izara Aishah memperkenalkan produk bibir berjenama Madame Izara juga. So kalau korang suka lipstik matte dari Izara, selama ini susah nak order kat ig atau whatsapp tu. Kini dah boleh order terus kat online aje, direct dan senang.

Bintang drama muda ini yang sering menjadi sebutan ramai iaitu Elfiray Loy juga tidak ketinggalan mempromosikan barangan beliau iaitu jenama EL. 


Heliza Helmi yang memang dikenali dengan busana muslimah sopan juga ada wei. Dengan jenama Heliza Guzel Hive korang boleh terus membeli belah di talian sahaja.


Akhir sekali  aktress terkenal Emma Maembong yang comel turut sama membariskan produk beliau iaitu penjagaan kulit EMBS untuk semua yang ingin membeli.


Menurut Pengarah Urusan Serantau  iaitu Encik Ian Ho, kami amat memahami semua penguna kami dan berusaha mencari alternatif baharu untuk mereka. Memandangkan orang di Malaysia meminati selebriti dan mendapati adanya permintaan disebabkan itulah kami melancarkan skuad ini. Dan kami berjanji pelbagai tawaran eksklusif dan potongan harga istimewa ke atas semua koleksi selebriti nanti. Selain itu, skuad yang diperkenalkan hari ini seramai 6 selebriti. Akan tetapi dari masa ke semasa kami akan memperkenalkan barisan selebriti yang baru untuk setiap bulan. Lepas ini meriah lah korang shopping online dengan pelbagai barangan artis dah kan. 

Jangan lupa korang Kempen Cahaya Raya yang masih berlangsung dari 3 Mei sehingga 17 Jun 2018. Korang boleh memenangi pelbagai hadiah dan jua meyertai permainan dalam aplikasi tu. Layari  dan korang boleh dapatkan tawaran yang menarik dengan Jualan Kilat Berganda yang dilancarkan sebanyak 5 kali sehari. Banyak lagi tawaran dan banyak sangat potongan harga tau. 
Semoga berseri-seri lah raya korang dengan shopping online barangan selebriti secara atas talian dengan ya. 

Love, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you